Khamis, 24 Ogos 2017

Cara Menjaga Anak Kucing Tanpa Mak Kucing

Assalamualaikum semua. Hari ni Dian saja nak share ilmu yang Dian dapat sepanjang menjaga anak kucing yang kena buang tepi rumah. Entah macam mana anak kucing tu tersesat dekat tepi longkang. Anak kucing tu meow dari awal subuh. Kesian sangat. Adik Dian yang pergi cari anak kucing yang meow teresak-esak tu. Terus dia bawak masuk rumah. Ya Allah, comel betul. Bulu warna grey campu putih dan keempat-empat kaki tu ada 'stokin' putih. Masa mula-mula Dian tengok, anak kucing tu nampak takut sangat tapi tak takut dekat manusia. Cuma dia macam trauma bersendirian dekat luar. Mak kucing tak nampak.Mungkin ada orang buang. Entahlah.

Anak kucing tu agak-agak dalam usia 3 minggu. Sebab tengok dia boleh berjalan tapi masih tak stabil. Telinga pon dah tegak. Mata dah bukak. Orang kata kalau anak kucing besar ni mak kucing masih menyusukan dia dan peluang untuk survive memang sikit. Jadi Dian ambil keputusan untuk cari mak kucing dekat belakang rumah ni. Belakang rumah memang penuh kucing sebab Dian selalu bagi makan. Jadi Dian umpan mak kucing dengan makanan dan cuba untuk bagi anak kucing dekat mak kucing tu. Walaupon Dian tak pasti tu mak kucing kandung ataupon tak. Tapi apakan daya, anak kucing tu cuba nak menyusu tapi ditolak mak kucing dengan dengusan. Jadi Dian ambil balik anak kucing tu. Nak tak nak kena jaga baby kucing ni.

Okay perenggan dekat atas ni adalah point pertama yang Dian nak fokuskan. Bila nampak anak kucing yang muda, cari ibu kucing atau cari ibu kucing tumpang. Dian ada baca, untuk buatkan ibu kucing terima anak kucing, ambil kain basah dan sapukan dekan ibu kucing tersebut. Kemudian sapukan kain tersebut dekat anak kucing tu supaya bau mak kucing tu melekat dekat anak kucing tumpang. Mak kucing jaga kucing lebih baik dari manusia menjaga anak kucing sebab naluri mereka yang Allah berikan.

Kalau tak dapat nak cari mak kucing atau ibu tumpang, anda kenalah jaga anak kucing tersebut. Nak menjaga anak kucing memerlukan perhatian 24 jam. Kalau anda terpaksa keluar bekerja, memang susah. Sebab apa susah? Dian akan ceritakan.

Anak kucing berusia 3 minggu selalunya masih menyusu. Jadi anda kena buat susu untuk anak kucing tersebut. Anda boleh berikan susu kambing atau beli susu anak kucing khas yang dijual di kedai haiwan. Jangan bagi susu lembu sebab kucing akan cirit birit sebab susu lembu tak sesuai. Kalau tak dapat nak beli susu kambing atau susu khas, anda boleh buat sendiri susu emergency yang dinamakan emergency KMR (Kitten Milk Replacement). Anda boleh google resepi ni. Antara bahan-bahannya adalah telur kuning, susu pekat,air dan yogurt. Dian ada buat susu emergency ni untuk minum satu hari. Alhamdulillah, anak kucing dapat survive tanpa cirit. Malah, anak kucing minum dengan selera. Tapi jangan bagi dalam tempoh yang panjang. Takut-takut sakit nanti.Oh ya, Dian bagi susu dalam syringe. Beli je syringe 50 sen yang 5 ml tu dekat farmasi. Sangat membantu. Jangan bagi susu tu laju-laju tau. Slow-slow je sebab takut susu masuk dalam saluran pernafasan. Dian bagi anak kucing minum susu setiap 2/3 jam. Kalau waktu malam, Dian tak susukan sebab anak kucing tidur nyenyak dalam kotak.

Lepas 2 hari, Dian belikan susu khas kucing jenama Tura dan botol susu anak kucing jenama four paws. Susu Tura ni murah juga la dalam RM13 macam tu dan botol susu harga RM8. Tapi susah juga la nak susukan anak kucing guna botol susu sebab nak adjust lubang puting. Kalau besar sangat, air susu keluar laju. Kalau kecik sangat air susu keluar lambat. Dan anak kucing Dian sangat suka kunyah puting botol. Sampaikan satu hari, puting susu tu putus dan ditelan anak kucing masa menyusu. Memang terkejut Dian time tu. Rasa risau sangat sebab puting tu getah dan takut tersangkut dalam usus. Jadi kalau anda nak susukan anak kucing guna botol, pastikan anda perhati betul-betul. Bagi Dian, better guna syringe dari botol susu.

Lepas topik menyusu, Dian nak cakap pasal membuang air. Anak kucing yang Dian jaga masa tu masih tak dapat nak kencing dan berak dengan sendiri. Jadi Dian sebagai 'ibu' kepada anak kucing tu kena buat tugas mak kucing iaitu dengan menggunakan kain basah yang suam. Kain basah tu Dian sapukan lembut-lembut dekat salur kencing dan salur najis. Buat kejap je, nanti anak kucing tu kencing dan berak.Pastikan anda sediakan tuala untuk lapik. Lepas tu, bersihkan bulu anak kucing dengan kain bersih yang basah suam. Kalau mak kucing, dia akan jilat salur kencing dan najis. Tapi sekarang, anda kena ambil alih tugas mak kucing tersebut.

Kalau bab tidur pula, anda kena sediakan kotak atau bekas. Dian prefer kotak yang tinggi. Sebab susah untuk anak kucing keluar dan yang ada penutup supaya dalam kotak gelap. Lapik kotak dengan surat khabar dan kemudian towel. Anak kucing suka towel sebab texture kain yang seakan-akan bulu. Jadi anak kucing tu dapat menenangkan diri. Lagi satu, Dian juga ada gunakan botol yang berisi air suam yang diletakkan di tepi. Botol suam ni kita balut dengan kain. Anak kucing suka baring atas botol suam ni untuk panaskan badan. Jangan panas sangat dan jangan sejuk pula. Botol panas ni wajib buat tau. Supaya anak kucing sihat. Lagi-lagi kalau kita buka air cond.

Kalau anak kucing tiga minggu ni kejap je besar. Anda kena cekal jaga anak kucing dalam 5 hari. Kemudian anda boleh slow-slow bagi wet food. Sambil bagi wet food, bagi susu juga.

Selepas anak kucing umur 4 minggu, anda boleh start ajar guna pasir kucing untuk buang air. Dian beli pasir kucing khas dan letak dalam talam besar. Dian guna talam sebab senang anak kucing nak masuk dalam talam. Dian train anak kucing berak atas pasir dalam tempoh beberapa hari juga la. Anda kena bersabar sebab sebelum anak kucing faham, anak kucing akan berak dan kencing di tempat tersembunyi dekat rumah. Jadi kalau anda nampak anak kucing mencari-cari tempat gelap, cepat-cepat ambil dan letak dalam pasir. Kemudian, ambil kaki depan dan bimbing anak kucing untuk korek pasir. Memang berkesan cara ni. Cumanya,anda kena buat banyak kali. Bimbing anak kucing lepas makan, lepas bangun tidur, lepas menyusu dan lepas main. Lama-lama, anak kucing akan faham dengan sendirinya.

Okay, tu je yang Dian dapat kongsikan tentang cara jaga anak kucing tanpa mak. InsyaAllah, anak kucing boleh survive tapi anda kena cekal dan rajin. Doakan anak kucing Dian dapat survive sampai besar.

Isnin, 14 Ogos 2017

Cara Pilih Tarikh Untuk Kenduri Kahwin

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dian Alhamdulillah sihat. Dian hari ni nak bercakap mengenai cara pilih tarikh untuk kenduri kahwin. Ye la, bulan 8 ni tiba-tiba banyak pula undangan kahwin. Padahal cuti bulan 8 ni hanya pada 31 Ogos je. Ramai yang pilih tarikh seminggu sebelum hari raya haji iaitu pada 1/9 /2017. Pelik pula Dian. Ramai orang ambil cuti seminggu dari 26/8 hingga 3/9. Sampaikan tiket ets online pon habis 2 minggu sebelum tarikh-tarikh ni. Dian dulu kahwin hujung cuti sekolah masa awal tahun sempena cuti raya cina. Ada sebab juga Dian pilih tarikh ni. Ni adalah pandangan Dian mengenai cara untuk pilih tarikh kenduri kahwin.

Cuti Sekolah

Ramai yang pilih cuti sekolah untuk kenduri kahwin mereka. Kalau ikut pengalaman Dian, kebanyakan negeri akan pilih cuti sekolah untuk kenduri kahwin sebab senang orang yang ada anak yang masih bersekolah untuk bercuti. Cuti panjang, jadi boleh plan cuti sebaiknya. Tapi Dian tak berapa berkenan dengan pilih tarikh kenduri ikut cuti sekolah sebab time tu, budak universiti kebanyakannya tak cuti. Kalau saudara mara masih ramai banyak anak kecil, cuti sekolah adalah pilihan tepat. Tapi kalau kebanyakan saudara mara semua dah besar-besar, susah untuk mereka ambil cuti dan pergi ke kenduri. Dian banyak kali juga dapat undangan kenduri kahwin masa cuti sekolah ni yang mana universiti tak cuti. Memang tak dapat nak pergi la sebab selalunya kena time final exam. 
Jadi, pembaca boleh timbangkan la. Kesian saudara mara yang tengah final exam uni nak kenduri macam mana. Ada juga kes yang sampai adik-adik kena tangguh final exam sebab kenduri kahwin abang-abang dan kakak-kakak. Kesian tau. Seterusnya...

Cuti Universiti

Bagi yang mempunya family yang dah matang, maksudnya family yang kebanyakkannya dah tak bersekolah, cuti universiti merupakan pilihan yang baik. Cuti universiti ada dua. Cuti lepas semester pertama iaitu hanya sebulan dan cuti lepas semester kedua. Cuti lepas semester kedua adalah yang paling lama iaitu 3 bulan. Cuti semester pertama adalah pada awal januari sampai awal februari. Cuti semester kedua adalah pada awal julai hingga awal september. Dian dulu pilih cuti universiti gabung cuti sekolah. Jadi senangkan?  

Awal cuti awam atau hujung cuti awam?

Okay ni persoalan yang kena ambil kira. Kalau ada cuti sekolah seminggu, anda nak pilih tarikh awal cuti atau hujung cuti? Bagi Dian, Dian pilih hujung cuti. Sebab apa? Biasanya kebanyakkan orang dah plan percutian awal-awal. Mereka nak pergi melancong jauh-jauh. Jadi mereka mostly akan pergi pada awal percutian dan berehat di rumah pada hujung cuti. Kiranya kita tak kacau plan percutian orang dan mereka pon dengan senang hati boleh pergi. Lagipon, kalau hujung cuti, trafik sesak bagi yang menghala ke Kuala Lumpur. Jadi trafik lengang untuk ke utara, selatan atau pantai timur. Senang orang nak pergi kenduri tanpa rempuh jam. 

Kalau awal cuti, kemungkinan untuk bertembung dengan plan percutian orang tu tinggi. Takut orang tak dapat datang kenduri kita. Dan kalau kita duduk dekat belah utara atau pantai timur, pastinya lebuhraya plus sesak sebab orang ramai akan balik kampung untuk bercuti. Orang dari KL kena rempuh jam untuk ke kenduri kita. 

Cuti Sabtu Ahad tanpa Cuti Umum

Dian sekarang nampak trend kenduri kahwin pada hujung minggu yang tak ada cuti umum langsung di sekitar Lembah Klang. Betul.. Ramai sekarang pilih tarikh macam ni sebab senang tak bertembung dengan kenduri orang lain. Maknanya, orang tak ramai nak pilih tarikh ni. Jadi tak ada la kes banyak undangan dalam satu hari. Lagi satu, kenduri kahwin pada tarikh yang tak ramai orang pilih ni murah kosnya. Sebab selalunya tarikh peak kenduri kahwin, kos akan melambung sebab banyak permintaan. Orang pon senang hati datang kenduri sebab tak payah nak masak tengah hari atau malam. Haha. 

Hari Bekerja?

Haaa..... ibu bapa Dian ada juga dapat kenduri kahwin time hari bekerja ni. Maksudnya antara hari Isnin sampai Jumaat. Tapi kenduri waktu malam lah. Yang ni rare. Tapi susah untuk family jauh untuk datang. 

Okay.. tu je lah yang Dian dapat kongsikan. Sekarang dah makin jelas kan? Atau... bakal pengantin makin blur nak pilih tarikh apa untuk kenduri kahwin. Haha. Apa-apa pon bincang dengan parents yang mana paling senang. Jangan bincang dengan ramai sangat orang sebab nanti kita sendiri akan confuse. 



Rabu, 2 Ogos 2017

Cara Booking Bersalin di Hospital PPUM 2017

Assalamualaikum semua. Dian nak share pengalaman Dian booking bersalin di PPUM yang separuh kerajaan ni. Bukan UMSC tau. UMSC adalah perkhidmatan bersalin private. Kalau yang Dian ambil ni adalah yang semi-government punya. Dian ambil keputusan nak bersalin dekat PPUM sebab senang dan dekat. Senang maksudnya Dian ada genetic disorder yang dari kecil memang refer dekat sini. So, segala maklumat yang dulu-dulu InsyaAllah mereka simpan. Jadi nanti bila nak bersalin nanti pakar boleh rawat Dian dengan senang. InsyaAllah. Berbanding dengan hospital lain yang langsung tak maklumat mengenai genetic disorder Dian.

Lagipun PPUM dekat dengan rumah Dian berbanding dengan hospital Serdang yang KK bagi. Tapi kos PPUM ni mahal lagi dari hospital Serdang. Caj bayaran untuk PPUM adalah lebih dari RM500. Kalau anda ada GL, free of charge lah kan. Tapi kalau tak ada, makanya kena bayar. Bilik-bilik di PPUM pula tak ada kelas macam hospital lain. Hanya ada bilik yang mempunya 4 katil. Ok la tu kan. Dari duduk bilik sorang-sorang. Seram oh. Dah lah dekat hospital. Hahaha.

Macam mana nak booking bersalin dekat PPUM?

Kalau nak tahu, kalau nak bersalin dekat PPUM, anda kena booking dulu. Tak boleh walk-in rasanya. Anda kena buat check up dekat sini. Masa Dian nak booking hari tu, nurse PPUM kata kena check up dekat KK jugak. So, sekarang ni Dian ada 4 kali check up. 2 minggu sekali dekat KK, 2 minggu sekali dekat PPUM. Jenuh jugak la. Sekarang ni Dian nak cuba tanya nurse KK, boleh tak tak payah checkup dekat KK dah. Dian kena 2 minggu sekali check up sebab kandungan dah nak masuk trimester ketiga.

So, first anda kena datang ke klinik ibu dan anak di PPUM pada waktu pagi seboleh-bolehnya. Klinik buka pukul 7.30 pagi.
Ambil nombor giliran untuk booking.
Bila nombor naik, pergi ke kaunter dan serahkan buku pink klinik kesihatan. Penting tau. Jangan tak bawa.
Kemudian, nurse akan bagi borang, risalah dan anda kena pergi book waktu untuk scan kandungan. Nurse juga akan bagi tahu tarikh untuk datang daftar dan bayar yuran bersalin.
Tamat (ikut pengalaman Dian).

Macam Dian, Dian dapat tarikh daftar sebulan lepas pertama kali datang PPUM.

1. Selepas sebulan, Dian ambil nombor untuk buat pendaftaran. Dian bagi borang yang siap diisi, kad pengenalan Dian, salinan IC suami (sebab suami kerja). Lepas tu nurse suruh bayar di kaunter bayaran dekat luar KKIA tu. Bayar RM500 tambah dengan ujian darah baby RM84.
2. Dah bayar, Dian pergi semula ke kaunter dan bagi resit.
Kemudian, nurse bagi kad appoinment dan proceed pergi check up pertama dekat klinik antenatal. Oh ya, dekat sini kena bayar RM30 untuk daftar.
3. Dian pergi ke klinik antenatal dan bagi kad appoinment dekat kaunter jururawat 2. Dekat situ, Dian kena buat ujian air kencing, check berat, tinggi, blood pressure.
4. Satu kesalahan yang Dian buat adalah Dian makan sebelum datang daftar. Jadi Dian tak dapat nak buat ujian air gula. So, Dian kena datang balik hari lain untuk buat ujian tersebut.
5. Lepas semua ujian dibuat, nurse tanya samaada nak hadir ceramah penyusuan ibu hari ni atau tak. Dian kata ya. Ceramah ni dibuat tiap hari. Alang-alang tengah tunggu doktor, baik dengar ceramah dulu. Husband boleh temankan dengar ceramah ni tau.
6. Tapi time tu, nurse tak panggil nama untuk dengar ceramah. Pelik juga. Tapi disebabkan nombor giliran Dian dah naik. Baik Dian terus jumpa doktor.
7. Doktor minta tengok buku pink KK. Kemudian sembang-sembang mengenai sejarah penyakit family semua. Then, doktor check jantung baby.
8. Lepas habis jumpa, kad biru untuk appoinment tu kena serahkan kepada nurse dekat kaunter luar untuk buat appoinment baru. So, Dian dapat dua appoinment. Satu untuk ujian air gula dan satu untuk jumpa doktor.
9. Tamat. Boleh balik.

So itu lah pengalaman booking bersalin Dian untuk first baby di PPUM. Semoga apa yang Dian kongsikan ni bermanfaat untuk anda yang membaca. Doakan Dian dimudahkan bersalin dengan selamat.

Selasa, 25 Julai 2017

Bajet Barang Keperluan Baby Baru Lahir RM500 (2017)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Dian dah siapkan barang baby sebanyak 70%. Lagi 30% tu barang-barang Dian contohnya barang berpantang, set tanam uri dan breast pump. Memandangkan Dian memang suka kira balik perbelanjaan guna excel, jadi Dian nak kongsikan pada pembaca semua bajet barang keperluan baby RM500 saja. Dian beli semua barang baby dekat Aeon Wangsa Maju dengan Aeon IOI Mall Puchong dan Mr Diy. Semua barang yang disenaraikan ni hanya yang betul-betul perlu sahaja. Ok Jom tengok senarai dibawah.

Barang-barangKuantitiHarga (RM)JumlahTempat
Baju lengan pendek611.971.4Aeon Wangsa Maju
Baju lengan panjang61272Aeon IOI Mall
Baju lubang-lubang312.938.7Aeon Wangsa Maju
Barut tali54.924.5Aeon Wangsa Maju
Barut lekat53.919.5Aeon IOI Mall
Stokin baby29.8119.62Aeon IOI Mall
Set mittens & booties36.519.5Aeon Wangsa Maju
Topi newborn 25.511Aeon IOI Mall
Tuala baby biasa3515Aeon Wangsa Maju
Tisu basah (2x80s)18.98.9Aeon Wangsa Maju
Pengetip kuku baby16.96.9Aeon Wangsa Maju
Nose cleaner16.96.9Aeon Wangsa Maju
Sabun badan baby15.255.25Aeon Wangsa Maju
Changing Mat116.916.9Aeon Wangsa Maju
Sapu tangan32.57.5Mr Diy
Cotton ball12.12.1Mr Diy
Cotton tip10.90.9Mr Diy
Selimut119.1219.12Aeon IOI Mall
Botol susu s218.2736.54Aeon IOI Mall
Berus botol18.98.9Aeon IOI Mall
Cloth diaper (10 helai)129.929.9Aeon IOI Mall
Disposable diapers126.9926.99Aeon IOI Mall
Maternity pad (Mademme)116.416.4Aeon IOI Mall
Kelambu119.9219.92Aeon IOI Mall

Jumlah semua perbelanjaan adalah RM504.34.

Barang-barang dari Aeon yang Dian beli adalah semasa promo sale yang sedang berlangsung sampai 31/8/2017 ni. Aeon nampak je macam tak ada sale, tapi kalau anda perhatikan tanda harga, kalau ada sticker berwarna, maknanya ada discount. Tapi untuk kepastian kena tanya staf Aeon dulu ya. 
Dian pon sebenarnya tak tahu pon ada discount, tapi bila Dian periksa resit balik, memang ada potongan harga.

Baju-baju yang Dian senaraikan ni memang yang paling murah dekat Aeon. 

Ok. Jom Dian explain pula mengenai barang-barang yang Dian beli. Dian beli baju lengan pendek dengan baju lengan panjang 6 pasang sebab kak ipar Dian ada cakap baby banyak berak. Barut pon kena banyak sebab takut terkena najis juga. Stokin Dian rasa perlu sebab Dian rasa booties suka tertanggal bila baby pakai. Jadi Dian InsyaAllah akan pakaikan stokin.

Tuala pula bukan tuala khas baby tapi tuala biasa. Aeon ada buat offer hari tu sehelai RM5. Jadi Dian cepat-cepat ambil.  Untuk alat mandi pula, Dian hanya belikan sabun saiz kecil head to toe. Maknanya boleh pakai untuk kepala dan badan. Dian tak nak beli bedak dan lotion sebab semua tu bahaya untuk baby. Bedak bahaya untuk paru-paru. 

Botol susu pula Dian beli jenama Pigeon sebab dah survey dekat info ibu hamil jenama ni paling elok. Cloth diaper pula Dian nak guna untuk bedung baby sebab kainnya nipis dan tak panas sangat,
Untuk pad pula, Dian beli brand Madame Pureen. Katanya brand ni paling selesa dan tak sakit bila terkena jahitan. Dan pad ni jenis lekat bukan tali. 

Kelambu pula, ibu bapa Dian yang suruh beli sebab takut nyamuk dan binatang kecil datang dekat baby. 

Bakal ibu bapa bolehlah ikut bajet Dian ni. Nanti bila dah ada nak kedua, tak banyak dah yang perlu beli sebab semua dah sedia ada.

Ok itu saja yang Dian dapat kongsikan. Doakan Dian dimurahkan rezeki Dunia dan Akhirat ya.

Assalamualaikum.

Ahad, 23 Julai 2017

Bajet Barang Keperluan Baby Baru Lahir dan Ibu 2017

Assalamualaikum semua. Semalam Dian ada open house dekat Taman Malawati. Dan alang-alang Dian sudah berada di sana, Dian pun terus pergi ke Aeon Wangsa Maju untuk beli kelengkapan baby baby baru lahir. Bajet Dian dalam RM250 untuk beli semua sebab Dian dah survey dekat Aeon Puchong barang baby ni. Murah-murah jugak lah. Tetapi Dian tak dapat nak beli kesemua barang secara lengkap untuk bajet RM250 ni sebab silap pengiraan. Dalam bajet Dian pada hari ni, RM250 boleh beli dalam 50-60% lengkap barang baby. Dian memang dah habis cut cost. Sebab hanya barang newborn saja yang Dian beli. Barang untuk baby lepas 4-6 bulan, Dian kemudiankan. InsyaAllah nanti bila dah rezeki lebih, Dian teringin juga beli yang mahal-mahal ni. Hehe Ok. Jom tengok senarai di bawah.


Barang-barangKuantiti yang dibeliKuantiti yang diperlukanHarga (RM)JumlahTempatKuantiti yang belum beli
Baju lengan pendek2611.923.8Aeon Wangsa Maju4
Baju lengan panjang2613.927.8Aeon Wangsa Maju4
Baju lubang-lubang2412.925.8Aeon Wangsa Maju2
Barut tali254.99.8Aeon Wangsa Maju3
Barut lekat254.99.8Aeon Wangsa Maju3
Set mittens & booties276.513Aeon Wangsa Maju5
Topi1211.911.9Aeon Wangsa Maju1
Tuala33515Aeon Wangsa Maju0
Tisu basah (2x80s)118.98.9Aeon Wangsa Maju0
Pengetip kuku baby116.96.9Aeon Wangsa Maju0
Nose cleaner1110.510.5Aeon Wangsa Maju0
Sabun badan baby115.255.25Aeon Wangsa Maju0
Tilam dan bantal1139.939.9Aeon Wangsa Maju0
Changing Mat1116.916.9Aeon Wangsa Maju0
Sapu tangan382.57.5Mr Diy5
Cotton ball112.12.1Mr Diy0
Cotton tip110.90.9Mr Diy0
Total =RM235.80 (exc tax)
           RM238.00 (inc tax)

Ni lah bajet dalam bentuk jadual yang Dian buat. Hanya barang-barang ini. Barang-barang lain, InsyaAllah nanti kalau rajin Dian buat lagi. Bajet ni tak sampai RM250 tapi lebih kurang lah. 
Senarai ni adalah senarai warm up dulu. Hehe. Ye la bila baru jadi parents ni, blur lagi nak beli apa walaupun macam-macam senarai dah buat. 

Ok lah. Harap semua dapat manfaatkan apa yang Dian buat ni. Doakan Dian, suami dan baby dimurahkan rezeki ya. 


Jumaat, 21 Julai 2017

Barang Keperluan Hospital Untuk Ibu dan Baby

Note: Copy paste dari salah satu komen dari page info ibu hamil dekat facebook

Barang baby
- Baju lengan pjg (standby 2/3 psg)
- Baju lengan pendek (sama 2/3 psg jgk)
- Mitten & booties (3 psg atau lebih)
- Napkin/bedung
- Minyak telon
- Tuala
- Pampers (10 pcs atau lebih)
- Wet wipes
- Topi baby (1 pun cukup)

Barang ibu
- Kain batik (1 helai utk balik)
- Baju butang dpn (1 helai utk balik)
- Nursing bra
- Maternity pad/overnight pad
- Panties
- Sweater
- Tudung
- Stokin
- Tuala
- Toiletries (sabun, berus gigi, etc.)
- Selipar (pakai siap2 dari rumah masa nak pegi hospital)
- Thermos
- Biskut/roti
- Kurma & air zamzam
- Milo
- Buku pink
- IC
- Sijil nikah

*Bwk sekali plastik utk isi baju kotor

Labour room (asingkan 1 plastik lg senang)
- 1 psg baju lengan pjg
- 1 psg mitten & booties
- 1 topi
- Kain bedung/selimut
- 1 pc pampers

List Barang Keperluan Baby Baru Lahir dan Ibu Berpantang

Assalamualaikum ibu-ibu ayah-ayah. Sekarang ni blog Dian dah jadi blog untuk mak-mak dah. Kalau awal tahun ni dan akhir tahun lepas, blog ni fokus kepada list barang keperluan pengantin baru dan persediaan untuk majlis kahwin. Sekarang keperluan baby pula. Cepat betul. Alhamdulillah. Memandangkan Dian belum graduate lagi dari master degree jadi Dian memang nak cari list barang keperluan asas bayi saja. Tak nak beli lagi barang yang tak perlu. Jadi Dian research (hobi suka research dari zaman degree dulu) lah dekat pagi info ibu hamil nasihat-nasihat mak-mak tentang barang-barang keperluan ni. Jadi jom kita tengok antara list yang mereka senaraikan.

Mak Pertama

+ Clothing

+ Baju lengan pendek

3 helai saiz newborn
3 helai saiz 0-6months

+ Baju lengan panjang

2 helai saiz newborn
2 helai saiz 0-6months

+ Baju lubang-lubang

2 helai saiz newborn
2 helai saiz 0-6months

+ Rompers

2 helai saiz newborn
2 helai sai6 0-6months

+ Barut
10 helai

+ Mitten & Booties
7 pasang

+ Stokin
4 pasang

+ Sapu tangan/ tuala kecil
5 helai

+ Topi
2 pcs

+ Bip
2 pcs

+ Napkin
1 dozen

+ Bedung
3 helai

+ Pampers newborn
2 pack

+ Selimut
2 helai

+ Tuala
3 helai

+ Baby care & Grooming

Bedak
Minyak bayi
Tungku bayi
Tisu basah
Cotton bud
Pengetip kuku
Nasal aspirator
Botol sray air

Changing mat

+ Bathing & Nursering

Sabun mandi
Syampoo
Besen mandi
Tilam dan bantal
Kelambu
Sabun khas untuk baju bayi
Beg untuk diapers & baju bayi
Bakul baju kotor
Set raga ( baju/ bedak/susu)

+ Feeding
Botol saiz S - 2 pcs
Puting botol susu - 2 pcs
Berus botol
Thermos

Mak Kedua

Keperluan Baby ( Pakaian )
Bakul Pakaian Bayi
Baju Lengan Panjang @ Baju Malam
Baju Lengan Pendek @ Baju Harian
Seluar Panjang
Seluar Pendek
Baju Jalan-Jalan
Rompers & Jumpsuit
Mittens & Booties
Bonnet @ Topi
Baby Bib
Barut
Bedung
Sapu Tangan – 100% cotton supaya kulit baby tak melecet
Diapering
Napkin
Baby Pin
Diapers @ Lampin Pakai Buang
Wet Tissue
Changing Mat : Ini untuk lapik atas tilam. Untuk lapik kat tilam baby supaye tilam tak mudah kotor biler baby u'uk atau tetiba terkencing masa bukak baju dia.
Nappy Liners : Baby yang baru lahir sampai umur 1 bulan akan selalu u'uk, u'uknya pun bukan banyak, sikit je. Jadinya kalau guna nappy liner ni, bila baby u'uk buangkan je nappy liner ni, tak perlu tukar pampers baru.
Baldi Dan Bakul Untuk Lampin / Baju Kotor
Detergent Khas Pencuci Baju
Botol Sembur Air
Baby Care & Grooming
Bakul Barang Mandian
Baby Bath
Baby Shampoo
Baby Powder
Baby Lotion
Baby Oil
Tab Mandian Bayi
Tuala Mandi
Tuala Muka
Bakul Barangan Grooming & Health Care
Minyak Telon
Nappy Rush Cream : Jenama Bepathen dan Melamine. Jenama Bepathen boleh juga guna sebagai nipple cream.
Vicks
Methylated Spirit - Alcohol 70% : cuci pusat sebelum tertanggal. Kebiasaannya yang ini dibekalkan oleh hospital.
Gripe Water / Colic Water : Untuk kembung perut bayi
Gunting Kecil
Pemotong Kuku
Nasal Aspirator - Yang ini untuk baby ketika baby kena selsema.
Thermometer
Sikat / Berus Rambut
Toothbrush
Cotton Bud : Cotton bud untuk baby dan yang biasa kita guna adalah berbeza
Cotton Ball
Barangan Breastfeeding
Botol Susu
Puting
Berus Pembersih Botol
Penyepit Botol
Sterilising Tablet
Cecair Pencuci Botol : Jenama Pureen
Breast Pump Set
Cooler Bag Set : Storage Bottle & Ice Gel
Warmer : Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh
Bottle Sterilizer
Storage Bottle
Nursing Cover
Nursing Bra
Nursing Pad Washable : Jenama Fiffy
Nursing Pad Disposal : Jenama Bebe
Thermos
Nipple Cream

Mak Ketiga

Set Selepas Bersalin
Bengkung
Baju Sejuk
Tungku Moden
Rempah Mandian Herba : Ada banyak jenis. Memanaskan badan ibu bersalin. Boleh refer sini
Pilis Air Mancur : Melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Boleh refer sini
Tuam / Tungku Baby : Untuk baby kalau kembung perut
Selipar
Kain Batik
Maternity Pad (Extra Long) : Jenama Pureen
Nursing Bra
Breast Pad
Stoking
Minyak Urut : Minyak Mestika
Tuala Mandi
Tukang Urut
Air Zam-Zam / Selusuh

Mak Keempat

Checklist utk ibu
+ Set bersalin luaran & dalaman
+ Bengkung
+ Tungku
+ Nursing bra - 3pcs
+ Nursing pad (disposal) - 1 kotak
+ Nursing pad (washable) - 2pcs
+ Maternity pad - 2 pack (satu loop satu sticky)
+ Stokin tebal - 3 pasang
+ Kain Batik - 5 helai
+ T-shirt - 4 helai
+ Sweater - 1 helai
+ Slipper
+ Termos
+ Raga air panas dan makanan
+ Beg umi ke hospital
+ Breast pumps 1 set

Selasa, 4 Julai 2017

Apa tu 2D Detail Scan (Ultrasound)?

Assalamualaikum semua, setelah sekian lama tak menulis, Dian kembali lagi. Teringin nak menulis mengenai 2D detail scan. Apa tu 2D detail scan? 2D detail scan adalah ultrasound scan yang akan memeriksa hampir kesemua organ bayi anda dalam kandungan ibu. Dian buat 2D detail scan ini pada usia kandungan 21 minggu. Tujuannya adalah untuk kita mengetahui perkembangan tubuh badan bayi kita. Adakah bayi kita berkembang mengikut usia kandungan? Selain tu, sonographer akan periksa tahap normal bayi kita. Normal tak tempurung kepala. Normal tak jantung. Ini adalah untuk persediaan awal untuk menjaga bayi kita bila dah dilahirkan ke dunia nanti. List dekat bawah ni adalah perkara yang diperiksa bila kita buat 2D detail scan.


  1. Kedudukan bayi dalam rahim. Maksudnya kepala dekat atas atau bawah. Tulang belakang bayi di kiri atau kanan rahim.
  2. Ukuran kepala bayi. Mengikut usia kandungan atau tak.
  3. Kadar degupan jantung bayi. Normal atau tak.
  4. Ukuran air ketuban. Mencukupi, terlebih atau kurang.
  5. Berat badan bayi.
  6. Perkembangan otak bayi.
  7. Perut bayi.
  8. Buah pinggang bayi.
  9. Pundi kencing bayi.
  10. Tulang belakang bayi.
  11. Diaphragm bayi.
  12. Muka bayi termasuk mata, tulang hidung, dan bibir.
  13. Tangan, kaki dan jumlah semua jari.
  14. Jantung bayi.
  15. Tali pusat bayi.
  16. Ukuran cervix ibu.
  17. Jantina bayi.
Banyakkan yang kita boleh tahu bila buat 2D scan ni. Harga 2D scan yang Dian buat dekat klinik selva adalah RM100 di Puchong depan IOI mall. Dian tak buat appointment pon. Hanya walk-in sebab masa tu Dian baru selesai scan di KK. Scan di KK tak berapa detail dan suami tak dibenarkan masuk sekali. Itu la sebabnya Dian nak buat detail scan. Nanti bila dah third trimester, InsyaAllah, Dian nak buat 3D/4D scan pula. Nak tengok muka baby. Tak sabar sangat. 

Ibu-ibu, tak rugi buat detail scan. InsyaAllah. 

Isnin, 6 Mac 2017

Sijil dan Borang yang Diperlukan untuk Bernikah di Malaysia

Assalamualaikum semua, saya nak bagi tuan-tuan dan puan-puan tengok satu video yang saya buat di youtube. Video ini menerangkan sijil-sijil dan borang-borang yang diperlukan untuk bernikah di Malaysia. Sesiapa yang nak berkahwin tak lama lagi boleh lah tengok video ni. Kejap je. Tak sampai 2 minit. Senarai sijil dan borang yang diperlukan mungkin berbeza setiap negeri atau daerah jadi untuk kepastian yang lebih tepat, boleh hubungi PAID masing-masing.


Isnin, 20 Februari 2017

Barang-barang Penting yang Perlu Dibawa Pengantin Semasa Hari Akad Nikah atau Bersanding

Assalamualaikum girls and guys (ada ke?). Saya sebagai pengantin baru yang sudah bersanding nak berkongsi benda-benda penting yang perlu disediakan semasa akad nikah atau bersanding. Tak ramai yang tulis pasal ni kecuali wedding mat salleh. Barang-barang yang perlu dibawa ni kalau tak ada, kalut sikit la hari istimewa anda. Lagi-lagi anda bersanding atau bernikah ditempat yang jauh dari rumah anda. Saya namakan barang-barang ni sebagai emergency kit untuk pengantin baru. Jom kita tengok.


  1. Makeup remover. Makeup remover adalah benda paling penting. Bila makeup artist solek, bukan main-main punya solekan. Seriously makeup yang anda akan pakai tebal dan susah nak cuci. Pengalaman Dian masa lepas akad nikah, memang susah nak tanggal guna pencuci muka biasa. Makeup hanya akan tanggal bila guna makeup remover. Dian guna makeup remover berasaskan minyak macam dalam gambar ni. Memang senang nak buang makeup. Bila pegang memang rasa berminyak tapi bila kena air, dia akan menjadi cleanser. Boleh cari dekat guardian benda ni. 
  2. Wet wipes atau tisu basah. Wet wipes penting sebagai pembersih kecemasan. Beli yang dalam pack kecil-kecil supaya senang nak letak dalam beg. 
  3. Ubat-ubat yang diperlukan. Ubat sangat penting bila dekat-dekat dengan hari akad nikah atau sanding. Time ni la rasa nak demam. Time ni la batuk-batuk. Time ni juga sakit tekat, sakit perut dan sebagainya. Jadi bersedia dengan ubat yang diperlukan, Macam Dian, Dian bawa ubat demam,selsema, sakit tekak dan eno. Eno penting supaya hilangkan angin dalam perut. 
  4. Pin tudung dan keronsang. Haa... yang ni lagi penting. Bila kita nikah nanti, kita akan pakai veil, aksessori macam crown dan shawl. Selalunya makeup artist akan bawa pin tapi kita bawa juga extra supaya tak kalut sangat. Selalunya keronsang tak disediakan. Jadi bawa yang kita punya.  
Okay 4 barang ni paling penting dibawa pada hari perkahwinan nanti. Selain dari 4 barang ni. Barang lain yang boleh disediakan adalah seperti berikut 
  1. Berus gigi dan ubat gigi untuk buang bau mulut dan kotoran lepas makan. 
  2. Sunblock sebelum makeup.
  3. Tisu kering untuk lap peluh.
  4. Benang dan jarum supaya dapat jahit apa-apa yang terkoyak.Just in case.
  5. Lip balm.
  6. Extra lipstick. Yang ni penting. Dian hari tu tak terfikir nak bawak extra lipstick. Sangat penting sebab bila makan nanti lipstick akan hilang. Lepas tu bibir jadi pucat lesi bila bergambar. 
  7. Air lens. 
  8. Extra snacks. Gula-gula atau biskut. 
  9. Pad. Ni lagi penting. 
  10. Hand lotion yang bau wangi. Ni sangat sesuai sebab nanti kita akan bersalaman dengan ramai orang.
Itu saja yang dapat Dian kongsikan. Dian masukkan semua barang-barang ni dalam satu beg khas. Senang bila nak dapatkan barang-barang ni. Cuba la guna tips ni. Tak rugi.InsyaAllah

Selasa, 14 Februari 2017

Susunan Aturcara atau Tentatif Majlis Pernikahan Hari Sama dengan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum pembaca semua. Alhamdulillah Dian sudah selamat diijabkabulkan dengan suami. Dian dah seminggu lebih bergelar isteri. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Hampir setahun persiapan. Kenduri belah lelaki pun Alhamdulillah berjalan lancar. Jadi, Dian nak kongsikan pengalaman Dian bernikah pada hari sama dengan majlis perkahwinan atau persandingan. Ok jom kita tengok tentatif dan susunan aturcara Dian.

Tentatif Majlis Pernikahan & Persandingan Belah Perempuan

5.30   pagi - Bangun tidur, mandi,dan sarapan.
7.00   pagi - Makeup, pakai baju, pakai tudung dan veil.
9.00   pagi - Akad nikah dan sarapan ringan bersama tetamu.
10.30 pagi - Cuci makeup, makeup lain, dan pakai baju.
12.30 tghhari - Berarak bersama keluarga belah lelaki ke dewan diiringi selawat dan alunan kompang.
12.45 tghhari - Bersanding dan salam restu.
1.00   tghhari - Makan beradap.
1.30   tghhari - Acara memotong kek.
1.45   tghhari - Bergambar bersama tetamu, solat dan acara bebas.
4.00   petang  - Tamat majlis perkahwinan.

Tentatif Majlis Bertandang atau Majlis Sambut Menantu

10.30  pagi - Makeup & pakai baju
12.30  tghhari - Perarakan ke dewan
12.45  tghhari - Makan beradap
1.15    petang -  Acara memotong kek
1.30    petang -  Bersanding,salam restu dan bergambar
3.30    petang -  Majlis tamat dan photoshoot

Kalau pembaca guna tentatif Dian, anda akan rasa rushing sebab semua acara dibuat awal. Kami sengaja buat perarakan pada pukul 1230 tengahhari sebab tetamu datang awal pada waktu nikah dan kami tak nak tetamu tertunggu tunggu untuk melihat pengantin. Pihak lelaki boleh makan tengahhari awal dan orang yang jauh boleh balik awal. Kelebihan tentatif ni adalah, pengantin boleh bergambar dengan tetamu awal-awal dan pengantin boleh solat dan bersembang selepas bergambar.

Kelebihan hari akad nikah sama dengan majlis persandingan adalah anda tak perlu buat dua majlis pada hari berlainan. Tetamu hanya datang pada satu hari. Memang penat tapi berbaloi kerana tak perlu bersiap untuk majlis hari lain. Kalau dari segi makeup pula boleh pakai sekali untuk akad nikah dan majlis persandingan. Kalau nak pakai baju nikah dan sanding yang sama pon boleh. Yang penting, kita dapat menyenangkan semua orang.


Rabu, 25 Januari 2017

Persiapan Majlis Perkahwinan Setahun


  1. Cara Buat Kad Kahwin Whatsapp Guna Software Free
  2. Pendapat DK Tentang Doorgift Kenduri Kahwin
  3. Cara Buat Facebook Cover Untuk Jemputan Kenduri Kahwin
  4. Jimat Kos Kahwin : List Video Tutorial Buat Sendiri Kad Kahwin, Doorgift, Etc
  5. Cara Buat Kad Kahwin Sendiri
  6. Cara Buat Hantaran Tunang/Kahwin
  7. Cara Kira Jumlah Tetamu Untuk Kenduri Kahwin
  8. Checklist Persiapan Perkahwinan 5 Bulan Sebelum Perkahwinan
  9. Kenapa Pilih Pakej Perkahwinan?
  10. Senarai Persiapan Perkahwinan 12 Bulan
  11. Procedure Permohonan Nikah Perempuan dengan Dokumen-dokumen Yang Diperlukan Untuk Pernikahan
  12. Borang dan Dokumen Kebenaran Berkahwin atau Bernikah
  13. Mengemas Bilik Pengantin
  14. Cara Buat HIV Test Untuk Perkahwinan/Pernikahan 2016
  15. Kos Tersembunyi Majlis Kahwin
  16. Perkara Yang Perlu Diselesaikan 4 Bulan Sebelum Nikah
  17. 100 HARI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN
  18. Wedding Checklist
  19. Cabaran Kurus 3 Bulan Sebelum Hari Pernikahan
  20. Bakal Pengantin Baru : DIY Body Scrub
  21. Bakal Pengantin Baru : Pelembap Muka DIY
  22. Perkara Yang Perlu Disiapkan 2 Bulan Sebelum Berkahwin
  23. Senarai persiapan sebulan sebelum pernikahan dan majlis kenduri kahwin
  24. Cara Daftar atau Mohon Nikah Untuk Pengantin Perempuan (Selangor) dan Pengantin Lelaki (Perak) Step by Step
  25. Senarai Idea Hadiah Kahwin yang Praktikal dan Berguna untuk Pengantin Baru
  26. Jumlah Perbelanjaan Selepas Berkahwin Untuk Pengantin Baru
  27. List Idea Hantaran Kahwin
  28. Checklist 3 Minggu Sebelum Kahwin
  29. Cari Baju Pengantin Untuk Bersanding atau Bertandang? Jom ikut tips berikut.
  30. Checklist Seminggu Sebelum Nikah
  31. Susunan Aturcara Atau Tentatif Hari Pernikahan Sama dengan Hari Bersanding
  32. Barang-barang Penting Yang Perlu Dibawa Pengantin Baru Ketika Hari Bernikah atau Bersanding


Selasa, 24 Januari 2017

Checklist Seminggu Sebelum Nikah


  1. Cari pembaca doa.
  2. Remind jurunikah tarikh dan masa nikah.
  3. Remind pengapit lelaki pakai baju melayu.
  4. Kemas bilik pengantin.
  5. Berinai.
  6. Spa.
  7. Pack doorgift.
  8. Kumpul lagu untuk majlis.
  9. Decorate hantaran perfume dengan macarons.
  10. Buat solat hajat banyak-banyak.

Ahad, 22 Januari 2017

Cari Baju Pengantin Untuk Bersanding atau Bertandang? Jom ikut tips berikut.

Assalamualaikum semua. Kenduri Dian lagi 2 minggu jadi semua persiapan alhamdulillah dan InsyaAllah hampir siap. Baju pon InsyaAllah next week boleh ambil. Baju untuk bertandang pon sudah siap. Jadi Dian ada banyak jugalah pengalaman fitting baju pengantin ni. Anda boleh lah cuba tips yang Dian sediakan untuk permudahkan dan menyenangkan proses memilih baju pengantin nanti.

  1. Pakai jubah atau dress. Jubah atau dress sangat menyenangkan proses menyalin baju. Dian suka pakai jubah yang berzip. Senang bila nak buka, salin baju dan menjimatkan masa. Jika anda memakai seluar atau skirt dan blouse, anda melambatkan proses fitting. Bila baju pertama tak kena, anda kena pakai semula baju, dan pilih baju baru. Jika anda pakai jubah, tak sampai 1 minit, anda boleh keluar dengan selesa.
  2. Pakai tudung yang senang disarung. Sekiranya anda pakai tudung yang lilit dan memerlukan banyak pin, anda menyukarkan proses nak salin baju. Anda kena buang pin-pin dahulu dan bila anda habis fitting, anda kena pakai semula. Jadi, untuk menjimatkan masa dan menyenangkan diri, pakai tudung instant.
  3. Jangan bawa ramai pengikut untuk fitting baju. Bila terlalu ramai pengikut, banyak pendapat yang akan disuarakan bila anda ingin memilih baju sanding. Bawa orang yang boleh dipercayai macam mak anda sendiri, ayah dan bakal suami. Kadang-kadang bakal pengantin tak dapat pakai baju yang diidamkan disebabkan pendapat orang lain.
  4. Pakai corset. Corset penting untuk memadatkan badan anda kalau badan anda jenis berisi. Kalau badan kurus, tak perlulah. Tips ni penting hanya bila anda ingin pakai corset pada majlis anda nanti. Senang nak tengok baju muat atau tak. 
  5. Pakai pakaian dalam yang cantik dan pakai inner. Tips ni pon memang penting sebab selalunya, bila anda fitting baju, orang kedai akan tolong anda pakaikan baju pengantin. Jadi anda akan salin baju dihadapan dia. Kalau anda tak nak malu, pakailah yang cantik mata memandang dan kalau malu,pakai inner. Kalau boleh inner yang ada tangan panjang dan berwarna putih supaya senang untuk fitting baju yang jarang.
  6. Bawa kasut nikah,sanding atau bertandang anda. Bila anda fitting baju, pakai sekali kasut anda supaya anda boleh lihat dan adjust kelabuhan kain anda.
  7. Kuruskan badan sebelum fitting. Hihi ni sangat penting supaya anda puas hati dengan pakaian pilihan anda. Susah untuk cari pakaian pengantin plus size. Selalunya, orang yang mempunyai tubuh plus size kena buat baju baru. Jadi kos akan bertambah banyak. 
Inilah ketujuh-tujuh tips fitting baju pengantin yang saya dapatkan kongsikan. Tips ini InsyaAllah berguna untuk anda yang nak sewa baju. Ok. Saya doakan kita dipermudahkan,dipercepatkan, rezeki dunia dan akhirat. Aamin, InsyaAllah. 


Selasa, 10 Januari 2017

Checklist 3 Minggu Sebelum Kahwin


  1. Pack doorgifts. (ongoing. Will pack the macarons InsyaAllah after getting them a week before the wedding)
  2. Cari tudung dengan kasut.(After getting the dress 3 days before the wedding)
  3. Hias hantaran terakhir. (A week before the wedding. Final touch up)
  4. Hair treatment (Alhamdulillah done). 
  5. Putihkan gigi.
  6. Selesaikan kemas bilik pengantin. (2 weeks before the wedding. Need to set up the curtain and one day before need to put the fitted sheet.)
  7. Beli inai. (Beli seminggu sebelum wedding)
  8. Fitting baju. (Done)

Ahad, 8 Januari 2017

List Idea Hantaran Kahwin

Assalamualaikum bakal pengantin baru sekalian. Tengah cari idea barang hantaran kahwin ke? Kalau tengah cari, jom kita tengok list idea yang Dian buat ni.

  1. Al-Quran 
  2. Terjemahan Al-Quran
  3. Al Quran digital
  4. Buku hadis, agama, motivasi,etc
  5. Kain telekung
  6. Samping
  7. Perfume
  8. Barang kemas
  9. Beg tangan
  10. Jam
  11. Kain pelikat
  12. Gadjet
  13. Set penjagaan diri
  14. Sejadah
  15. Set beg duit dan tali pinggang
  16. Cake
  17. Buah
  18. Macaron
  19. Set jello buah
  20. Manisan macam coklat
  21. Kasut
  22. Kain pasang
  23. Kemeja
  24. Baju
  25. Cermin mata gelap
  26. Aksessori kereta
  27. Barang hobi pasangan (playstation, pancing ikan,etc).
Itu saja yang saya dapat fikirkan sekarang. Semoga berjaya dalam pencarian barang hantaran. Yang penting, beli yang betul-betul akan guna pada masa akan datang.  

Khamis, 5 Januari 2017

Jumlah Perbelanjaan Selepas Berkahwin Untuk Pengantin Baru

Assalamualaikum semua. Selama ni Dian asyik fikir mengenai kenduri kahwin. Dian tak fikir panjang mengenai kehidupan selepas berkahwin. Namun, Dian sangat mengharapkan semoga Allah permudahkan urusan rumah tangga lepas ni. Jom kita tengok perbelanjaan yang bakal kita hadapi selepas kenduri kahwin.

  
AnggaranRM
Sewa rumah700
Barang dapur250
Bil telefon50
Bil elektrik100
Bil air20
Bil internet60
Maintenance/RepairsN/A
Bil kereta300
Minyak kereta300
Barang penjagaan diri50
Bil klinikN/A
Loan ptptn50
Total1880

Ini sahaja adalah belanja bulan-bulan. Kalau rumah sewa kosong, kena beli peti ais, washing machine, katil dan barang kelengkapan rumah seperti mop,baldi, penyapu sampah,etc. Seriously, bila kira-kira balik boleh jadi pening. Tambah lagi kalau nak sewa rumah kena deposit berbulan-bulan. Semua ni membuatkan Dian tersentak. Dian kena start enjin untuk cari kerja dan buat bisnes sampingan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, bakal pengantin baru. 

Senarai Idea Hadiah Kahwin yang Praktikal dan Berguna untuk Pengantin Baru

Assalamualaikum semua. Haha. Ni lawak. Actually, Dian baru saja fikir tentang hidup selepas kahwin ni. Lagi sebulan nak kahwin, baru nak fikiri pasal perbelanjaan dan kos sara hidup. Bila survey dan kira guna excel, hmmm... baru nampak dengan jelas betapa banyak duit yang diperlukan lepas kahwin ni. Lagi-lagi bila nak hidup di sarang yang baru kan? Jadi kepada family dan kawan-kawan yang nak beli hadiah kahwin, apa kata tengok senarai idea hadiah kahwin yang dapat meringankan beban pengantin baru kita. XD

  1. Blender. Blender adalah hadiah paling common orang bagi. Kadang-kadang dua tiga orang belikan hadiah ni. Fungsi cukup penting. Tanpa blender, tak boleh nak masak rendang, ayam masak merah, kari. 
  2. Set pinggan mangkuk. Lebih penting dari blender sebab tanpa pinggan mangkuk, macam mana nak makan. Hehe
  3. Set cawan dan gelas. Sama penting dengan set pinggan mangkuk.
  4. Set sudu garfu. 
  5. Rice cooker. Sangat penting sebab nak masak nasi. 
  6. Electric or gas cooktop. Dian lupa la istilah Melayu dia. Ala yang tempat masak tu lah. 
  7. Set rempah ratus. Haaaa.... yang ni idea original Dian. Sebab Dian tahu yang rempah ratus sekarang ni mahal-mahal. Jadi kalau hadiahkan set rempah ratus pun boleh juga. 
  8. Set periuk. 
  9. Cerek elektrik. 
  10. Bekas makanan plastik.
  11. Penyangkut baju cantik.
  12. Cadar
  13. Seterika
  14. Washing machine. Ini melampau. Haha.
  15. Peti ais. Ini juga melampau
  16. Langsir
  17. Pembakar roti
  18. Set pisau
  19. Toolbox
  20. Vacuum cleaner
  21. Oven
  22. TV. Dian pernah tengok kawan-kawan kumpul duit sama-sama dan belikan satu set TV untuk pengantin baru. Awesomekan?
  23. Microwave
  24. Vacuume cleaner robot
  25. Kipas dinding, kipas berdiri, atau kipas meja.
  26. Buku kewangan, hartanah, saham,etc.
  27. Rak kasut
  28. Bekas garam,gula & kopi.
  29. Bekas untuk rempah
  30. Bantal
  31. Karpet
  32. Lampu meja
  33. Set penjagaan diri
Okay dah settle senarai hadiah kahwin paling berguna. Silakan guna idea-idea ni. Mesti pengantin baru happy yang amat.