Jumaat, 10 Jun 2016

Review: Kursus Kahwin MFD Jannah Park and Ride Putrajaya Sentral

Assalamualaikum. Memandang umur pon makin meningkat, maka tibalah masanya untuk saya melangkah ke alam perkahwinan. Tapi tak boleh nak jejak lagi sebab tak ambil kursus kahwin lagi. So, saya pon decide nak cari kursus kahwin. Google punya google, kursus kahwin paling dekat ialah dekat Kursus Kahwin MFD Jannah dekat Putrajaya Sentral. So saya nak cerita lah pengalaman saya pergi ke kursus ni. Dalam hati memang tak nak pergi tapi nak buat macam mana wajib. Haha

Jadi, jom baca list review ni :

1. Lokasi : Lokasi kursus ni betul-betul dalam bangunan putrajaya sentral. Tempat naik bas dan KLIA transit. Anda naik ke tingkat dua dan kursus tu ada dekat dengan restaurant Lengkuas dan surau. Suasana dia bersih dan selamat.
2. Kemudahan, toilet ada banyak dan ok. Surau pon dekat je. So, tak perlu risau sangat.
3. Makan. Kalau dari segi makanan ok. Makanan disediakan pada tengah hari dan petang pada hari pertama. Kalau hari kedua, disediakan pada minum pagi. So, sebolehnya, makan dulu pagi-pagi sebelum datang kursus. Takut kelaparan bila tengah dengar ceramah. Tapi jangan risau, kalau nak sarapan dekat Putrajaya Sentral tak ada masalah. Ada restoran Lengkuas dengan restoran mamak dekat situ.
4. Facilitator pon sangat membantu. Kalau sesat, boleh call je diorang. Nanti diorang akan tolong.

Itu saja yang saya dapat kongsikan. Selamat berkursus!


1 ulasan:

  1. memang terbaik khursus kahwin kat sini..kemudahan pon terbaik.....

    BalasPadam