Isnin, 4 Januari 2016

Cara Pergi Ke UITM Shah Alam Dari KTM Shah Alam

Ok, hari ni saya nak cerita macam mana nak pergi ke UITM Shah Alam dari KTM Shah Alam atau komuter.

Cara Pertama :

  1. Bila naik komuter, turun di stesyen Shah Alam. Shah Alam ada tiga stesyen iaitu Batu Tiga, Shah Alam dan Padang Jawa. Untuk ke UITM boleh turun di Shah Alam atau Padang Jawa.
  2. Padang Jawa dekat sikit dengan uitm cumanya anda kena naik teksi ke UITM (masuk ke pintu seksyen 7). Tapi kalau anda tak nak naik teksi, baca cara kedua.
Cara Kedua :
  1. Lepas turun dari KTM Shah Alam, pergi ke pintu hadapan. Di sana ada bas RapidKL dan Selangorku. Anda boleh pilih nak naik antara dua tu. Tambang RapidKL RM1 dan Selangorku FOC.
  2. Saya naik bas SelangorKu. Jadi turun di stesyen bas seksyen 2. Yang ada food court dan KFC tu. Lepas turun, naik bas D (uitm). Sampai la di UITM.
Cara Ketiga :
  1. Naik bas selangorku dan turun dekat seksyen 7 . Just turun di wisma Jakel. Lepas tu, pergi stesen bas bertentangan. Tunggu bas RapidKL yang ada label UITM Dalaman. Tambang RM1. Tunggu sampai dia pusing seksyen 7 ke UITM. 
Itu saja cara yang setakat ni saya dah explore untuk ke UITM Shah Alam. Terima kasih kerana sudi membaca, Bye!

6 ulasan:

  1. Hi sya nak tanya kalau kita nak pegi UITM puncak perdana dari KTM batu 3 macam mana pula yah?

    BalasPadam
  2. Thanks! Nampak senang ya ambik bas

    BalasPadam
  3. Salam, nak tanya, apa no bas tu? yg dari ktm shah alam ke uitm shah alam, lagi satu nak ke DATC bas yg sama juga ke? maaf ganggu, saya bukan dari induk

    BalasPadam
  4. T kasih...saya dah tinggalkan uitm Shah Alam di sek 2 dah lebih 30 tahun dahulu naik bas 333 dari KL. T kasih banyak2 kerana tuan berkongsi cara ke uitm.

    BalasPadam