Sabtu, 17 September 2016

Mengemas Bilik Pengantin

      Memandangkan lagi 4 bulan nak kahwin, banyaklah benda yang perlu diselesaikan. Antara perkara yang paling besar ialah bilik pengantin. Objektif bilik pengantin adalah menyambut dan meraikan menantu baru dan ahli keluarga baru. Dian tak gunakan khidmat wedding planner untuk bilik pengantin sebab Dian tak suka sangat bunga-bunga sarat dan kain berenda-renda dalam bilik tidur. Bukan tak suka sangat lah cuma Dian rasa membazir hanya untuk bergambar je. Jadi Dian decide untuk hias sendiri. Bagi nampak cantik mata memandang dan praktikal.

Tips Dian untuk menghias bilik pengantin buat masa sekarang ialah ;

  1. Kosongkan almari. Simpan baju-baju dalam bakul dan letak luar bilik.Ini adalah untuk menyenangkan kerja pengalihan almari. 
  2. Sambil keluarkan baju-baju, asingkan baju yang nak diderma. 
  3. Lepas dah keluarkan baju, keluarkan buku-buku. Asingkan buku-buku zaman sekolah dan derma kepada yang memerlukan.
  4. Bila almari dan meja dah kosong, bersihkan segala habuk yang ada. Vacuum belakang almari dan dalam laci. Lap almari dari habuk. Lap meja.
  5. Bersihkan habuk dari kipas. Lap tingkap bersih-bersih. 
  6. Dah bersih, baru mula mengecat atau letak wallpaper. 
  7. Dah cat atau letak wallpaper, baru boleh beli cadar untuk match warna-warna semua.Ataupun beli wallpaper dan cadar serentak. 
Setakat tu lah yang Dian dah buat. Kalau tak perlu cat, tak payah lah. Cuma bilik Dian dah penuh tompok-tompok sebab tu kena buat something dengan dinding. Oh ya. Dian ada dengar jugak orang kata tak payah la bilik pengantin, Membazir je. Kalau rasa membazir, jangan lah sampai tak bersihkan atau kemaskan bilik. At least, kalau dah ada bilik, bersihkan dan lapangkan. Tak perlu hias renda-renda pon tak pa. Asalkan bilik sejuk mata memandang dan wangi. Ok? 



2 ulasan:

  1. Kita juga boleh cat bilik untuk menjadikan biliknya kelihatan seperti baru. Perkahwinan memang memerlukan banyak masa dan tenaga. ><

    BalasPadam
  2. Kalau boleh syorkan orang untuk baiki aircond kat bilik pengantin saya lebih bagus.. terima kasih

    BalasPadam