- Blender. Blender adalah hadiah paling common orang bagi. Kadang-kadang dua tiga orang belikan hadiah ni. Fungsi cukup penting. Tanpa blender, tak boleh nak masak rendang, ayam masak merah, kari.
- Set pinggan mangkuk. Lebih penting dari blender sebab tanpa pinggan mangkuk, macam mana nak makan. Hehe
- Set cawan dan gelas. Sama penting dengan set pinggan mangkuk.
- Set sudu garfu.
- Rice cooker. Sangat penting sebab nak masak nasi.
- Electric or gas cooktop. Dian lupa la istilah Melayu dia. Ala yang tempat masak tu lah.
- Set rempah ratus. Haaaa.... yang ni idea original Dian. Sebab Dian tahu yang rempah ratus sekarang ni mahal-mahal. Jadi kalau hadiahkan set rempah ratus pun boleh juga.
- Set periuk.
- Cerek elektrik.
- Bekas makanan plastik.
- Penyangkut baju cantik.
- Cadar
- Seterika
- Washing machine. Ini melampau. Haha.
- Peti ais. Ini juga melampau
- Langsir
- Pembakar roti
- Set pisau
- Toolbox
- Vacuum cleaner
- Oven
- TV. Dian pernah tengok kawan-kawan kumpul duit sama-sama dan belikan satu set TV untuk pengantin baru. Awesomekan?
- Microwave
- Vacuume cleaner robot
- Kipas dinding, kipas berdiri, atau kipas meja.
- Buku kewangan, hartanah, saham,etc.
- Rak kasut
- Bekas garam,gula & kopi.
- Bekas untuk rempah
- Bantal
- Karpet
- Lampu meja
- Set penjagaan diri
Okay dah settle senarai hadiah kahwin paling berguna. Silakan guna idea-idea ni. Mesti pengantin baru happy yang amat.
Terima kasih kerana berkongsi. Memang sekarang dah banyak tukar tapi at least ada beberapa yang saya boleh ikut.
BalasPadam