Khamis, 24 Ogos 2017

Cara Menjaga Anak Kucing Tanpa Mak Kucing

Assalamualaikum semua. Hari ni Dian saja nak share ilmu yang Dian dapat sepanjang menjaga anak kucing yang kena buang tepi rumah. Entah macam mana anak kucing tu tersesat dekat tepi longkang. Anak kucing tu meow dari awal subuh. Kesian sangat. Adik Dian yang pergi cari anak kucing yang meow teresak-esak tu. Terus dia bawak masuk rumah. Ya Allah, comel betul. Bulu warna grey campu putih dan keempat-empat kaki tu ada 'stokin' putih. Masa mula-mula Dian tengok, anak kucing tu nampak takut sangat tapi tak takut dekat manusia. Cuma dia macam trauma bersendirian dekat luar. Mak kucing tak nampak.Mungkin ada orang buang. Entahlah.

Anak kucing tu agak-agak dalam usia 3 minggu. Sebab tengok dia boleh berjalan tapi masih tak stabil. Telinga pon dah tegak. Mata dah bukak. Orang kata kalau anak kucing besar ni mak kucing masih menyusukan dia dan peluang untuk survive memang sikit. Jadi Dian ambil keputusan untuk cari mak kucing dekat belakang rumah ni. Belakang rumah memang penuh kucing sebab Dian selalu bagi makan. Jadi Dian umpan mak kucing dengan makanan dan cuba untuk bagi anak kucing dekat mak kucing tu. Walaupon Dian tak pasti tu mak kucing kandung ataupon tak. Tapi apakan daya, anak kucing tu cuba nak menyusu tapi ditolak mak kucing dengan dengusan. Jadi Dian ambil balik anak kucing tu. Nak tak nak kena jaga baby kucing ni.

Okay perenggan dekat atas ni adalah point pertama yang Dian nak fokuskan. Bila nampak anak kucing yang muda, cari ibu kucing atau cari ibu kucing tumpang. Dian ada baca, untuk buatkan ibu kucing terima anak kucing, ambil kain basah dan sapukan dekan ibu kucing tersebut. Kemudian sapukan kain tersebut dekat anak kucing tu supaya bau mak kucing tu melekat dekat anak kucing tumpang. Mak kucing jaga kucing lebih baik dari manusia menjaga anak kucing sebab naluri mereka yang Allah berikan.

Kalau tak dapat nak cari mak kucing atau ibu tumpang, anda kenalah jaga anak kucing tersebut. Nak menjaga anak kucing memerlukan perhatian 24 jam. Kalau anda terpaksa keluar bekerja, memang susah. Sebab apa susah? Dian akan ceritakan.

Anak kucing berusia 3 minggu selalunya masih menyusu. Jadi anda kena buat susu untuk anak kucing tersebut. Anda boleh berikan susu kambing atau beli susu anak kucing khas yang dijual di kedai haiwan. Jangan bagi susu lembu sebab kucing akan cirit birit sebab susu lembu tak sesuai. Kalau tak dapat nak beli susu kambing atau susu khas, anda boleh buat sendiri susu emergency yang dinamakan emergency KMR (Kitten Milk Replacement). Anda boleh google resepi ni. Antara bahan-bahannya adalah telur kuning, susu pekat,air dan yogurt. Dian ada buat susu emergency ni untuk minum satu hari. Alhamdulillah, anak kucing dapat survive tanpa cirit. Malah, anak kucing minum dengan selera. Tapi jangan bagi dalam tempoh yang panjang. Takut-takut sakit nanti.Oh ya, Dian bagi susu dalam syringe. Beli je syringe 50 sen yang 5 ml tu dekat farmasi. Sangat membantu. Jangan bagi susu tu laju-laju tau. Slow-slow je sebab takut susu masuk dalam saluran pernafasan. Dian bagi anak kucing minum susu setiap 2/3 jam. Kalau waktu malam, Dian tak susukan sebab anak kucing tidur nyenyak dalam kotak.

Lepas 2 hari, Dian belikan susu khas kucing jenama Tura dan botol susu anak kucing jenama four paws. Susu Tura ni murah juga la dalam RM13 macam tu dan botol susu harga RM8. Tapi susah juga la nak susukan anak kucing guna botol susu sebab nak adjust lubang puting. Kalau besar sangat, air susu keluar laju. Kalau kecik sangat air susu keluar lambat. Dan anak kucing Dian sangat suka kunyah puting botol. Sampaikan satu hari, puting susu tu putus dan ditelan anak kucing masa menyusu. Memang terkejut Dian time tu. Rasa risau sangat sebab puting tu getah dan takut tersangkut dalam usus. Jadi kalau anda nak susukan anak kucing guna botol, pastikan anda perhati betul-betul. Bagi Dian, better guna syringe dari botol susu.

Lepas topik menyusu, Dian nak cakap pasal membuang air. Anak kucing yang Dian jaga masa tu masih tak dapat nak kencing dan berak dengan sendiri. Jadi Dian sebagai 'ibu' kepada anak kucing tu kena buat tugas mak kucing iaitu dengan menggunakan kain basah yang suam. Kain basah tu Dian sapukan lembut-lembut dekat salur kencing dan salur najis. Buat kejap je, nanti anak kucing tu kencing dan berak.Pastikan anda sediakan tuala untuk lapik. Lepas tu, bersihkan bulu anak kucing dengan kain bersih yang basah suam. Kalau mak kucing, dia akan jilat salur kencing dan najis. Tapi sekarang, anda kena ambil alih tugas mak kucing tersebut.

Kalau bab tidur pula, anda kena sediakan kotak atau bekas. Dian prefer kotak yang tinggi. Sebab susah untuk anak kucing keluar dan yang ada penutup supaya dalam kotak gelap. Lapik kotak dengan surat khabar dan kemudian towel. Anak kucing suka towel sebab texture kain yang seakan-akan bulu. Jadi anak kucing tu dapat menenangkan diri. Lagi satu, Dian juga ada gunakan botol yang berisi air suam yang diletakkan di tepi. Botol suam ni kita balut dengan kain. Anak kucing suka baring atas botol suam ni untuk panaskan badan. Jangan panas sangat dan jangan sejuk pula. Botol panas ni wajib buat tau. Supaya anak kucing sihat. Lagi-lagi kalau kita buka air cond.

Kalau anak kucing tiga minggu ni kejap je besar. Anda kena cekal jaga anak kucing dalam 5 hari. Kemudian anda boleh slow-slow bagi wet food. Sambil bagi wet food, bagi susu juga.

Selepas anak kucing umur 4 minggu, anda boleh start ajar guna pasir kucing untuk buang air. Dian beli pasir kucing khas dan letak dalam talam besar. Dian guna talam sebab senang anak kucing nak masuk dalam talam. Dian train anak kucing berak atas pasir dalam tempoh beberapa hari juga la. Anda kena bersabar sebab sebelum anak kucing faham, anak kucing akan berak dan kencing di tempat tersembunyi dekat rumah. Jadi kalau anda nampak anak kucing mencari-cari tempat gelap, cepat-cepat ambil dan letak dalam pasir. Kemudian, ambil kaki depan dan bimbing anak kucing untuk korek pasir. Memang berkesan cara ni. Cumanya,anda kena buat banyak kali. Bimbing anak kucing lepas makan, lepas bangun tidur, lepas menyusu dan lepas main. Lama-lama, anak kucing akan faham dengan sendirinya.

Okay, tu je yang Dian dapat kongsikan tentang cara jaga anak kucing tanpa mak. InsyaAllah, anak kucing boleh survive tapi anda kena cekal dan rajin. Doakan anak kucing Dian dapat survive sampai besar.

24 ulasan:

  1. Salam nk tanya kucing tu ok ke tertelan puting botol susu tu? Tadi anak kucing sy tertelan puting tu bahaya tak? Usia bru 3 minggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tertelan puting sikit tak bahaya kalau telan separuh cepat2 pergi vet

      Padam
  2. Waalaikumussalam. Berdasarkan pengalaman saya.. Anak kucing saya pernah tertelan juga.. Dia masih sihat sampai hari ini. Alhamdulillah. InsyaAllah puting tu akan keluar melalui najis. Kalau risau..boleh hantar ke vet.

    BalasPadam
  3. As salam, sy trjumpa ank kucing..mungkin tercicir dr ibu, dlm hujan dn berada di tgh jalan..sy kutip khuatir di langgar kereta tambahan hujan. Ank kycing masih bertli pusat, soaln sy selepas jg dlm 2 hari sy tukar kain alas dari kain jenis tshirt kepada tuala..lps tukr ank kucing tu asyik.tidor je..bl sy kejut tuk susukan die mcm mrh..kenapa ye...utk makluman sy tiada pengalamn bela ank kucing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf atas kelewatan untuk reply. Harap anak kucing awak masih sihat.

      Padam
  4. Akak ada 7 ekor ank kucing....usia dlm 3 mgu lebih. Ibu x nk bg susu langsung. Mungkin sbb ank ramai sgt kot. Ini ank sulung dah dlm 7 ekor. Akak ni x der pengalaman lsg nk jaga bby cats ni. Penat jgk ye kalau dah sampai 7 ekor. Kalau ada sesiapa nk ambik bby cats ni ...blh pm akak. X mampu nk jga semua

    BalasPadam
  5. kalau anak kucing to tak berak mcm mane ye... usia bru 1minggu

    BalasPadam
  6. kalau anak kucing to tak berak mcm mane ye... usia bru 1minggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas awk bgi susu kucing tu..lap2 pantat dan alat kemaluannya mengunakan tisu basah bagi membuat kucing tu terasa hendak berak dan kencing..amalkan setiap kali bagi susu..lap benda tu tak yah lama sgt dan jangan kuat sangat

      Padam
  7. Saya jg ada jumpa 6 ekor anak kucing yg dibuang tanpa ibu.sy tidk boleh untk fokus pada mereka. Jika ada yg berminat utk jaga boleh hubungi sy di no 0132129372. Sy takut mereka terabai dan tidk dapat penjagaan yg baik dgn sy.

    BalasPadam
  8. Klu nak ajar kucing berak dkt pasir kucing, cara mudah taik anak kucing td yg berak kita letakkan dkt pasir tu da timbus skit je, jgn tutup hbis. Kemudian ambil ank kucing tu letakkan hidung dia dkt taik tu,jgn kene taik dkt hidung, ckup smpi dia blh bau taik dia tu je.. Nnti klu dia nk berak, dia akn pergi terus ke pasir tu.. 😁

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum, saya nak mintak tolong.. ank kucing ni saya jumpa dkt sebelah kedai tempat saya bekerja.. sebelum saya ambik dan bela ank kucing ni kena gigit dengan se ekor kucing jantan dewasa.. dan dua hari saya jaga ank kucing ni tapi dia taknak minum susu dan tek mau bergerak.. luka dkt leher dia dh sembuh.. saya risau terjadi apa² dkt ank kucing ni sbb saya tengok dia langsung tak bermaya..😭😭😭 ada sesiapa blh tolong dan bagi saya tip utk buat anak kucing ni cergas?

    BalasPadam
  10. sangat membantu. terima kasih.

    BalasPadam
  11. assalamuikum ,kak saya terjumpa ank kucing ..nih saya bawa balik x reti nak jaga dia asik bunyi nja

    BalasPadam
  12. Hi we are Maternity Friend

    we want to give some info about babies

    Plagiocephaly is a type of flat-head syndrome that is most commonly experienced by most babies. In this case, flatness occurs on one side of your baby's head due to the sleeping position which tends to only face one side so that it can cause a bulge on the forehead or one side of the head.

    BalasPadam
  13. Assalam, saya ni budak sekolah menengah dan ada terjumpa anak kucing yang memang 100% ditinggalkan oleh ibunya. Sebab kan anak kucing tu kurus dan tak bersih. Tapi anak kucing tu dah boleh buka mata, berjalan dan telinga pun dah tegak. Jadi saya pun bawak la balik semalam. Semalam jugak, ibu saya ada beli susu khas kucing yang jual dekat kedai kucing dgn botol susu. Petang semalam dia minum banyak macam menunjukkan yang anak kucing tu mmg betul2 lapar sebab dah berhari2 tak makan pape. Lepastu harini, saya balik sekolah nak bagi, anak kucing tu macam taknak minum sbb dia tak tunjukkan keinginan yang dia tgh lapar susu. Saya tak tahu nak buat macam mana sebab takde pengalaman. Tapi saya nak sangat anak kucing tu survive dan membesar dgn sihat macam anak2 kucing yang dijaga oleh ibunya sendiri. Jadi saya mintak pendapat siapa2 yang membaca ni dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam menjaga anak kucing yang masih menyusu tolonglah bagi. Sebab saya memang nak sangag anak kucing tu hidup dgn sihat. Dan saya harapkan reply yang secepat mungkin.

    BalasPadam
  14. Assalam.
    Saya pun tengah buat yang sama seperti Dian buat. Saya adopt anak kucing berseorang yang dibuang di sekolah tempat saya mengajar. Usianya pun mungkin 3 minggu. Kasihan dia. Dia stray yang ke 8 saya adopt seoanajng tahun ni, cuma dia satu2nya kitten yang masih kecil. Saya doakan kucong Dian dapat survive & doakan juga kucing kecil yang saya adopt ni pun dapat survive. Setakat ni dia mula selera minum susu botol n saya ada juga bagi wet food sikit2 & ternyata dia amat berselera juga dengan wet food.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum....terima kasih ye dian dgn effort dian krn sudi kongsi ilmu dlm penjagaan anak kucing utk rookie mcm sye ni...ilmu ini akan dikongsikan dri 1 generasi ke 1 genarasi shingga akhir zaman...smoga hidup dian dibrkati..

    BalasPadam
  16. Saya ade bela stray cat tpi baby lg maybe dlm 3 weeks cmtu. But die tknk minum susu dlm botol die jilat sndiri dlm piring kecik then saya dh bg die mkn wetfood.. rasanya kalau die dh start mkn die prlukan susu lg ke or kene bgi air kosong??

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum.. Anak saya baru jumpa ank kucing baru dalam seminggu yg di tingalkn ibunya.. Mcmna nk bagi susu dan susu yg sesuai tuk anak kucing. .

    BalasPadam
  18. Sy Ada jumpa anak kucing tanpa IBU..dia x berhenti bunyi..dah mcm2 sy buat..5 ekor kesemuanya..

    BalasPadam