Rabu, 20 Julai 2016

DIY : Cara Buat Homemade Wet Cat Food Atau Dalam Bahasa Melayunya Makanan Kucing Basah

Banyak kali Dian nampak orang buat cat food sendiri dekat fb dengan blog. Nampak macam menarik. Ye la, nak beli dekat kedai, mahal sangat. Kalah makanan manusia. So bila dah nampak ada resepi wet cat food yang boleh buat sendiri kat rumah, apa lagi.Try la. Dian tak ada kucing rumah tapi belakang rumah memang banyak. Tak tau ada berapa. Mungkin lebih 10. Haha. Dian tak nak bela pon tapi kesian tengok lapar. Bila orang masak dekat dapur, start bunyi meow meow meow. Kita pon kesian la. So, kadang-kadang bagi ayam tak habis makan. Atau ikan gaul dengan nasi. Lama-lama kucing dah melekat dekat belakang rumah. So depa depends kat kami ja la. Hampir hari-hari meow time Dian ada kat dapur. Bila Dian keluar bagi makan, serbu macam zombies. Kadang-kadang takut diorg serbu lepas tu gigit atau cakar. Tapi setakat ni tak ada la. Ok. Jom tengok resepi yang Dian guna.

Bahan-bahan
1 kilo ikan temenung atau bahasa KLnya ikan kembung
Air
Halia (Optional)
Serai(Optional)
Lobak merah (Dian tak letak tapi sepatutnya letak sebatang)
Gelatin atau agar-agar

Caranya

  1. Buang semua organ dalaman ikan. Basuh bersih-bersih.Kalau tak buang,busuk sangat bila rebus. Jadi buang ya. Pastu organ mentah tu bagi la kat kucing.
  2. Potong halia besar-besar. Potong serai. Masukkan ikan, lobak merah,serai dan halia dalam air. Rebus. Fungsi halia dengan serai ni untuk tak nak bagi hanyir ikan. Kalau tak nak letak pon tak pe.
  3. Lepas ikan dah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
  4. Lepas dah sejuk, blend ke semua ikan. Kalau nak blend sampai halus boleh. Blend kasar pon boleh.
  5. Lepas dah blend, ketepikan. Ambil mangkuk kecil, letak satu bungkus gelatin dan larutkan dalam air panas. Bukan air mendidih tau. Sebab Dian guna gelatin. Lepas gelatin larut, sebatikan gelatin dalam ikan yang dah dikisar.
  6. Dah sebati, masukkan dalam bekas besar.
  7. Sejukkan dalam peti ais. 
  8. Bila adunan dah keras, anda boleh potong jeli ikan yang anda dah buat. Lepas tu bagi makan dekat kucing. Nak panaskan boleh tapi nanti cair sebab melting point gelatin ialah 35 darjah Celsius. 
Kalau anda guna agar-gara, cara dia lebih kurang macam anda buat agar-agar sirap biasa tu. Kena rebus agar-agar sampai hancur dan sebati, masukkan ikan. Kemudian boleh simpan dalam bekas.
Kelebihan guna agar-agar ialah dia tak cepat cair macam gelatin dan lebih pejal. Gelatin ni lembut macam sumi.

Kalau nak simpan dalam bekas kecil macam bekas dadih pon sangat baik. Ok tu saja yang Dian kongsikan untuk anda. Selamat mencuba. Manusia pon boleh makan jeli ni. Hihi. Dian kongsikan ilmu ni kerana Allah Subhana Wa Taala. Doakan Dian tau. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan