Rabu, 28 Disember 2016

Cara Daftar atau Mohon Nikah Untuk Pengantin Perempuan (Selangor) dan Pengantin Lelaki (Perak) Step by Step

Assalamualaikum pembaca. Ya, hari ini saya sangat rajin untuk menulis pengalaman suntuk daftar atau mohon nikah walaupun banyak juga persiapan yang perlu dibuat. Tapi terdetik nak berkongsi sebab dah tak ramai yang berkongsi cara nak daftar nikah. Yang paling latest selalunya dua tahun lepas. Apa kata kita tulis untuk tahun 2016 dan awal 2017 punya pula. InsyaAllah informasi ini akan berguna untuk bakal pengantin baru kita. Niat perkongsian adalah kerana Allah SWT. Baiklah, mula-mula saya akan ceritakan langkah untuk lelaki dan kemudian perempuan pula. Saya adalah bakal pengantin perempuan dari Selangor dan akan bernikah (InsyaAllah) dengan bakal pengantin lelaki dari Perak. Jadi ini adalah langkah-langkahnya.



Mohon Nikah Lelaki Perak

  1. Hadir ke kursus kahwin. Pastikan kursus kahwin yang dipilih diiktiraf ya. Kursus kahwin biasanya dibuat 2 hari pada hari Sabtu dan Ahad. Ada juga dibuat pada hari bekerja. Anda boleh google saja.
  2. Buat test HIV di klinik kerajaan sahaja. Dapatkan slip keputusan ujian HIV dan simpan elok-elok. Ujian HIV hanya valid selama 6 bulan. Selepas 6 bulan, jika anda tidak berkahwin lagi dalam tempoh ini, ujian ini akan terbatal dan anda kena buat sekali lagi.
  3. Isi borang nikah online http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline dan print borang tersebut.
  4. Kumpul dokumen penting. Gambar dibawah adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk pejabat agama Islam Perak. Kalau saya, saya buat banyak-banyak salinan supaya senang kalau nak guna lagi. 
  5. Selepas kumpul semua dokumen penting, mohon nikah di pejabat agama Islam berhampiran tempat anda bermastautin. 
  6. Dapatkan surat kebenaran berkahwin dan buat salinan supaya senang kalau apa-apa jadi. Dan serahkan kepada pengantin perempuan.


Selepas pengantin lelaki berikan surat kebenaran bernikah, barulah pengantin perempuan boleh membuat permohonan untuk bernikah. Tapi sementara pengantin perempuan tunggu pengantin lelaki selesaikan borang permohonan, pengantin perempuan bolehlah hadir kursus kahwin dan buat ujian HIV.

Mohon Nikah Perempuan Selangor
  1. Hadir kursus kahwin. Tak perlu pergi dengan pasangan lelaki pun sebenarnya. 
  2. Buat ujian HIV.
  3. Dapatkan surat kebenaran bernikah pengantin lelaki.
  4. Daftar nikah online di http://ncr.jais.gov.my/. Pastikan anda cari 2 saksi lelaki ya untuk mengesahkan anda bujang dan minta nama, alamat, dan nombor telefon mereka. Maklumat ini adalah untuk diisi online.
  5. Print borang 2C dan 2D. Borang 2D akan muncul bila borang 2C sudah dilengkapkan. 
  6. Cari penolong pendaftar nikah qariah masjid anda. Kalau anda tak tahu, search masjid terdekat dengan rumah anda dan cari penolong pendaftar nikah (PPN). PPN akan cop dan tanda tangan borang. Bawa bersama 2 saksi lelaki dan wali. Saksi ni bukan saksi akad nikah tapi saksi pengesahan maklumat saja.
  7. Serahkan borang yang sudah disahkan oleh PPN kepada PAID daerah anda. PAID adalah pejabat agama Islam daerah. Sedikit nasihat bila pergi ke sana, pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat. Janganlah pakai yang ketat-ketat. Bukanlah mereka halau cuma nampak macam tak hormat dengan pejabat agama Islam. Sebaiknya pakailah baju kurung.
  8. Dapatkan borang akad nikah di PAID. 
  9. Cari tok kadi dan buat tempahan pada hari akad nikah. Tok kadi atau jurunikah mesti menetap di tempat akad nikah dijalankan. Kalau tak tahu siapa jurunikah dikawasan akad nikah, boleh tanya PAID. 
  10. Akad nikah dijalankan InsyaAllah.

Dokumen yang Diperlukan untuk Pengantin Perempuan Selangor

1 Salinan ic atau passport (Jika pemohon warganegara asing).
2 Salian ic/passport 2 orang saksi (Jika warganegara asing)
3 Salinan sijil kursus kahwin (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
4 Keputusan HIV
5 Salinan borang 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
6 Surat pengesahan mastautin pemohon dari penghulu/ ketua kampung/ nazir masjid/ 
pengerusi JKKK, pengerusi J/K penduduk taman perumahan/
7 Borang kelulusan berkahwin lelaki.
8 Surat nikah ibu bapa (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
9 Surat wakalah (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
10 Surat akuan kematian (bapa)
11 Surat atau kad islam. (Jika pemohon Saudara Baru)
12 SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
13 SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
14 SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing)

Kawan-kawan, minta tolong doakan saya bahagia dunia akhirat bersama suami, anak, ibu dan ayah tercinta ya.

Terima kasih sebab sudi baca.

Ahad, 18 Disember 2016

Senarai persiapan sebulan sebelum pernikahan dan majlis kenduri kahwin

  1. Hias hantaran (done)
  2. Siapkan thesis
  3. Tulis alamat kad kahwin (done)
  4. Pos kad kahwin (done)
  5. Final fitting baju untuk belah perempuan dan lelaki
  6. Food testing (done)
  7. Mohon nikah online (done)
  8. Cari homestay untuk pihak lelaki dan keluarga pihak perempuan (done)
  9. Pertandingan 3mt (done)