Khamis, 14 Januari 2016

Cara Naik Air Asia (Domestik)

Baiklah. Saya nak share macam mana nak naik kapal terbang Air Asia untuk domestic flight di KLIA 2. Jom kita tengok langkah-langkah dia.


  1. Sampai di KLIA 2, turun dekat balai perlepasan. Pintu untuk berlepas. 
  2. Kemudian, jumpa kaunter check in. Anda ada pilihan nak check in sendiri atau check in guna mesin. Kalau check in sendiri di kaunter, anda dikenakan caj untuk check in. Tapi kalau anda guna mesin check in, percuma je. 
  3. Check in sendiri, pergi ke kaunter dan berurusan dengan orang Air Asia.
  4. Check in mesin, ikut arahan tertera dekat mesin tu. Tekan nombor tiket yang kita dah beli tu. Nanti dia akan printkan tiket kita. Ambil dan simpan tiket elok-elok.
  5. Bagi siapa yang ada bag berat, anda kena check in bagasi. Jadi pergi ke kaunter drop bagasi. Beratur dan bagi tiket yang kite print tadi. Orang Air Asia akan timbang berat bag. Untuk bag yang berat sampai 15 kg, harganya RM75. Agak mahal la compare dengan harga tiket. Jadi, kalau beg ringan, just bawak je naik atas kapal terbang. Nanti ada tempat simpanan beg dekat atas tempat duduk.
  6. Lepas dah check in beg, masuk ke gate perlepasan domestik. Kalau tak tahu kat mana, tanya orang tau. Jangan termasuk ke international departure gate pulak.
  7. Nanti bila dah masuk gate domestik, ada pegawai yang akan memeriksa beg kita. Jangan risau. Kalau sapa yang bawa laptop dan handphone dalam beg, keluarkan dan letak dalam bekas biru yang disediakan. Beg pon masukkan ke dalam tempat x-ray tu. Sama jugak dengan dompet,hp,laptop. Sapa yang pakai tali pinggang, keluarkan dan letak dalam bekas biru yang disediakan. 
  8. Lepas dah check barang-barang, masuk ke gate yang ada lampu merah tu. Nanti lampu akan menyala kalau ada benda besi dekat badan kita, Kalau tak ada, lampu takkan menyala dan anda tak perlu dicheck oleh pegawai. Kalau lampu menyala, pegawai akan memeriksa badan anda. Jangan risau buat perempuan sebab pegawai wanita yang akan check. Jangan risau pasal ni, sebab biasa je kalau lampu tu berbunyi. Mungkin kita punya pakaian yang ada besi. Sekejap je check badan.
  9. Lepas dah check, pakai balik tali pinggang anda dan ambil semua barang anda balik.
  10. Sekarang, ada hala ke gate yang anda kena pergi. Misalnya, kalau anda J4, cari gate J4. Tunggu sampai pintu buka.
  11. Nanti ada pengumuman kata pintu J4 dibuka. Baru anda boleh naik kapal terbang. Sediakan ic dan tiket.
  12. Lepas pramugari dah check tiket, naik lah kapal terbang.
  13. Cari tempat duduk anda yang ditulis dalam tiket. Kemudian, letak beg diatas tempat duduk anda. 
  14. Duduk di seat anda dengan tenang dan pakai seatbelt.
  15. Kalau anda nak ke tandas, tanya pramugari kedudukan tandas, Biasanya saya susah nak guna toilet kapal terbang. Jadi siap-siap pergi toilet dekat airport.
Nampak macam banyak step kan? Tapi senang je. Selamat naik atas kapal terbang ya! 


5 ulasan:

  1. Hai sekadar ingin bertanya, adakah passport diperlukan untuk penerbangan domestik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Domestic hanya perlukan ic dan tiket shaja

      Padam
  2. hai nk tanya klu beli tiket online kemudian checkin online kemudian dekt mesin self servis tu ada 2 pilihan chekin dngn reprint boarding pass yg mana 1 nk tekan..hahaha comfusee😁

    BalasPadam