Rabu, 2 Ogos 2017

Cara Booking Bersalin di Hospital PPUM 2017

Assalamualaikum semua. Dian nak share pengalaman Dian booking bersalin di PPUM yang separuh kerajaan ni. Bukan UMSC tau. UMSC adalah perkhidmatan bersalin private. Kalau yang Dian ambil ni adalah yang semi-government punya. Dian ambil keputusan nak bersalin dekat PPUM sebab senang dan dekat. Senang maksudnya Dian ada genetic disorder yang dari kecil memang refer dekat sini. So, segala maklumat yang dulu-dulu InsyaAllah mereka simpan. Jadi nanti bila nak bersalin nanti pakar boleh rawat Dian dengan senang. InsyaAllah. Berbanding dengan hospital lain yang langsung tak maklumat mengenai genetic disorder Dian.

Lagipun PPUM dekat dengan rumah Dian berbanding dengan hospital Serdang yang KK bagi. Tapi kos PPUM ni mahal lagi dari hospital Serdang. Caj bayaran untuk PPUM adalah lebih dari RM500. Kalau anda ada GL, free of charge lah kan. Tapi kalau tak ada, makanya kena bayar. Bilik-bilik di PPUM pula tak ada kelas macam hospital lain. Hanya ada bilik yang mempunya 4 katil. Ok la tu kan. Dari duduk bilik sorang-sorang. Seram oh. Dah lah dekat hospital. Hahaha.

Macam mana nak booking bersalin dekat PPUM?

Kalau nak tahu, kalau nak bersalin dekat PPUM, anda kena booking dulu. Tak boleh walk-in rasanya. Anda kena buat check up dekat sini. Masa Dian nak booking hari tu, nurse PPUM kata kena check up dekat KK jugak. So, sekarang ni Dian ada 4 kali check up. 2 minggu sekali dekat KK, 2 minggu sekali dekat PPUM. Jenuh jugak la. Sekarang ni Dian nak cuba tanya nurse KK, boleh tak tak payah checkup dekat KK dah. Dian kena 2 minggu sekali check up sebab kandungan dah nak masuk trimester ketiga.

So, first anda kena datang ke klinik ibu dan anak di PPUM pada waktu pagi seboleh-bolehnya. Klinik buka pukul 7.30 pagi.
Ambil nombor giliran untuk booking.
Bila nombor naik, pergi ke kaunter dan serahkan buku pink klinik kesihatan. Penting tau. Jangan tak bawa.
Kemudian, nurse akan bagi borang, risalah dan anda kena pergi book waktu untuk scan kandungan. Nurse juga akan bagi tahu tarikh untuk datang daftar dan bayar yuran bersalin.
Tamat (ikut pengalaman Dian).

Macam Dian, Dian dapat tarikh daftar sebulan lepas pertama kali datang PPUM.

1. Selepas sebulan, Dian ambil nombor untuk buat pendaftaran. Dian bagi borang yang siap diisi, kad pengenalan Dian, salinan IC suami (sebab suami kerja). Lepas tu nurse suruh bayar di kaunter bayaran dekat luar KKIA tu. Bayar RM500 tambah dengan ujian darah baby RM84.
2. Dah bayar, Dian pergi semula ke kaunter dan bagi resit.
Kemudian, nurse bagi kad appoinment dan proceed pergi check up pertama dekat klinik antenatal. Oh ya, dekat sini kena bayar RM30 untuk daftar.
3. Dian pergi ke klinik antenatal dan bagi kad appoinment dekat kaunter jururawat 2. Dekat situ, Dian kena buat ujian air kencing, check berat, tinggi, blood pressure.
4. Satu kesalahan yang Dian buat adalah Dian makan sebelum datang daftar. Jadi Dian tak dapat nak buat ujian air gula. So, Dian kena datang balik hari lain untuk buat ujian tersebut.
5. Lepas semua ujian dibuat, nurse tanya samaada nak hadir ceramah penyusuan ibu hari ni atau tak. Dian kata ya. Ceramah ni dibuat tiap hari. Alang-alang tengah tunggu doktor, baik dengar ceramah dulu. Husband boleh temankan dengar ceramah ni tau.
6. Tapi time tu, nurse tak panggil nama untuk dengar ceramah. Pelik juga. Tapi disebabkan nombor giliran Dian dah naik. Baik Dian terus jumpa doktor.
7. Doktor minta tengok buku pink KK. Kemudian sembang-sembang mengenai sejarah penyakit family semua. Then, doktor check jantung baby.
8. Lepas habis jumpa, kad biru untuk appoinment tu kena serahkan kepada nurse dekat kaunter luar untuk buat appoinment baru. So, Dian dapat dua appoinment. Satu untuk ujian air gula dan satu untuk jumpa doktor.
9. Tamat. Boleh balik.

So itu lah pengalaman booking bersalin Dian untuk first baby di PPUM. Semoga apa yang Dian kongsikan ni bermanfaat untuk anda yang membaca. Doakan Dian dimudahkan bersalin dengan selamat.

66 ulasan:

  1. kira seharian jugak ke mcmana masa check dgn doktor tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman saya tak seharian. Sebab saya datang pukul 7.30 pagi. Orang tak ramai lagi masa tu. Habis dalam pukul 10 pagi.

      Padam
  2. Kalau nak bersalin kat PPUM mmg kna ada buku pink drpd KK shj ke? Kalau klinik swasta boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti boleh guna buku klinik swasta atau tak. Cuba call klinik antenatal PPUM.

      Padam
  3. Sedekah ilmu...last year bln10 sy bru bsalin di PPUM...sy mmg bt check penuh dkt swasta je..n bwk refer letter dr klinik swasta tu ...alhamdulillah PPUM trima je..sbb nnt dkt PPUM dia akan bg buku baru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus lah macam tu. Saya check up di KK, jadi tak tahu pasal ni. Thanks for the information! ^^

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. kalau bersalin dekat PPUM, blh pilih ke nak doktor perempuan yang incharge masa bersalin nnt?

      Padam
    4. Saya pernah baca ada yang pernah request doc perempuan dekat blog lain. Puan cuba buat surat dan bagi doktor masa check up nanti.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Untuk tahun ni saya tak pasti tapi saya baca dalam blog lain.. tahun 2012 kos ceaser lebih dari 1k. Maybe skrg... lebih kurang 1-2k.

      Padam
    2. Update. Saya baru je ceaser.kosnya adalah 500(booking)+800.

      Padam
  6. Nk booking tu only on weekdays ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Weekdays saja puan. Sabtu ahad dan cuti umum tutup.

      Padam
  7. Kiranya utk 1st step hanya dtg utk booking appointment dan serah buku pink kk shj ke? 2nd step nnt dpt tarikh appointment(bulan berikutnya) baru terus buat pmbayaran dan lain2 cmtu ke? Maaf sy prnah bsalin dan check up kt ppum tapi tahun 2014 so ingat2 lupa tu yg tanya utk kepastian...mohon bantuan��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. 1st step untuk book appointment dan serah buku appointment. 2nd step.. bayar yuran dan terus check up pertama kali dengan doktor. Saya hari tu, dapat tarikh bayar yuran sebulan lepas booking. Harap jawapan ni membantu.

      Padam
  8. Salam, thank you so much bagi info banyak membantu.. nak tanya, mase kandungan bulan ke berapa dah boleh buat booking dan check up di ppum ya untuk book bersalin tu.. sbb skrg masih tgh check up di klinik kesihatan kandungan baru 4 bulan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti.. tapi saya buat booking masa lebih kurang 5 bulan. Terlalu awal mereka reject. Terlalu lambat pon tak boleh. Puan kena call mereka utk kepastian.

      Padam
  9. perlu tak GL dari KK utk rujukan PPUM?sebab saya pekerja swsta dan sekiranya ada GL byaran berkurangan ke sama je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak guna GL. Jadi tak pasti macam mana. Surat rujukan kk tak perlu rasanya. Janji bawa buku pink.

      Padam
    2. GL tu dikeluarkan dr majikan..GL untuk pekerja gov shj asenye.. bkn dr kk..

      kalo ada GL,xperlu bur

      Padam
  10. After booking if cancel rm500 tu bole refund x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah tanya soalan sama di kaunter bayaran klinik antenatal. Dia kata boleh. Tapi untuk kepastian.. kena call mereka.

      Padam
    2. sy bru td call ppum utk cancel tempahan bersalin.dia bg thu sy.after dh bersalin.bwk surat beranak dn resit.dia akan kembalikan dt.

      Padam
    3. boleh saya dapatkan nombor yang boleh dihubungi berkenaan booking bersalin ni?

      Padam
  11. Sis.. bayaran booking tu boleh guna credit card ke ye? Let say cancel boleh dpt refund Tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah guna debit card untuk bayar. Jadi rasanya kredit card boleh. Untuk refund... saya pernah tanya boleh.. tapi utk kepastian.. kena call ppum.

      Padam
  12. salam,

    nak tanya kalau nak daftar di PPUM. alamat rumah memang wajib area kl sahaja ke. kalau alamat rumah jauh di klang. PPUM boleh accept x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam..

      Tak wajib area KL. Saya pon bukan beralamat di KL tapi Selangor.

      Padam
    2. saya alamat klang, tp kerja di PJ...dah dua kali bersalin di ppum, 1st czer 2nd normal....adik alamat diklang pun bersalin dippum juga...

      Padam
  13. Salam..nk tnye husband bleh ke msuk teman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bersalin secara normal.. suami boleh teman. Tapi dengan syarat bukaan dah 5/6 cm. Kalau ceaser tak boleh.

      Padam
  14. Salam..nk tnye husband bleh ke msuk teman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bersalin secara normal.. suami boleh teman. Tapi dengan syarat bukaan dah 5/6 cm. Kalau ceaser tak boleh.

      Padam
    2. Senak bile hb boleyh teman ye ? Sbb sy bersalin 2016 x boleyh teman lagi ..

      Padam
    3. Sejak april tahun 2017 rasanya. Nurse ada bagi tahu masa ceramah penyusuan hari tu.

      Padam
  15. Booking weekdays sahaja ke? Hari jumaat pun boleh booking ker?

    BalasPadam
  16. Saya rasa boleh sebab klinik buka isnin sampai jumaat. Tapi untuk kepastian.. call klinik antenatal ppum.

    BalasPadam
  17. Oo suami boleh masuk teman ye. Alhamdulillah kalau begitu

    BalasPadam
  18. pengalaman saya bersalin cezer thn 2013 di ppum amatlah baik doktor nye.begitu juga nurse2 nye..arap ade rezeki ank yg nmbor 2 ni bersalin d sn. sy walk in masa dh nk dkt bersalin.semua sy ce up swasta.

    BalasPadam
  19. Boleh share direct number utk bhgian yg berkaitan dgn ibu mngadung?

    BalasPadam
  20. Kalau da masuk 8 bulan dah x boleh booking ke Puan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya mereka tak terima yang dah lewat tapi puan boleh cuba pergi ke ppum untuk kepastian.

      Padam
  21. Sis. Masa nak booking appointment tu,kalau takde surat rujukan kk takpa ke? Bagi buku pink ngan ic je takpa ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa. Just bagi buku pink dan ic.

      Padam
  22. Tahu tak berapa cas bayaran untuk buat ujian air gula?

    BalasPadam
  23. Kalau due lgi 3 hari blh ke booking Sana?

    BalasPadam
  24. terima kasih untuk info ni..sangat bermanfaat. nak tnya, kalau dalam wad lepas bersalin, suami boleh teman x?

    BalasPadam
  25. Salam nak tnye. Sye tk bukak buku pink or daftar or checkup mane2 lg. So if sye trus g ppum bole ke? Ke bukak buku pink dlu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Kena buka buku pink duly di kk kawasan anda.

      Padam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Salam, nk tye..nk try cr hosp lain utk ank ke3..nk tye, klu bkn ank 1st still kene dgr ceramah penyusuan ke?? soalan ke2, boleh ke kita pilih doc..mksd nye nk doc perempuan / nurse prempuan je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya, tiap kali nak bersalin mesti pergi ceramah penyusuan.

      Padam
    2. Boleh buat surat tapi tak pasti diluluskan atau tidak untuk dapatkan dr / nurse perempuan.

      Padam
  28. Booking dengan menggunakan GL dari pihak insurans sama process?

    BalasPadam
  29. Hi we are Maternity Love

    kita jual semua baby product dan untuk maternity too


    apakah anda tahu bahwa:

    Brachycephaly
    In the case of Brachycephaly, an abnormality occurs in the back of the baby's head as a result of prolonged sleep deprivation. It can cause the head shape to be short, wide, or long.
    Babymoov simplify parenting!

    Untuk mengetahui macam macam fact tentang blog sila check website kite

    BalasPadam
  30. nak tnya klau kt ppum nnty nk brslin dy trus pggil suami msuk tmn ke ataupon ade mntk ape ii slinan ke

    BalasPadam
  31. Terima kasih dengan sharing of PPUM. Saya perlua bersedia sebelum kedatangan anak saya. Selain mencari hospital, saya juga perlu pastikan bilik baby siap dengan jenis cat rumah yang baik untuk bayi.

    BalasPadam
  32. Hi boleh aku tahu, macam mana eksperimen melahir anak di PPUM dan layanan layanan

    BalasPadam
  33. Sapa taw cne process utk register fpp di ppum?

    BalasPadam
  34. Boleh saya tahu berapa cost untuk salin normal 2023 di ppum

    BalasPadam