Rabu, 31 Ogos 2016

Cara Naik Kapal Terbang/Flight Untuk Ke Luar Negara (Oversea)

Assalamualaikum. Dian nak kongsi macam mana nak pergi oversea atau luar negara naik kapal terbang. Tak kisah lah kapal terbang air asia ke, malindo ke, Mas ke atau lain-lain. Caranya lebih kurang je. Dian dah beberapa kali pergi oversea dan baru ni ke Vietnam. Jadi boleh lah anda belajar dari Dian ya. Dian assume sesiapa yang baca post ni adalah orang yang pertama kali akan ke luar negara. Jadi, jom kita tengok cara-caranya.


  1. Pastikan anda dah beli tiket untuk ke negara yang anda ingin pergi. Boleh beli online atau pergi ke kaunter tiket di airport. Selalunya orang beli online je sebab senang dan kita boleh tengok harga tiket dengan harga cukai. Lagi satu, kita boleh tahu berapa berat beg yang kita boleh check in. Check in maksudnya beg yang berat dan besar yang kita nak simpan dalam ruang dekat kapal terbang. Beg kecik selalunya orang bawa masuk sekali tapi Dian lebih suka tak pegang apa-apa bila masuk nanti sebab senang bila dekat bahagian pemeriksaan nanti.
  2. Lepas dah beli tiket, periksa tarikh dan waktu penerbangan. Biasanya orang akan berada di airport 2/3 jam sebelum flight. Ini adalah untuk persediaan in case ada apa-apa terjadi dan kalau hari tu ramai orang naik flight, anda kena beratur untuk check in dan beratur lagi di bahagian pemeriksaan. Takut anda tak sempat naik flight. Lagi satu, KLIA ni besar. Nak pergi satu tempat ke tempat yang lain kena naik tren kecil. Bayangkan kalau anda sesat dan lambat, habislah kalau flight tertinggal. Dah la tiket mahal kan?  Jadi, kalau flight pukul 7.00 pagi, bertolaklah pada pukul 4 pagi supaya anda sampai sana dalam pukul 5 pagi. 
  3. Setibanya anda di airport, cari kaunter check-in. Kaunter check in ikut syarikat penerbangan. Selalunya kaunter akan ada tulis check in counter untuk ke destinasi yang specific. Kadang-kadang tak ada specific destination, so just beratur dan bagi tahu dekat kerani anda nak ke mana. Bawa passport anda ya. Jangan lupa! Anda juga boleh check in beg time ni. Nanti dia akan bagi tiket. 
  4. Lepas dapat tiket anda boleh masuk ke gate perlepasan. Kalau dekat KLIA, anda kena turun escalator yang ada polis jaga tu. Sediakan tiket dan passport anda untuk pemeriksaan.Tapi kalau waktu penerbangan lambat lagi, anda boleh la makan-makan dekat sana. Ada KFC, burger King dan macam-macam lagi. Sebab nanti bila anda dah turun ke gate perlepasan,susah nak cari makanan. Kalau boleh solat dulu juga. Solat subuh atau jamak terus. Surau ada dekat anjung KLIA. Hujung sikit. 
  5. Sebelum anda cari pintu perlepasan, anda akan melepasi kaunter pemeriksaan passport. Untuk pemegang passport Malaysia, ada pintu pemeriksaan automatik. Jadi anda hanya perlu letak passport anda di atas scanner dan scan cap jari. Pintu akan automatik terbuka bila anda dah cukup syarat. Kalau anda tak dapat lepas, pergi ke kaunter manual. Nanti ada pegawai yang akan memeriksa passport anda. 
  6. Bila dah selesai diperiksa passport, anda akan berjalan ke kaunter pemeriksaan beg sandang anda dan body check. Bagi lelaki, anda kena tanggalkan tali pinggang dan jam anda. Perempuan tak payah. Letak barang-barang dalam dulang dan pegawai akan check guna mesin automatik tu. Kemudian anda akan kena body check. 
  7. Lepas selesai semua di atas, anda boleh lah start cari pintu perlepasan anda. Kalau pintu C3, cari lah gate sampai dapat. Kalau kena naik tren, naik lah tren. 
  8. Di pintu perlepasan, anda kena tunggu sampai kerani syarikat penerbangan buka gate untuk ke bilik atau ruang menunggu. Bila dah ada signal untuk masuk, sila beratur dengan berhemah dan pegawai akan periksa tiket anda sekali lagi. Pastikan anda ke toilet siap-siap sebelum masuk ke ruang menunggu. 
  9. Di ruang menunggu, ada banyak kerusi. Duduk dan tunggu arahan kerani. Nanti dia akan bagi tahu siapa yang akan masuk dulu. Biasanya, orang yang beli tiket business class akan masuk dulu. Kemudian, warga tua dan wanita yang ada bayi. Lepas tu, penumpang yang berada di tempat duduk 1-15 contohnya.Kemudian baru yang lain-lain. 
  10. Masuk ke kapal terbang dan cari tempat duduk anda. Lepas cari, letak beg anda di tempat penyimpanan beg dekat atas. Duduk dan pakai tali pinggang keselamatan. 
  11. Last, enjoy dan berdoalah masa dalam penerbangan. Kalau nak pergi toilet, tanya pramugari di mana lavatory. Lavatory ni adalah toilet dalam flight. Kecik je. Pastikan anda bawa tissue basah ya untuk bersihkan diri .
  12. Lepas dah sampai, ambil barang dan masuk ke dalam airport. Nanti akan ada pemeriksaan di negara sana. Bagi passport.  Lepas dah diperiksa, barulah anda ambil barang anda. 
  13. Dah ambil barang, anda boleh lah ke destinasi anda. 
Fuh.... Banyak betulkan step dia. Tapi InsyaAllah anda boleh. Sedikit nasihat buat anda, jangan pegang barang orang di airport. Sangat bahaya ya! Pastikan beg anda berada dalam keadaan selamat takut orang ambil kesempatan untuk selit apa-apa. Ok itu saja dari Dian. Kalau anda rasa info ni berguna, doakan Dian untuk dapat rezeki pergi ke negara orang lagi masa akan datang. Dian teringin ke Mekah, Madinah, Morocco, New Zealand, dan macam-macam lagi. InsyaAllah, nanti akan ada peluang. Aamiin. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan