Selasa, 28 Jun 2016
Sudah Update Thumbnail Youtube Yang Super Cantik
Assalamualaikum guys. Mana yang tak tau, DK ada channel youtube sendiri. Ada video-video yang DK buat untuk dikongsikan ilmu. DK baru je tahu cara nak buat thumbnail yang cantik dan senang. Ni kat bawah ni DK kongsikan video yang DK buat thumbnail yang gorgeous.
Panduan Final Year Project
Playlist ini akan membantu pelajar-pelajar tahun akhir universiti untuk menyempurnakan final year project masing-masing. Sangat berguna untuk pelajar yang nak buat fyp dengan efficient dan pantas. Ada cara nak buat rujukan, cara nak buat flowchart dan cara nak buat gantt chart. Kalau ada lagi video yang berguna untuk FYP, DK akan update. InsyaAllah.
Isnin, 27 Jun 2016
Pendapat DK Tentang Doorgift Kenduri Kahwin
Assalamualaikum, anda semua sihat? Dk sihat je. Alhamdulillah. Malam-malam buta macam ni DK macam bosan pulak. Rasa macam nak berceloteh mengenai apa-apa. Jadi yang apa-apa tu adalah doorgift kahwin . DK tak lama lagi nak kahwin dah. Jadi DK terfikir nak bagi apa nanti. Tapi sebelum DK fikir, DK rasa nak cakap pasal pengalaman dapat doorgift.
Bawah ni adalah list doorgift yang DK pernah dapat dengan komen sekali.
Bawah ni adalah list doorgift yang DK pernah dapat dengan komen sekali.
- Gula-gula. Selalu juga dapat gula-gula. Ok. Murah dan senang.Boleh simpan dalam beg, lepas tu bila nak makan.
- Bunga telur. Ni dulu-dulu zaman kecik-kecik selalu dapat. Kalau satu family pergi kenduri dapat telur. Boleh masak sambal telur. Hihi. Kadang-kadang makan saja. Ni adat melayu yang makin ditinggalkan. Sedih DK.
- Bahulu. Bahulu ok juga cuma DK tak suka sangat. Jadi kadang-kadang DK terlupa yang ada bahulu ni sampai tak elok dah.
- Surah Yassin. Doorgift ni DK rasa macam tak sesuai. Bayangkan kalau anda attend 10 kenduri, 10 kenduri bagi doorgift ni. Tak ke membazir. Rumah DK rasa macam dah boleh buat koleksi.Lepas tu, bila non-muslim datang kenduri, nak kena beli doorgift asing. Meh. Tapi DK terfikir juga nak hadiahkan tetamu dengan ni.
- Brownies. DK paling happyyyyyyy bila dapat brownies untuk doorgift. Brownies adalah makanan favourite DK. Sedap dan memang tak rugi kalau bagi brownies. DK pernah juga survey harga brownies untuk buat doorgift. Murah jugak la. Dalam rm2 sepotong. Brownies memang dalam fikiran DK sekarang ni.
- Kicap mini. Haha. Betul. Ada yang DK pernah nampak depa bagi kicap mini. Bagi DK, berbaloi sebab tetamu boleh guna cumanya.... tak nampak glamour. Haha. Tapi selalunya yang tak nampak glamour ni, hipsters suka. Haha
- Popcorn. Popcorn ok jugak. Sebab ringan dan murah. Cumanya kena packing elok-elok jangan bagi masuk angin. Kalau tidak, sedih tetamu. Lagi satu, popcorn packing selalunya besar.So, agak jenuh nak susun atas meja.
Ok DK sambung nanti-nanti la. Mengantukla pulak.Esok nak sahur. Hihi
Khamis, 23 Jun 2016
Final Year Project (FYP) : Cara Pilih Tajuk FYP
Assalamualaikum. Selamat bercuti kepada semua student universiti dalam Malaysia. Sekarang bulan Jun. So student-student third year akan menjalani latihan industri atau kata biasanya ialah praktikal selama tiga bulan untuk degree dan 6 bulan untuk diploma. Biasanya time ni bakal-bakal student fourth year akan dapat tajuk final year project atau tengah pilih tajuk FYP. Bagi yang tengah pilih tajuk, DK sarankan pilih supervisor bukan pilih tajuk. Haha. Sebab apa, kalau pilih tajuk tapi supervisor tak sesuai, kemungkinan untuk kecundang dalam FYP sangat tinggi. Tak ada lah nak fail cuma, awak akan menderita selama setahun la. Supervisor FYP ibarat suami atau isteri sementara selama setahun. Anda akan jumpa dan berurusan dengan mereka tiap-tiap minggu masa tahun empat. Itu yang ok. Ada yang suruh duduk dalam lab tiap hari. Ini lagi parah. Haha.
Jadi DK akan listkan macam mana nak pilih tajuk FYP.
1. Macam yang DK cakap dekat intro, pilih supervisor. Pilih pensyarah yang 'ngam' dengan anda. Biar lecturer tu yang anda kenal dan pernah mengajar anda dalam apa-apa subjek sejak anda first year ke third year.
2. Pilih supervisor yang tak busy sangat. Elakkan pilih lecturer yang ada pangkat macam dekan. Dekan biasanya orang yang sibuk dan kalau anda nak jumpa untuk buat discussion, biasanya mereka ni susah nak jumpa awak.
3. Pilih supervisor yang muda. Biasanya yang muda lagi bersemangat dari yang tua. Yang muda selalunya akan betul-betul guide. Tapi tak semua yang tua tak bersemangat. Awak kena pandai pilih tau.
4.Pilih tajuk yang anda boleh buat. Atau yang ada pernah buat masa buat assignment. Macam dalam engineering kita ada assignment untuk setiap subjek. Kadang-kadang ada tajuk final year project yang hampir sama dengan projek kecil yang pernah anda buat. So, grab that title as fast as possible. Sebab, lagi anda expert dalam bidang tu, lagi senang anda nak buat FYP anda.
5.Kalau anda yang jenis adventurous, anda boleh pilih tajuk yang pelik dan tak pernah dengar. Cuma, anda kena buat persediaan masa cuti semester untuk baca topik tersebut. Ini adalah untuk anda biasakan dan buat perancangan apa yang perlu dibuat bila semester baru bermula.
6.Pilih supervisor yang ada jawatan sebagai FYP coordinator. Mereka ni lah yang menyusun jadual perjalanan FYP. Senang kalau sv anda adalah FYP coordinator sebab anda boleh tahu jadual sebenar bila nak hantar report. Biasanya kalau student biasa, fyp coordinator akan bagi masa seminggu awal untuk hantar supaya senang nak handle pelajar yang suka bagi report lewat.
Ok. Ada 5 cara sahaja yang DK dapat kongsikan kepada awak semua. Kalau ada lagi cara, nanti InsyaAllah DK akan tambah dalam post ini.
Sebelum tu, DK nak share video yang berguna untuk FYP.
Cara Mudah Tulis Citation/Reference/Rujukan Tanpa Perlu Rujuk Buku
Cara Senang Nak Lukis Flow Chart Untuk FYP/Research Paper/Report

Tips : Saya Dah Diet dan Bersenam Tapi Kenapa Masih Tak Turun Berat Badan !!!
Assalamualaikum. Memang ramai kan yang ada masalah ni. Diet sudah, exercise sudah tapi berat still tak turun. Yang paling pelik, berat bertambah. Lagi-lagi bulan puasa ni kan. Dah berlapar satu hari tapi kenapa still tak turun berat? Kenapa makin naik. Jawapannya mungkin dalam jumlah kalori makanan yang anda ambil. Anda mungkin rasa makanan anda dah cukup berkhasiat tapi adakah anda tahu berapa jumlah kalori dalam makanan anda? Adakah anda tahu jumlah lemak dan gula dalam makanan? Kebanyakan kita tak tahu. Kalau kita beli makanan dekat kedai, mungkin ada label berapa kalori dalam satu pek. Tapi macam mana kalau kita masak sendiri makanan tu. Macam mana kita nak kira kalori? Senang je nak kira kalori dalam masakan anda. Anda cuma kena ingat apa yang awak masukkan dalam masakan anda. Dalam erti lain, bahan-bahan dalam resepi kena catit dan jumlah bahan pon kena catatkan sekali. Lepas dah catatkan semua bahan-bahan, boleh lah guna website caloriecount.com . Macam mana nak guna website ni? Just tengok video dekat bawah ni.
Ini bukan iklan atau nak jual ebook ke apa. Just steps nak guna website ni. Website ni free je. Tak perlu login. Saya pon guna website ni kalau saya nak tahu nutritional values dalam puding yang saya buat. Kadang-kadang kita tak tahu betapa banyaknya gula dalam masakan kita.
Ok. Jangan buang masa. Jom tengok video yang saya buat ni.

Khamis, 16 Jun 2016
Cara Lembutkan Daging Dengan Cepat
Assalamualaikum. Ok. Hari ni saya nak cerita macam mana nak lembutkan/empukkan daging dengan cepat. Selalunya bila kita makan daging mesti keras dan liat. Kalau pergi kedai, susah nak cari daging yang lembut. Memang trauma kalau nak pilih daging sebagai lauk nasi campur. So, kalau puan-puan nak tau macam mana nak empukkan dalam masa dua puluh minit je, jom tengok cara dibawah.
1. Bersihkan daging dari darah.
2.Sediakan pressure cooker.
3.Masukkan daging dalam pressure cooker.
4.Letak air sampai daging tenggelam.
5.Didihkan air. Jangan tutup pressure cooker lagi.
6.Lepas dah mendidih, tutup pressure cooker dan masak selama 20 minit sahaja.
7. Lepas 20 minit, tutup api dan buang pressure dalam periuk.
8. Lepas pressure dah stabil/steam dah tak ada, buka penutup dan daging telah pun lembut. InsyaAllah.
9. Daging yang lembut boleh dimasak. Tak perlu dah tunggu 2 jam untuk daging lembut.

Rabu, 15 Jun 2016
Please! Tak Ada Daging Babi atau Seafood Sahaja Tak Semestinya Halal Dimakan
Assalamualaikum. Haih. Agak geram la sekarang dengan masyarakat Islam dekat Malaysia sekarang ni. Please! Please ! Please! Cari lah makanan yang halal. Makanan jadi darah daging kita. Darah daging kita akan memberi kesan kepada ibadah kita.Saya juga percaya yang makanan haram akan memberi kesan kepada pemikiran kita. Jadi tolong lah elakkan dari makan dalam kedai yang obviously dimasak oleh non muslim. Walaupun tak ada daging babi. Tapi tak semestinya halal. Sebab apa? Daging ayam yang dimasak mungkin tak disembelih. Daging lembu juga mungkin tak disembelih. Kalau kedai seafood, yakin kah sos yang digunakan halal?? Tak ada minyak babi? Tak ada darah babi? Tolong ! Tolong ! Jaga makanan anda. Lagi satu, mungkin periuk, mangkuk dan kuali yang digunakan sudah terkena babi. Please dear Malaysian Muslim, think before you eat. Mencari yang halal itu wajib!
Cara Cuci Telur Dengan Bersih
Adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, kalau nak masak menggunakan telur, pastikan telur tersebut dibersihkan tau! Tujuan telur dibersihkan adalah untuk mengelakkan kuman-kuman yang berada di atas permukaan telur terkena dengan isi telur. Jadi jom tengok cara saya bersihkan telur.
1. Sediakan berus gigi yang tidak digunakan.
2. Pegang telur dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi pegang berus gigi.
3. Sambil telur berada di bawah aliran air paip yang kecil, beruskan kulit telur.
4. Jangan berus terlalu kuat, takut pecah.
5. Pastikan permukaan kulit telur tak ada kotoran-kotoran lagi,
6. Permukaan kulit telur yang bersih rasa kesat. Manakala kulit telur yang tak dibasuh rasa berlendir bila di bawah air.

Cara Cuci Daging Lembu Dengan Bersih
1. Daging yang beku dicairkan.
2. Selepas dicairkan, letakkan secawan tepung atas daging.
3.Letak air untuk sebatikan tepung dengan daging,
4. Ramas daging dengan tepung. Gunakan tangan dan ramas daging seakan-akan memerah keluar darah dengan air tepung.
5.Bila daging kelihatan pucat, bilas dengan air.
6. Daging yang bersih dari darah nampak pucat berbanding dengan daging yang belum dibasuh.
7. Daging sedia dimasak.

Cara Cuci/Siang Ikan Dengan Bersih
1. Ikan yang beku perlu dicairkan terlebih dahulu.
2. Lepas ikan lembut, potong sirip ikan. Kalau ikan ada banyak sisik, buang sisik dengan pisau.
3. Cara buang sisik adalah dengan gunakan bilah pisau dan gosok atas badan ikan dari arah bertentangan dengan sisik.
4. Lepas sisik dan sirip dibuang, gunting mulut ikan sedikit. Biasanya ikan kembung dibuang mulutnya.
5. Gunting sedikit dekat bahagian insang dan perut untuk buat laluan untuk bersihkan perut.
5. Tarik insang ikan sampai isi perut terkeluar.
6. Bila isi perut dah habis dibuang, bersihkan dalaman ikan dari darah beku yang warna hitam yang melekat biasanya dicelah-celah tulang ikan. Gunakan jari anda.
7.Basuh ikan dengan air.
8. Ambil sedikit asam jawa dan lumurkan ke atas ikan dan dalaman ikan. Perap selama 10 minit.
9. Bilas ikan dan kalau ada air beras, rendam ikan dalam air basuhan beras selama 5-10 minit.
10. Bilas ikan dengan air dan ikan siap dimasak tanpa bau hanyir!

Selasa, 14 Jun 2016
Cara Mudah Tulis Citation/Reference/Rujukan Tanpa Perlu Rujuk Buku
Assalamualaikum semua dan selamat berpuasa. Hari ni saya akan tunjukkan macam mana nak tulis citation atau rujukan atau reference untuk final year project (fyp)/thesis/report/paper. Tak perlu dah pening kepala rujuk buku atau download software macam mendeley. Just guna website yang free ni iaitu citethisforme.com. Tak perlu login. Terus gunakan sahaja.
Cara-cara nak guna telah diexplain dalam video ni. Antara contohnya ialah cara nak buat citation untuk website, journal dan buku. Lagi satu, anda boleh tengok juga cara nak buat citation untuk interview! Menarik tak?
Lepas dah belajar macam mana nak buat citation, anda akan tengok macam mana nak convert bibliography yang anda buat kepada reference yang terus boleh copy paste ke dalam word. Ok tu saja. Tengok tau. Kemudian share kepada kawan-kawan.

Jumaat, 10 Jun 2016
Review: Kursus Kahwin MFD Jannah Park and Ride Putrajaya Sentral
Assalamualaikum. Memandang umur pon makin meningkat, maka tibalah masanya untuk saya melangkah ke alam perkahwinan. Tapi tak boleh nak jejak lagi sebab tak ambil kursus kahwin lagi. So, saya pon decide nak cari kursus kahwin. Google punya google, kursus kahwin paling dekat ialah dekat Kursus Kahwin MFD Jannah dekat Putrajaya Sentral. So saya nak cerita lah pengalaman saya pergi ke kursus ni. Dalam hati memang tak nak pergi tapi nak buat macam mana wajib. Haha
Jadi, jom baca list review ni :
1. Lokasi : Lokasi kursus ni betul-betul dalam bangunan putrajaya sentral. Tempat naik bas dan KLIA transit. Anda naik ke tingkat dua dan kursus tu ada dekat dengan restaurant Lengkuas dan surau. Suasana dia bersih dan selamat.
2. Kemudahan, toilet ada banyak dan ok. Surau pon dekat je. So, tak perlu risau sangat.
3. Makan. Kalau dari segi makanan ok. Makanan disediakan pada tengah hari dan petang pada hari pertama. Kalau hari kedua, disediakan pada minum pagi. So, sebolehnya, makan dulu pagi-pagi sebelum datang kursus. Takut kelaparan bila tengah dengar ceramah. Tapi jangan risau, kalau nak sarapan dekat Putrajaya Sentral tak ada masalah. Ada restoran Lengkuas dengan restoran mamak dekat situ.
4. Facilitator pon sangat membantu. Kalau sesat, boleh call je diorang. Nanti diorang akan tolong.
Itu saja yang saya dapat kongsikan. Selamat berkursus!

Rabu, 8 Jun 2016
Cara Senang Nak Buat Flow Chart Untuk FYP/Research Paper/Report
Assalamualaikum semua. Hari ni saya akan buat satu tutorial mengenai cara nak buat flow chart dengan senang dan mudah. Anda tak perlu pakai microsoft word sebab pada pendapat saya guna microsoft word sangat menyusahkan. Anda sekarang hanya perlu menggunakan draw.io . Software online yang free. Tak perlu download software ni. Just lukis secara online dan anda boleh save terus dalam komputer anda. Tak perlu sign in pon.
Flow chart memang banyak digunakan bila nak buat report dan especially untuk budak-budak final year. Nak buat proposal kena ada flow chart. Nak buat final report pon kena ada flowchart. So, jom tengok video ni cara mudah untuk buat flow chart.

Isnin, 6 Jun 2016
Cara Kira Kalori Dalam Masakan Berdasarkan Resepi Sendiri
Assalamualaikum, korang mesti pernah masak dan terfikir, berapa kalori masakan aku ni. Sihat ke tak? Seimbang tak jumlah protein, carbohidrat, fiber dan lemak? Sekarang korang boleh kira. Caranya guna caloriecount.com. Korang catit resepi masakan, catit bahan-bahan dia dan korang letak dalam recipe analyzer. Nanti tool ni akan kira berapa kalori dalam masakan korang ni. Senang je. Yang syoknya, nanti akan keluar label kesihatan makanan korang. Yang buat bisnes makanan dan minuman boleh la guna label ni dan letak dekat bekas. Nampak pro gitu.
Apa lagi, jom tengok caranya .
Apa lagi, jom tengok caranya .
Khamis, 2 Jun 2016
Cara Cari Tempat Untuk Latihan Industri /Praktikal/ Internship
Adik-adik tengah cari tempat untuk latihan industri? Mai sini akak nak habaq cara nak cari tempat untuk buat latihan industri. Tak kira lah nak cari latihan industi untuk kos engineering ka, human resource ka, accountancy ka. Tips ni semua boleh apply. Even untuk cari LI untuk diploma mahupun untuk degree.
Akak dulu pon pernah buat internship dekat satu syarikat kalau adik dengar, memang terus kenal. Tapi tak nak cakap lah. Rahsia. Haha. Tiga bulan je pon. Tak rasa lama langsung. Sekejap je LI tu.
Tips yang akak nak cakap ada dalam video ni. So check it out. Kalau berguna share ya dekat kawan-kawan video ni. Kalau ada family yang nak li tak lama lagi, kongsi-kongsi. Sharing is caring.
Selamat mencari tempat LI adik-adik!

Langgan:
Catatan (Atom)