Isnin, 27 Jun 2016

Pendapat DK Tentang Doorgift Kenduri Kahwin

Assalamualaikum, anda semua sihat? Dk sihat je. Alhamdulillah. Malam-malam buta macam ni DK macam bosan pulak. Rasa macam nak berceloteh mengenai apa-apa. Jadi yang apa-apa tu adalah doorgift kahwin . DK tak lama lagi nak kahwin dah. Jadi DK terfikir nak bagi apa nanti. Tapi sebelum DK fikir, DK rasa nak cakap pasal pengalaman dapat doorgift.

Bawah ni adalah list doorgift yang DK pernah dapat dengan komen sekali.


  1. Gula-gula. Selalu juga dapat gula-gula. Ok. Murah dan senang.Boleh simpan dalam beg, lepas tu bila nak makan.
  2. Bunga telur. Ni dulu-dulu zaman kecik-kecik selalu dapat. Kalau satu family pergi kenduri dapat telur. Boleh masak sambal telur. Hihi. Kadang-kadang makan saja. Ni adat melayu yang makin ditinggalkan. Sedih DK. 
  3. Bahulu. Bahulu ok juga cuma DK tak suka sangat. Jadi kadang-kadang DK terlupa yang ada bahulu ni sampai tak elok dah. 
  4. Surah Yassin. Doorgift ni DK rasa macam tak sesuai. Bayangkan kalau anda attend 10 kenduri, 10 kenduri bagi doorgift ni. Tak ke membazir. Rumah DK rasa macam dah boleh buat koleksi.Lepas tu, bila non-muslim datang kenduri, nak kena beli doorgift asing. Meh. Tapi DK terfikir juga nak hadiahkan tetamu dengan ni.
  5. Brownies. DK paling happyyyyyyy bila dapat brownies untuk doorgift. Brownies adalah makanan favourite DK. Sedap dan memang tak rugi kalau bagi brownies. DK pernah juga survey harga brownies untuk buat doorgift. Murah jugak la. Dalam rm2 sepotong. Brownies memang dalam fikiran DK sekarang ni.
  6. Kicap mini. Haha. Betul. Ada yang DK pernah nampak depa bagi kicap mini. Bagi DK, berbaloi sebab tetamu boleh guna cumanya.... tak nampak glamour. Haha. Tapi selalunya yang tak nampak glamour ni, hipsters suka. Haha
  7. Popcorn. Popcorn ok jugak. Sebab ringan dan murah. Cumanya kena packing elok-elok jangan bagi masuk angin. Kalau tidak, sedih tetamu. Lagi satu, popcorn packing selalunya besar.So, agak jenuh nak susun atas meja.
Ok DK sambung nanti-nanti la. Mengantukla pulak.Esok nak sahur. Hihi 

2 ulasan:

  1. Masa saya kahwin saya bagi fridge magnet... nampak banyak tetamu suka juga.

    BalasPadam
  2. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    BalasPadam