Selasa, 23 Ogos 2016

Cuti-cuti Ho Chi Minh, Vietnam 4 Hari 3 Malam

Assalamualaikum, Dian baru saja balik dari Saigon atau nama lainnya ialah Ho Chi Minh di Selatan Vietnam. Percutian Dian adalah selama 4 hari 3 malam pada waktu bukan cuti sekolah. Sebab adik-adik Dian semuannya sudah bergelar pelajar universiti. Sekarang Dian akan kongsikan laporan perjalanan Dian di sini.

Hari Pertama

Dian bertolak pukul 4 pagi ke KLIA. Naik Malindo flight pukul 7.00 pagi. Subuh di anjung KLIA, dan makan breakfast dekat KFC. Buat pengetahuan pembaca semua, waktu di Saigon adalah sejam tepat lebih lewat dari Malaysia. Jadi kalau Malaysia pukul 8 pagi, Saigon adalah pukul 7 pagi. Waktu subuh adalah lebih kurang pada pukul 4.45 pagi, zohor pada 11 pagi, asar pada 3.45 petang, maghrib pukul 6 petang dan ishak pada pukul 7.45 malam. Lebih kurang ya. Bukan tepat-tepat. Kalau nak check waktu solat di Ho Chi Minh, boleh check di sini.

Lepas dah sampai di Ho Chi Minh City Airport, Dian naik teksi ke hotel. Dian ambil hotel berdekatan dengan Ben Tanh Market dan Malaysian Street. Nama hotel tu adalah Hong Hac Hotel. Waktu Dian sampai adalah lebih kurang pukul 10.30 pagi. Jadi, tak boleh nak check in lagi sebab belum pukul 2. Jadi receptionist cadangkan pergi melawat di Ben Tanh market. Masa ni, Dian tak tahu nak pergi ke sini. Jadi Dian guna google map. Perjalanan dari hotel ke Ben Tanh market adalah lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki. Dekat je.

Ben Tanh market adalah pasar tipikal untuk pelancong. Ada banyak jual souvenir, kopi, baju, dan beg. Anda kena tawar-menawar dekat sini sebab diorang ni suka caj harga paling mahal kepada pelancong.  Jalan-jalan terasa lapar la pulak. Sebab kami pon breakfast masa subuh tadi. Jadi kami cari restoran Al-Amin . Restoran ni paling murah! Sedap! Pelayan pon faham bahasa Melayu. Dian makan pho. Pho adalah macam kuew teow sup. Kuew teow dia kecik je. Boleh la. Haha. Dian tak minat sangat sup-sup ni. Adik-beradik Dian pulak order nasi goreng.

Lepas dah makan, kitorang pusing-pusing balik hotel. Tapi disebabkan still awal, tak boleh nak check in. Receptionist macam kesian kot, dia bagi masuk bilik walaupon cleaner still bersihkan bilik. Bilik dia boleh tahan luas dan bersih! Siap ada paip air sebelah tandas.  Lepas rehat-rehat, kitorang pon berjalan kaki ke Reunification Palace. Istana ni adalah istana penyatuan antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Banyak lah sejarah yang korang boleh baca. Siap ada sorang pemimpin masa zaman tu ada yang dibuang ke Malaysia. Lebih kurang sejam lebih jugak ronda-ronda sini.

Kemudian, kami berjalan ke Notre Dame Cathedral. Tak masuk pun, sebab difahamkan ini adalah geraja. Besar jugak lah. Sebelah bangunan ni pula adalah pejabat pos bersejarah. Serius cantik pejabat pos dia. Dalam tu ada peta besar lama yang cantik. Lantai dia pon sangat unik dan cantik.  Kemudian, kami berjalan kaki semula balik ke hotel. Penat jugak la. Disarankan, kalau anda tak larat atau ada orang tua, naik lah teksi. Sebab penat berjalan. Masa kami berjalan tak panas, sebab pokok-pokok besar lindung.

Balik di hotel, kami berehat dan makan malam di restoran Al-Amin sekali lagi.

Hari Kedua

Hari kedua kami ikut tour ke Sungai Mekong. Tour ni kami book dekat owner restoran al-amin. Kami ambil tour tanpa makan tengah hari hidang. Maknanya, tour ni restoran akan bungkuskan makanan dan kami sendiri akan bawa ke sana. Kami ikut tour ni dengan ramai pelancong lain. Ada yang dari Spain, France dan Singapore. Sebelum tu, Dian nak cerita tentang breakfast. Buat pengetahuan pembaca, hotel hong hac sediakan breakfast cuma tak halal lah. Dia ada tulis section no pork kat buffet dia. Cuma Dian was-was nak makan. Jadi Dian hanya ambil pisang, jambu batu, ubi rebus dan telur rebus. Kenyang la jugak sampai tengah hari.  Pukul 7.30 kami tunggu di luar hotel. Tour guide akan datang dan jemput naik bas bersama dengan pelancong lain.



Perjalanan ke Sungai Mekong dari Ho Chi Minh adalah dalam 2 jam. Anda akan lalu sawah padi. Lepas sampai di Sungai Mekong, kami naik boat besar. Lepas naik boat besar, anda akan sampai ke pulau. Di pulau ni, anda akan berjalan ke anak sungai. Anda akan naik sampan kecil lalu ke kawasan paya penuh dengan pokok nipah. Sampan ni muat 4 orang je. Sampan akan lalu selama 15 minit sampai ke sungai besar. Dan akan naik semula boat.

Kemudian, tour guide akan bawa ke ladang lebah di satu pulau. Di sini, mereka sediakan teh yang dicampur madu, pati bunga dan limau. Sedap oi. Disamping teh, ada pisang sira gula. Lepas ladang lebah,tour guide bawa berjalan ke kawasan kampung. Di sini, mereka hidang buah-buahan tempatan macam dragon fruit, nangka madu, longan dan nenas sambil dengar lagu lenggang kangkong dan rasa sayang versi bahasa Vietnam.

Dian naik bot semula dan sampai ke tempat gula-gula kelapa di buat. Di situ mereka tunjuk cari buat gula-gula kelapa. Bau sebiji macam dodol tapi bukan. Lepas dah habis tengok demo, mereka bawa ke tempat makan. Pelancong bukan Islam semua pergi makan hidang. Makanan yang disediakan adalah pork dan ikan. Jadi, nasib baik kami dah sediakan makanan bungkus. Kami tak ikut pergi ke restoran tapi kami makan di Cafe depan sungai yang sediakan air je.

Habis tour, kami bergerak balik ke Saigon. Sampai pada pukul 5. Sempat kami solat jamak takhir. Makan malam pula kami ke restoran di Malaysian street.

Hari Ketiga

Hari ni kami ikut tour juga tapi half day je. Kami ambil tour dekat bawah hotel. Kali ni kami pergi ke Chu Chi Tunnel. Jarak perjalanan pula sama macam semalam iaitu 2 jam. Sampai di sana, tour guide terang satu persatu sejarah Vietnam perang dengan Amerika Syarikat. Di sini terdapat terowong bawah tanah yang digunakan oleh tentera vietnam. Banyak ilmu boleh kita belajar dekat sana. Macam cara buat perangkap. Cara survive di hutan. Taktik yang digunakan tentera Vietnam bila menentang US. Kemudian di sana ada shooting range. Anda boleh try guna senapang bermacam jenis. Dan anda akan masuk ke terowong sepanjang 100 meter. Terowong tak kecik pon cuma kena jalan-jalan itik la. Lepas tu, mereka akan sediakan ubi kayu rebus cicah dengan gula dan kacang tanah sambil minum teh pandan. Habis half day tour dan balik ke Saigon.

Kami makan di restoran dan berehat. Malam tu kami berjalan-jalan di Malaysian Street sambil shopping telekung di kedai hajah bashiroh. Dekat situ dah macam KL sebab ramai orang Malaysia.

Hari Keempat

Flight kami pada pukul 4 petang jadi waktu pagi kami still ada masa untuk berjalan. Kami pergi ke War Remnants Museum dengan menaiki teksi pukul 7.30 pagi. Dalam museum ni, anda akan belajar sejarah orang-orang vietnam diseksa dan diracun oleh tentera US. US guna agent orange untuk bunuh orang-orang Vietnam. Agent orange adalah senjata kimia yang boleh mencacatkan manusia sampai ke generasi hari ni. Banyak jugak lah gambar menakutkan yang diipaparkan. Dan mereka juga tunjuk cara-cara mereka diseksa. Pusing-pusing di museum ni dalam sejam je dan kami terus ke Ben Tanh market untuk beli souvenir. Kami lunch di restoran Al-Amin dan check out hotel pada pukul 12.00 tengah hari.

Itu saja perjalanan cuti-cuti di Ho Chi Minh. Nanti saya akan share tips bercuti di sini.

Artikel Berkaitan Percutian ke Vietnam atau Luar Negara

  1. Tips bercuti di Saigon atau Ho Chi Minh, Vietnam
  2. Tips Melancong Ke Negara Yang Tak Ada Paip Air Dalam Toilet
  3. Cara naik kapal terbang ke luar negara
  4. Cara renew passport 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan