Sabtu, 3 September 2016

Borang dan Dokumen Kebenaran Berkahwin atau Bernikah

Kebenaran Berkahwin Bagi Lelaki

a. Kad Pengenalan pemohon dan salinan yang telah disahkan;
b. Sijil Kursus Praperkahwinan MBKPI dan salinan yang telah disahkan;
c. Surat pengesahan bujang yang dikeluarkan oleh majikan pemohon atau surat akuan sumpah bujang yang mempunyai tempoh sahlaku tiga (3) bulan sekiranya pemohon tidak mempunyai majikan;
d. Surat perakuan Cerai (jika duda);
e. Salinan sijil kematian isteri yang telah disahkan berserta Surat Nikah/Sijil Perakuan Nikah pasangan (jika berkaitan);
f. Surat akuan pemastautin bagi pemohon yang berlainan alamat dalam kad pengenalan oleh Imam Kariah/Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Taman Perumahan (jika berkaitan);
g. Surat/Kad Perakuan Memeluk Islam jika status agama dalam Mykad belum ditukar kepada Agama Islam (jika berkaitan);
h. Surat Kebenaran Berkahwin daripada majikan jika anggota Polis dan Tentera; 
i. Pasport dan salinan yang disahkan serta surat daripada Kedutaan (jika warganegara asing);
j. Melampirkan Borang Permohonan Pengesahan Pas bagi tujuan perkahwinan yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (jika warganegara asing); 
k. Surat pengesahan dokumen daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi penduduk tetap dan pemastautin sementara;
l. Surat kebanaran berkahwin dari Mahkamah Syariah (jika kes poligami dan bawah umur);
m. Pengesahan daripada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’;
n. Laporan ujian saringan HIV pemohon. Laporan ini hanya sah laku dalam tempoh seratus lapan puluh (180) hari dari tarikh ujian dijalankan (bagi negeri-negeri yang berkaitan);
Panduan Pengurusan Nikah di Malaysia28

Kebenaran Berkahwin Bagi Perempuan

a.  Kad pengenalan pemohon dan salinan yang telah disahkan;
b. Sijil Kursus Praperkahwinan MBKPI dan salinan yang telah disahkan;
c. Salinan kad pengenalan wali dan dua (2) orang saksi yang telah disahkan;
d. Surat Kebenaran Berkahwin pihak lelaki yang telah dikeluarkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ bagi daerah/negeri di mana dia bermastautin (jika berlainan daerah/ negeri);
e. Salinan Surat Nikah/Surat Perakuan Nikah ibu bapa telah disahkan dan Sijil Kelahiran pemohon yang telah disahkan (jika bapa menjadi wali) atau Salinan Sijil Kelahiran abang pertama yang telah disahkan dan Sijil Kelahiran pemohon yang telah disahkan (jika abang pertama menjadi wali);
f. Salinan Surat Perakuan Mati wali yang telah disahkan (jika berkaitan);
g. Surat Perakuan Cerai (jika janda);
h. Salinan Surat Perakuan Mati suami yang telah disahkan berserta Surat Nikah/ Surat Perakuan Nikah pasangan (jika berkaitan);
i. Perintah Anggapan Mati (jika berkaitan);
j. Surat akuan pemastautin bagi pemohon yang berlainan alamat dalam kad pengenalan oleh Imam Kariah/Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Taman Perumahan (jika berkaitan);
k. Surat/Kad Perakuan Memeluk Islam jika status agama dalam 
Prinsip Asas Munakahat 29
Mykad belum ditukar kepada Agama Islam (jika berkaitan);
l. Surat Kebenaran Berkahwin daripada majikan jika anggota Polis atau Tentera;
m. Pasport dan salinan yang disahkan beserta surat daripada Kedutaan (jika warganegara asing);
n. Melampirkan Borang Permohonan Pengesahan Pas Bagi Tujuan Perkahwinan yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (jika warganegara asing);
o. Surat pengesahan dokumen daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi penduduk tetap dan pemastautin sementara;
p. Pensabitan/ Perintah Mahkamah Syariah (bagi kes berkaitan wali hakim, bawah umur dan janda berhias);
q. Perintah pembubaran perkahwinan mengikut Hukum Syara’ dari Mahkamah Syariah atau dikri perceraian dari Mahkamah Tinggi Sivil (bagi saudara baru yang telah berkahwin sebelum memeluk Agama Islam);
r. Pengesahan daripada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’;
s. Laporan Ujian Saringan HIV Pemohon. Laporan ini hanya sah laku dalam tempoh seratus lapan puluh (180) hari dari tarikh ujian dijalankan (bagi negeri-negeri yang berkaitan);
t. Borang Permohonan Kad Perakuan Nikah (bagi negeri-negeri yang berkaitan);

Penyerahan Surat Kebenaran Berkahwin

a. Pemohon lelaki daripada daerah/negeri yang berlainan, hendaklah menyerahkan Surat Kebenaran    Berkahwin dari daerah/negarinya kepada pihak perempuan.
b. Selepas itu, pemohon perempuan hendaklah menyerahkan Surat Kebenaran Berkahwin daripada     pihak lelaki beserta permohonannya kepada Pejabat Agama/Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di daerah/negeri di mana pemohon perempuan bermastautin.
c. Surat Kebenaran Berkahwin kemudiannya diserahkan kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di mana pemohon perempuan bermastautin beserta dengan tarikh dan tempat akad nikah yang telah ditentukan.

Rujukan 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, J. (2013). Panduan Pengurusan Nikah Di Malaysia. 2nd ed. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan, pp.26-30.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan