Rabu, 23 Disember 2015

Senarai Kedai Jual Handphone Laptop Melayu Islam

Semenjak banyak kes-kes penipuan yang berkaitan handphone dan laptop, saya menjadi serik untuk beli barang-barang ni. Memang tak kan percaya dah dengan sebarangan kedai yang offer handphone atau laptop yang katanya 'discount bagi murah'. Padahal, kita terbeli handphone palsu tapi berharga setaraf harga original. Jadi, mari kita beli handphone atau laptop di kedai Melayu Islam. InsyaAllah, original. Biar kita beli yang original dari beli handphone fake yang pakai tak sampai setahun dah rosak.

Kalau ada kedai handphone atau laptop yang dimiliki oleh melayu/Islam yang tak disenaraikan, sila komen dibawah dan InsyaAllah saya akan update disini. Mari kita kuatkan ekonomi orang Islam!


**********KUALA LUMPUR ************
1.Red Orange Solution
Lot A-1-1 Viva Mall, No. 378, Jalan Ipoh, KL
Tel: 012-4020226
(Smartphones, Tablet, Accessories)

2.Gold Time Networks
53-2 Jalan 2/27F, Pusat Bandar Wangsa Maju, KL
Tel: 03-41426517
(Accessories and Celcom Distributor)

3.Aida Group Communications
Lot G37, Ground Floor, Alamanda Putrajaya Shopping Centre, Jln Alamanda Precint 1, Putrajaya, WP Putrajaya
(Smartphones, Tablet, Accessories)

************SELANGOR***********
4.Azahar Resources
34, Jalan SP 8/1, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor
Tel: 012-6270713
(Smartphones, Tablet, Accessories)

5.Boost Mobile
Lot G-76, Jalan Prima SG3, Sri Gombak, Batu Caves, Selangor
(Smartphones, Tablet, Accessories)

6.Bright Communications
No 4, Jalan Mutiara 4/2, Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor
Tel: 03-90212661

7.MTE Supply & Services
No 24,Jalan Besar Batu 18, Hulu Langat, Selangor
Tel: 03-90216185
(Handphone, Accessories, Repair)

8.Colossal Trading
No.2.2, Jalan PJS 6/5 F , Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor
Tel: 019-3619006
(Celcom distributor and mini Cyber Cafe)

9.Kat Technologies
No 28-3A Jalan PJU 5/7, Dataran Sunway Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-61418800
(Celcom Distributor and TM Prepaid Cards)

10.H Mobile
236B, Jalan Tenaga 21, Taman Tenaga Kajang Fasa 3, Kajang, Selangor
Tel: 03-87330548
(Smartphones, Tablet, Accessories)

11.Usaha Satu Enterprise
10, Jalan 4/1B, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor.
Tel: 03-89265014
(Smartphones, Tablet, Accessories)

12.Quadllion Resources
No 14, Jalan Suasana 4/3, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9, Cheras, Selangor
(Handphone, Accessories, Repair)

13.Microwave Communication
No 105, Blok 39, Jalan Timun Satu 24/1a Seksyen 24, Shah Alam, Selangor
(Handphone, Accessories, Repair)

14.Vision Three Zero Enterprise
Q2-45A,Jalan Plumbum U7/U, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Tel: 012-3842911

15.NNA Mutiara Communication – Kedai 1
K 01, Giant Hypermarket Putra Heights,No. 3, Persiaran Putra Perdana , Putra Heights, Selangor
(Handphone and Celcom Distributor)

16.NNA Mutiara Communication – Kedai 2
No.7, Jalan Susur Taman NS Maniam, Dengkil, Selangor
(Handphone and Celcom Distributor)

************KEDAH***********
17.Az Sinar Collection, Lot G-40, Ground Floor, Jitra Mall, Jitra, Kedah
Tel: 013-3495722
(Handphone and Celcom Distributor)

18.Mega Event Telecommunication
No. 29 Tingkat Bawah, Jalan PJ3, Pekan Jitra 3, Jitra, Kedah
Tel: 013-5848708
(Handphone and Celcom Distributor)

19.Dwanaz Enterprise
83, Jalan Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah
Tel: 013-5837752
(Handphone and Celcom Distributor)

20.Variasi Jaya Enterprise
CP GFC-5, Ground Floor, City Plaza, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah
(Handphone and Celcom Distributor)

21.Mega Event & Consultancy
122A Lorong Haji Omar, Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah
(Handphone and Celcom Distributor)

22.STG Mekar (M) Sdn Bhd
No. 64,Jalan Lagenda 3, Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah
Tel: 013-2089600
(Handphone and Celcom Distributor)

23.Carrot Communication
No. 6,Tingkat Bawah, Jalan Jerai Maju 2, Gurun, Kedah
Tel: 04-4684040
(Handphone and Celcom Distributor)

************PAHANG***********
24.A Plus Centre
No.9,Bgn. 36 unit, Lrg Mutiara 8, Nadi Kota, Jengka, Pahang
Tel: 019-9996677
(Handphone, Accessories, Repair)

25.Sinaran Surya Enterprise
No 2. Kedai Felda, Felda Tembangau Satu, Kemayan, Pahang
(Accessories and Celcom Distributor)

26.Primer Maju Mobile
F-32, Tingkat Satu Kuantan Parade. Jalan Haj Abdul Rahman, Kuantan, Pahang
(Smartphones, Tablet, Accessories)

27.An-Nur Communication
Lot A1-1.5 Tingkat Bawah, Plaza Gambut, Jln. Gambut, Kuantan, Pahang
Tel : 019-9512665

************PENANG***********
28.AHP Telecomunication – Kedai 1
Desasiswa Bakti, Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang
Tel: 013-4884884
(Handphone, Accessories, Repair)

29.AHP Telecomunication – Kedai 2
3A-4-145 Bukit Jambul Complex, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel: 011-10618880
(Handphone, Accessories, Repair)

30.MHH Maju
No. 1, Jalan Selat, Taman Selat, Butterworth, Pulau Pinang
Tel: 013-4349666
(Handphone, Accessories, Repair)

************PERAK***********
31.Arlin Enterprise
No. 9, Taman Damai Jaya 2, Ayer Tawar, Perak
Tel: 05-6889046
(Handphone and Celcom Distributor)

32.MSCB Enterprise
No. 3, Persiaran 2, Bandar Desa, Chenderong Balai Perak
Tel: 05-6512402
(Handphone, Accessories, Repair)

************MELAKA***********
33.MTJR Telecommunication & Enterprise
Batu 19 1/2, Jalan Talib Hassan, Kampung Londang , Masjid Tanah, Melaka
Tel: 013-6316039
(Handphone, Accessories, Repair)

34.Sequency Communication
Lot No. 61, Zon D, Terminal Melaka Sentral, Peringgit, Melaka
Tel: 06-2867449 / 019-7166528
(Handphone and Celcom Distributor)

************NEGERI SEMBILAN***********
35.Edry Two U Enterprise
No. 47, Jalan Cempaka, Bandar Baru Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan
www.facebook.com/pages/Edry-Two-U-Enterprise/557228961011321
Tel: 06-761312
(Smartphones, Tablet, Accessories)

36.Mrs Right Communication
No. 15, Jalan Stesyen, Gemas, Negeri Sembilan

************PERLIS***********
37.D Perantis Enterprise
Lot 9, Anjung Siswa, UiTM Arau, Arau, Perlis
http://www.gajetmurah.com.my/
Tel: 019-2311223
(Handphone, Accessories and Celcom Distributor)

************TERENGGANU***********
38.Aqma Communication
40 Kampung Bukit Jeruk, Jerteh, Terengganu
Tel: 012-9085962
(Handphone, Accessories, Repair and Celcom Distributor)

39.Isma Telecomunication Service
Lot 833 Kampung Rusila, Kuala Terengganu, Terengganu
(Handphone, Accessories, Repair)

40.Sidi Telekomunikasi
No 33, Kompleks Kg. Tiong, Jalan Kg. Tiong, Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 012-9685252
(Handphone and Maxis Distributor)

41.Jai Communication
Lot G-35 Grd Flr, Kemaman Centre Point, Kemaman, Terengganu
Tel: 012-9010295
https://www.facebook.com/pages/Jai-Communication-Jual-Beli-dan-Baik-Pulih-Telefon-Bimbit/172550146109447
(Handphone, Accessories, Repair)

42.Nikmar Maju Enterprise
PT 732, Bangunan Permint, Bandar Permaisuri , Setiu, Terengganu
Tel: 013-9862693
(Handphone and Celcom Distributor)

43.Xcom Center
Lot 10004, Pusat Perniagaan Sura Gate, Dungun, Terengganu
Tel: 09-8444645
(Handphone and Celcom Distributor)

44.Mohd Zaki Yunus Enterprise
No 13A, Kg Tembila, Kampong Raja, Besut, Terengganu
Tel: 014-5280964

************KELANTAN***********
45.Duotech Trading
Lot 3597 (4), kg Kutan Hulu, Kota Bharu, Kelantan
Tel: 013-9440840
(Handphone, Cybercafe, Fotostat)

46.Joe Telecommunication
4213-G,
Penthouse Suite, Trustar Building, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan
(Handphone, Accessories, Repair)

47.D Stan Trading
Lot 44, Kg Stan Beta Hulu Ketereh, Kota Bharu, Kelantan
Tel: 017-5448460

48.Hazri Telecommunication
Depan Hospital Tumpat, Kg. Kelaboran, Tumpat, Kelantan
Tel: 09-7254100
(Handphone, Accessories, Repair)

49.Gadget Trading
Lot 99, Kg Kelubi, Jalan Kota Bharu, Pasir Puteh, Kelantan
Tel: 019-9666603
(Handphone, Accessories, Repair)

50.CIA Technology
Lot 655, Kampung Tualang Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan
Tel: 013-7332339
(Handphone, Accessories, Repair)

************SABAH***********
51.Kyber.Net.Com
Kg.Panji P.O Box 501, Semporna, Sabah
(Handphone, Accessories, Repair)

52.Riaz Communications
Lot 1 Block A Jalan Hospital, Bangunan SEDCO, Peti Surat No. 396 91308, Semporna, Sabah
(Handphone, Accessories, Repair)

53.SBAN Trading
Lot 46G, Kompleks Pegalan, Jalan Tembakau, Keningau, Sabah
https://www.facebook.com/sbantrading.keningau
(Handphone and Celcom Distributor)

54.M.A Mobile
Blok B, Lot 1 SEDCO, Pekan Membakut, Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 013-8815389

55.Mega Sutra
TB 16319, Lot B22, Perdanajaya Commercial Centre, Mile 3 1/2, Apas Road, Tawau, Sabah
Tel: 08-9755001

56.Mustamin Enterprise
W.D.T 220, Kg Paris 3, Kota Kinabatangan, Sabah
Tel: 014-8682448

*********************************************************************************
57. Mara Digital, Bangunan Mara, Kuala Lumpur


Jom kita senaraikan kedai kedai menjual handphone dan aksesori elektronik milik melayu atau bumiputera.... Marilah sama sama kita bantu ekonomi org melayu berniaga handphone

Jumaat, 18 Disember 2015

Cara Nak Pergi KL Central Naik Komuter Dari UITM Shah Alam

Memandangkan post pasal ni dalam blog susah nak cari, jadi saya nak kongsi pengalaman ke KTM Shah Alam dari UITM. Memang post ni InsyaAllah berguna untuk student baru UITM especially yang tak pernah duduk kat Shah Alam. Saya bukan budak degree tapi master. Jadi bila degree universiti lain dan master dekat uitm, terpinga-pinga jugak la. Huhuhu.


  1. Pertama sekali, anda kena naik bas rapid KL yang menghala ke seksyen 2.Tunggu dekat kolej mawar (bus stop yang depan kedai banyak-banyak tu).  Tambang RM1. 
  2. Macam mana nak tahu dah sampai ke sekyen 2? Bila nampak food court seksyen dua dengan KFC. Situ la tempat yang anda kena turun.
  3. Bila turun, tunggu bas Selangorku yang free tu. Tak payah lintas tunggu dekat bus stop bertentangan. Tapi boleh jugak nak tunggu bus stop opposite, cuma naik bas RapidKL menghala ke KTM. Tambang RM1.
  4. KTM adalah perhentian terakhir untuk bas selangorku. Jadi tunggu je bas berhenti. Hari tu saya pergi ambil bas selangorku dari bus stop bertentangan tu, jadi masa perjalanan hampir sejam nak sampai KTM. Kalau nak cepat, jangan lintas ya.
  5. Sampai KTM, beli tiket dan naik jejantas menghala ke KLCentral. Jarak perjalanan dari Shah Alam ke Petaling dalam sejam. Jadi total perjalanan saya hari tu, 2 jam! Huhuhu. 
Ingat, rancang masa perjalanan tau. Kalau tak, terlepas la bas nak balik kampung.



Selasa, 1 Disember 2015

Cara Saya Sembuh Dari Ekzema

1. Try minum Dr II selama sebulan.
2. Try minum Jus Nusantara

Cuba minuman ni. Saya berusaha dengan cara ni. Alhamdulillah sembuh.

Elak dari makan

1. Ayam
2. Ikan yang gatal
3. Seafood
4. Ikan bilis
5. Sayur yang gatal
6. Makanan yang bersifat asid.
7. Telur

Makan

1. Ikan haruan
2. Daging
3. Ayam organik yang tak dicucuk macam yang jual kat Az-zain tu.
4. Makanan yang bersifat alkali.

Gaya hidup

1. Mandi jangan lama-lama
2. Kurangkan stress
3. Jangan pakai baju/seluar ketat.
4. Pakai pakaian yang selesa, serap peluh, sejuk. Contoh kapas.
5. Tukar baju sekerap yang mungkin. Bila berpeluh, tukar.
6. Pastikan sabun mandi PH 5,5. Jarang jual dekat kedai. Tapi kalau cari InsyaAllah, ada. Jangan pakai sabun yang kuat macam dettol, etc. Sabun macam ni boleh sebabkan ekzema makin parah sebab kuat sangat. Kalau tak dapat cari, cari yang baby punya.
7. Shampoo rambut seeloknya pakai yang bayi punya. Seriously.

Setakat ni je yang ingat. Tapi try la. Mana tahu sembuh. Kite usaha. Allah yang menentukan.

Saya berniat kongsi ilmu ni kerana Allah.

Saya Hampir Sembuh Dari Eczema

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kesembuhan yang Dia kurniakan kepada saya. Baiklah. Saya akan ceritakan pengalaman menghidap ekzema/eczema selama lebih kurang 2/3 tahun.
Sepanjang hidup selama 20 tahun, saya tak menghidap ekzema. Saya makan macam biasa. Udang, sotong, telur sotong, kerang dan macam-macam makanan laut lain. Memang tak pantang langsung. Ahli keluarga lain ada yang menghidap ekzema. Memang susah, kena memilih makanan. Tak boleh masak ini, itu. Saya pulak, makanan seafood memang kegemaran. Satu pinggan sotong goreng tepung boleh dihabiskan saya seorang je. Bayangkan.

Lepas menjangkau umur 20, tiba-tiba start gatal. Badan tak boleh langsung kena panas. Bila panas, memang seksa hidup. Kulit jadi merah. Gatal yang amat! Bila gatal tak kisah orang sebelah dah. Memang tak tahan.

Bila dah gatal pulak, saya garu sampai luka. Memang seksa. Jangan cakap lah time mandi. Mula-mula tahan bila air kena kulit luka sebab garu. Lama-lama, luka makin parah. Bila mandi, memang menangis time tu. Lepas lap badan dengan towel, kesan darah memang nampak. Lepas mandi memang menangis menitik air mata.

Lepas tu, pergi hospital. Doktor bagi ubat steroid (macam biasa) dengan aqueous cream. Memang sembuh tapi lepas tinggalkan ubat, naik balik. Jadi ulang-alik ke hospital. Dalam setahun still tak sembuh lagi. Parents bawa pergi klinik pakar kulit dekat seremban. Sama jugak dia bagi moisturizer, steroid, etc. Tapi kos ubat mahal ya ampun. Maka saya stop.

Selepas stop, kami tercari-cari alternatif lain. Bapa cakap try la Dr II, Dr Rozmey punya minuman (ni bukan iklan). Dalam sebulan minum tiap hari, nampak perubahan. Makin sembuh. Dan tak perlu bergantung sangat dengan ubat. Alhamdulillah. Gatal makin kurang. Cuma bila salah makan tu, memang cepat-cepat minum DrII, alergik tu tak seteruk dulu.

Kulit pun makin pulih. Dah tak ada gatal-gatal,luka-luka. Lepas tu, saya kurangkan minum Dr II. Ekzema susah nak datang balik.

Lepas kurangkan Dr II, saya try minum jus nusantara. Memang terbaiklah. Silap makan pun, alhamdulillah tak ada kesan alergik. Hari tu makan telur sotong pun langsung tak gatal. Happy. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

Jadi pembaca sekalian, bukan saya nak iklan tapi nak kongsikan cara/usaha saya sembuhkan diri dari penyakit ni. Moga apa yang saya kongsikan ni dapat menolong anda sihat balik macam dulu. Saya faham betapa seksanya bila alergik  ni melanda.

Saya kongsikan ni dengan niat kerana Allah taala.

P/s; doakan saya cepat kahwin ek dan dapat rezeki melimpah ruah. please and thank you. Hehe