Jumaat, 18 Disember 2015

Cara Nak Pergi KL Central Naik Komuter Dari UITM Shah Alam

Memandangkan post pasal ni dalam blog susah nak cari, jadi saya nak kongsi pengalaman ke KTM Shah Alam dari UITM. Memang post ni InsyaAllah berguna untuk student baru UITM especially yang tak pernah duduk kat Shah Alam. Saya bukan budak degree tapi master. Jadi bila degree universiti lain dan master dekat uitm, terpinga-pinga jugak la. Huhuhu.


  1. Pertama sekali, anda kena naik bas rapid KL yang menghala ke seksyen 2.Tunggu dekat kolej mawar (bus stop yang depan kedai banyak-banyak tu).  Tambang RM1. 
  2. Macam mana nak tahu dah sampai ke sekyen 2? Bila nampak food court seksyen dua dengan KFC. Situ la tempat yang anda kena turun.
  3. Bila turun, tunggu bas Selangorku yang free tu. Tak payah lintas tunggu dekat bus stop bertentangan. Tapi boleh jugak nak tunggu bus stop opposite, cuma naik bas RapidKL menghala ke KTM. Tambang RM1.
  4. KTM adalah perhentian terakhir untuk bas selangorku. Jadi tunggu je bas berhenti. Hari tu saya pergi ambil bas selangorku dari bus stop bertentangan tu, jadi masa perjalanan hampir sejam nak sampai KTM. Kalau nak cepat, jangan lintas ya.
  5. Sampai KTM, beli tiket dan naik jejantas menghala ke KLCentral. Jarak perjalanan dari Shah Alam ke Petaling dalam sejam. Jadi total perjalanan saya hari tu, 2 jam! Huhuhu. 
Ingat, rancang masa perjalanan tau. Kalau tak, terlepas la bas nak balik kampung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan