Rabu, 27 Julai 2016

Tips FYP : Cara Semak Grammar Online



Assalamualaikum semua. Dian nak ajar cara nak check grammar online secara percuma dan tak perlu sign up bagai. Just check out video kat atas ni yang Dian buat. Link untuk check grammar secara online Dian dah paste dekat bawah video dekat youtube. Sesuai untuk student fyp yang tak lama lagi nak hantar thesis dekat supervisor kan. Pastikan semak dulu grammar. Nanti banyak marking merah. Lagi satu, cara semak grammar online ni sesuai bagi yang tak ada bajet nak guna proofreader. Ala servis yang orang buat untuk proofread tu. Ok. Tu saja. Bye!

Isnin, 25 Julai 2016

Cara Kira Jumlah Tetamu Untuk Kenduri Kahwin

Assalamualaikum pembaca Dian. Tak lama lagi Dian akan kahwin. Bulan 2 nanti kendurinya. Setakat ni Dian dah selesaikan dewan dan lain-lain. Dian amik katering yang sediakan semuanya kecuali door gift dan kad kahwin. Tak lupa juga bilik pengantin. Bilik pengantin nanti Dian buat simple je. Tak ambil orang nak hias. Sekarang Dian tengah nak kumpulkan nama-nama tetamu yang bakal datang kat kenduri belah Dian. Macam mana Dian kumpul?  Macam ni.. Dian kumpul ikut kumpulan.


  1. Sekolah Rendah
  2. Sekolah Menengah
  3. Asasi/Matrik/Diploma
  4. Kawan sekelas time universiti
  5. Housemates
  6. Kawann-kawan belah future hubby
  7. Family ibu
  8. Family ayah
  9. Kawan time praktikal
  10. Kawan sekerja ibu
  11. Kawan sekerja ayah
  12. Jiran-jiran
  13. Ajk surau
  14. Kawan se-uni ibu
  15. Kawan se-uni ayah
  16. Kawan seasrama ibu
  17. Kawan adik-adik
So, 17 kumpulan semuanya lebih kurang la. Bila kita kumpulkan orang dalam kumpulan macam ni, senang nak ingat. Kalau main ingat je, takut ada yg terlepas. Setakat ni dalam 300 kad yang bakal diedar. Tu pon tak semua yang akan datang. Tapi doakan tetamu Dian tak kurang, tak lebih. Just nice.
Lepas dah estimate berapa ramai tetamu, baru boleh buat kad dan anggar berapa banyak makanan untuk katering kan.

Kalau nak tahu, Dian kumpulkan semua nama-nama ni dalam excel. Dian rancang nak kumpulkan alamat sekali. Tapi Dian tak buat lagi. Mungkin dalam bulan 10/11 Dian akan start kumpul alamat. Yang tinggal dekat-dekat, Dian InsyaAllah bagi by hand. Yang jauh macam kat oversea tu, kat facebook je la. Yang tak dekat, tak jauh, Dian pos. 

Apa-apa pon 7 bulan lagi. <3




Rabu, 20 Julai 2016

DIY : Cara Buat Homemade Wet Cat Food Atau Dalam Bahasa Melayunya Makanan Kucing Basah

Banyak kali Dian nampak orang buat cat food sendiri dekat fb dengan blog. Nampak macam menarik. Ye la, nak beli dekat kedai, mahal sangat. Kalah makanan manusia. So bila dah nampak ada resepi wet cat food yang boleh buat sendiri kat rumah, apa lagi.Try la. Dian tak ada kucing rumah tapi belakang rumah memang banyak. Tak tau ada berapa. Mungkin lebih 10. Haha. Dian tak nak bela pon tapi kesian tengok lapar. Bila orang masak dekat dapur, start bunyi meow meow meow. Kita pon kesian la. So, kadang-kadang bagi ayam tak habis makan. Atau ikan gaul dengan nasi. Lama-lama kucing dah melekat dekat belakang rumah. So depa depends kat kami ja la. Hampir hari-hari meow time Dian ada kat dapur. Bila Dian keluar bagi makan, serbu macam zombies. Kadang-kadang takut diorg serbu lepas tu gigit atau cakar. Tapi setakat ni tak ada la. Ok. Jom tengok resepi yang Dian guna.

Bahan-bahan
1 kilo ikan temenung atau bahasa KLnya ikan kembung
Air
Halia (Optional)
Serai(Optional)
Lobak merah (Dian tak letak tapi sepatutnya letak sebatang)
Gelatin atau agar-agar

Caranya

  1. Buang semua organ dalaman ikan. Basuh bersih-bersih.Kalau tak buang,busuk sangat bila rebus. Jadi buang ya. Pastu organ mentah tu bagi la kat kucing.
  2. Potong halia besar-besar. Potong serai. Masukkan ikan, lobak merah,serai dan halia dalam air. Rebus. Fungsi halia dengan serai ni untuk tak nak bagi hanyir ikan. Kalau tak nak letak pon tak pe.
  3. Lepas ikan dah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
  4. Lepas dah sejuk, blend ke semua ikan. Kalau nak blend sampai halus boleh. Blend kasar pon boleh.
  5. Lepas dah blend, ketepikan. Ambil mangkuk kecil, letak satu bungkus gelatin dan larutkan dalam air panas. Bukan air mendidih tau. Sebab Dian guna gelatin. Lepas gelatin larut, sebatikan gelatin dalam ikan yang dah dikisar.
  6. Dah sebati, masukkan dalam bekas besar.
  7. Sejukkan dalam peti ais. 
  8. Bila adunan dah keras, anda boleh potong jeli ikan yang anda dah buat. Lepas tu bagi makan dekat kucing. Nak panaskan boleh tapi nanti cair sebab melting point gelatin ialah 35 darjah Celsius. 
Kalau anda guna agar-gara, cara dia lebih kurang macam anda buat agar-agar sirap biasa tu. Kena rebus agar-agar sampai hancur dan sebati, masukkan ikan. Kemudian boleh simpan dalam bekas.
Kelebihan guna agar-agar ialah dia tak cepat cair macam gelatin dan lebih pejal. Gelatin ni lembut macam sumi.

Kalau nak simpan dalam bekas kecil macam bekas dadih pon sangat baik. Ok tu saja yang Dian kongsikan untuk anda. Selamat mencuba. Manusia pon boleh makan jeli ni. Hihi. Dian kongsikan ilmu ni kerana Allah Subhana Wa Taala. Doakan Dian tau. Assalamualaikum.

Selasa, 19 Julai 2016

Cara Buat Hantaran Tunang/Kahwin



Assalamualaikum. Apa khabar semua. Dian hari ni buat satu lagi playlist dekat youtube channel dian iaitu Dian Kamal. Dalam playlist ni ada tutorial cara-cara nak buat hantaran untuk perkahwinan ataupun pertunangan. Sesiapa yang nak jimat duit dan belajar cara nak buat hantaran boleh tengok video-video dalam playlist ni.

Dalam video ni ada cara-cara nak buat hantaran coklat. Ada cara nak buat hantaran sejadah. Ada cara nak buat hantaran telekung. So check it out! Jimatkan kos kahwin dengan DIY gubahan hantaran.

Isnin, 18 Julai 2016

Cara Buat Kad Kahwin Sendiri





Nak buat kad kahwin sendiri? Nak jimat bajet dan kos? Apa kata tengok video dalam playlist ni. Dian kumpulkan tutorial dalam youtube tentang cara nak buat kad kahwin sendiri. Boleh belajar cara nak buat peta jalan sendiri. Cara nak buat kad kahwin untuk pos dekat whatsapp pon ada.

Ahad, 17 Julai 2016

Kad Jemputan Video Majlis Aqiqah



Video ni Dian buat untuk majlis aqiqah. Sample je tau. Haha. Bukan betul pon alamat dalam ni. Sapa nak buat kad macam ni boleh komen dekat bawah. InsyaAllah Dian akan buatkan. Harga tak mahal pon. Macam beli burger kat kfc je. Hehe.

Selasa, 12 Julai 2016

Video Jemputan Kenduri Kahwin

Assalamualaikum. Video ni saya buat untuk sesiapa yang nak guna video jemputan perkahwinan untuk letak dalam group whatsapp atau nak upload dekat facebook. Nak upload dalam youtube pon boleh. Untuk sesiapa yang berminat nak guna template ni, boleh whatsapp saya 0149099867. Saya akan edit nama,tarikh dan tempat. Kemudian, saya akan emailkan atau whatsapp anda video ni. Anda boleh pilih nak dalam saiz youtube,facebook atau whatsapp. Video ni lebih menarik dari hantar kad kahwin digital. Saya akan buat lagi template-template lain. InsyaAllah.



Music: http://www.bensound.com/royalty-free-music





Ahad, 3 Julai 2016

Jimat Kos Kahwin : List Video Tutorial Buat Sendiri Kad Kahwin, Doorgift, Etc

Assalamualaikum. Anda yang klik kat sini mesti nak kahwin dah kan? Mesti nak tahu macam mana nak jimat perbelanjaan kahwin. Ye la. Sekarang ni semua benda pakai duit. Semua benda mahal. Kalau nak kahwin tu memang pakai duit beribu juga la. Tapi apa kata, kalau ada yang sanggup DIY. Do it Yourself barang-barang kahwin, jom tengok playlist ni. Dian kumpulkan video dalam youtube pasal barang-barang kahwin dalam satu playlist. Ada cara nak buat undangan perkahwinan, ada cara nak buat doorgift, ada cara nak buat facebook cover untuk wedding invitation, ada cara nak buat kad undangan untuk whatsapp. Ada juga cara nak buat bunga tangan sendiri. Cara nak buat wedding prop pon ada. So, check it out!



Cara Buat Facebook Cover Untuk Jemputan Kenduri Kahwin

Assalamualaikum guyssss. Hari ni Dian dah upload satu lagi video iaitu cara buat facebook cover untuk kenduri kahwin. Ala yang event invitation tu. Senang je nak buat. Tak perlu photoshop bagai. Haha. Simple. Just buka video ni dan Dian akan ajar step by step. Dalam 15 minit boleh siap satu facebook cover.