- Makeup remover. Makeup remover adalah benda paling penting. Bila makeup artist solek, bukan main-main punya solekan. Seriously makeup yang anda akan pakai tebal dan susah nak cuci. Pengalaman Dian masa lepas akad nikah, memang susah nak tanggal guna pencuci muka biasa. Makeup hanya akan tanggal bila guna makeup remover. Dian guna makeup remover berasaskan minyak macam dalam gambar ni. Memang senang nak buang makeup. Bila pegang memang rasa berminyak tapi bila kena air, dia akan menjadi cleanser. Boleh cari dekat guardian benda ni.
- Wet wipes atau tisu basah. Wet wipes penting sebagai pembersih kecemasan. Beli yang dalam pack kecil-kecil supaya senang nak letak dalam beg.
- Ubat-ubat yang diperlukan. Ubat sangat penting bila dekat-dekat dengan hari akad nikah atau sanding. Time ni la rasa nak demam. Time ni la batuk-batuk. Time ni juga sakit tekat, sakit perut dan sebagainya. Jadi bersedia dengan ubat yang diperlukan, Macam Dian, Dian bawa ubat demam,selsema, sakit tekak dan eno. Eno penting supaya hilangkan angin dalam perut.
- Pin tudung dan keronsang. Haa... yang ni lagi penting. Bila kita nikah nanti, kita akan pakai veil, aksessori macam crown dan shawl. Selalunya makeup artist akan bawa pin tapi kita bawa juga extra supaya tak kalut sangat. Selalunya keronsang tak disediakan. Jadi bawa yang kita punya.
Okay 4 barang ni paling penting dibawa pada hari perkahwinan nanti. Selain dari 4 barang ni. Barang lain yang boleh disediakan adalah seperti berikut
- Berus gigi dan ubat gigi untuk buang bau mulut dan kotoran lepas makan.
- Sunblock sebelum makeup.
- Tisu kering untuk lap peluh.
- Benang dan jarum supaya dapat jahit apa-apa yang terkoyak.Just in case.
- Lip balm.
- Extra lipstick. Yang ni penting. Dian hari tu tak terfikir nak bawak extra lipstick. Sangat penting sebab bila makan nanti lipstick akan hilang. Lepas tu bibir jadi pucat lesi bila bergambar.
- Air lens.
- Extra snacks. Gula-gula atau biskut.
- Pad. Ni lagi penting.
- Hand lotion yang bau wangi. Ni sangat sesuai sebab nanti kita akan bersalaman dengan ramai orang.
Itu saja yang dapat Dian kongsikan. Dian masukkan semua barang-barang ni dalam satu beg khas. Senang bila nak dapatkan barang-barang ni. Cuba la guna tips ni. Tak rugi.InsyaAllah
Terima kasih kerana berkongsi maklumat ni!
BalasPadam