Isnin, 14 Ogos 2017

Cara Pilih Tarikh Untuk Kenduri Kahwin

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dian Alhamdulillah sihat. Dian hari ni nak bercakap mengenai cara pilih tarikh untuk kenduri kahwin. Ye la, bulan 8 ni tiba-tiba banyak pula undangan kahwin. Padahal cuti bulan 8 ni hanya pada 31 Ogos je. Ramai yang pilih tarikh seminggu sebelum hari raya haji iaitu pada 1/9 /2017. Pelik pula Dian. Ramai orang ambil cuti seminggu dari 26/8 hingga 3/9. Sampaikan tiket ets online pon habis 2 minggu sebelum tarikh-tarikh ni. Dian dulu kahwin hujung cuti sekolah masa awal tahun sempena cuti raya cina. Ada sebab juga Dian pilih tarikh ni. Ni adalah pandangan Dian mengenai cara untuk pilih tarikh kenduri kahwin.

Cuti Sekolah

Ramai yang pilih cuti sekolah untuk kenduri kahwin mereka. Kalau ikut pengalaman Dian, kebanyakan negeri akan pilih cuti sekolah untuk kenduri kahwin sebab senang orang yang ada anak yang masih bersekolah untuk bercuti. Cuti panjang, jadi boleh plan cuti sebaiknya. Tapi Dian tak berapa berkenan dengan pilih tarikh kenduri ikut cuti sekolah sebab time tu, budak universiti kebanyakannya tak cuti. Kalau saudara mara masih ramai banyak anak kecil, cuti sekolah adalah pilihan tepat. Tapi kalau kebanyakan saudara mara semua dah besar-besar, susah untuk mereka ambil cuti dan pergi ke kenduri. Dian banyak kali juga dapat undangan kenduri kahwin masa cuti sekolah ni yang mana universiti tak cuti. Memang tak dapat nak pergi la sebab selalunya kena time final exam. 
Jadi, pembaca boleh timbangkan la. Kesian saudara mara yang tengah final exam uni nak kenduri macam mana. Ada juga kes yang sampai adik-adik kena tangguh final exam sebab kenduri kahwin abang-abang dan kakak-kakak. Kesian tau. Seterusnya...

Cuti Universiti

Bagi yang mempunya family yang dah matang, maksudnya family yang kebanyakkannya dah tak bersekolah, cuti universiti merupakan pilihan yang baik. Cuti universiti ada dua. Cuti lepas semester pertama iaitu hanya sebulan dan cuti lepas semester kedua. Cuti lepas semester kedua adalah yang paling lama iaitu 3 bulan. Cuti semester pertama adalah pada awal januari sampai awal februari. Cuti semester kedua adalah pada awal julai hingga awal september. Dian dulu pilih cuti universiti gabung cuti sekolah. Jadi senangkan?  

Awal cuti awam atau hujung cuti awam?

Okay ni persoalan yang kena ambil kira. Kalau ada cuti sekolah seminggu, anda nak pilih tarikh awal cuti atau hujung cuti? Bagi Dian, Dian pilih hujung cuti. Sebab apa? Biasanya kebanyakkan orang dah plan percutian awal-awal. Mereka nak pergi melancong jauh-jauh. Jadi mereka mostly akan pergi pada awal percutian dan berehat di rumah pada hujung cuti. Kiranya kita tak kacau plan percutian orang dan mereka pon dengan senang hati boleh pergi. Lagipon, kalau hujung cuti, trafik sesak bagi yang menghala ke Kuala Lumpur. Jadi trafik lengang untuk ke utara, selatan atau pantai timur. Senang orang nak pergi kenduri tanpa rempuh jam. 

Kalau awal cuti, kemungkinan untuk bertembung dengan plan percutian orang tu tinggi. Takut orang tak dapat datang kenduri kita. Dan kalau kita duduk dekat belah utara atau pantai timur, pastinya lebuhraya plus sesak sebab orang ramai akan balik kampung untuk bercuti. Orang dari KL kena rempuh jam untuk ke kenduri kita. 

Cuti Sabtu Ahad tanpa Cuti Umum

Dian sekarang nampak trend kenduri kahwin pada hujung minggu yang tak ada cuti umum langsung di sekitar Lembah Klang. Betul.. Ramai sekarang pilih tarikh macam ni sebab senang tak bertembung dengan kenduri orang lain. Maknanya, orang tak ramai nak pilih tarikh ni. Jadi tak ada la kes banyak undangan dalam satu hari. Lagi satu, kenduri kahwin pada tarikh yang tak ramai orang pilih ni murah kosnya. Sebab selalunya tarikh peak kenduri kahwin, kos akan melambung sebab banyak permintaan. Orang pon senang hati datang kenduri sebab tak payah nak masak tengah hari atau malam. Haha. 

Hari Bekerja?

Haaa..... ibu bapa Dian ada juga dapat kenduri kahwin time hari bekerja ni. Maksudnya antara hari Isnin sampai Jumaat. Tapi kenduri waktu malam lah. Yang ni rare. Tapi susah untuk family jauh untuk datang. 

Okay.. tu je lah yang Dian dapat kongsikan. Sekarang dah makin jelas kan? Atau... bakal pengantin makin blur nak pilih tarikh apa untuk kenduri kahwin. Haha. Apa-apa pon bincang dengan parents yang mana paling senang. Jangan bincang dengan ramai sangat orang sebab nanti kita sendiri akan confuse. 



2 ulasan:

  1. Sekarang, biasanya ramai yang akan pilih ikut tarikh yang unik macam 7/7 ataupun 8/8

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana sharekan tips untuk menetapkan tarikh kahwin. Selain tarikh, deco rumah juga sangat penting. Saya perlu servis cat untuk bilik saya sebelum kahwin. Banyaknya perkara yang perlu jalankan untuk perkahwinan.

    BalasPadam