- Kalau anda nak jalan-jalan di sekitar bandar Ho Chi Minh, sewa bilik hotel di Malaysian street. Sebab senang kalau anda nak breakfast,lunch dan dinner. Just turun bawah hotel, banyak restaurant makanan halal. Ada restoran hajjah bashiroh, Al-Amin, dan lain-lain. Dian selalu makan dekat Al-Amin sebab sedap dan murah.
- Kalau anda nak makan, makanlah makanan Vietnam. Bila lagi nak merasa makanan Vietnamkan? Jadi Dian cadangkan makan pho (kuew teow halus bersup) dan Banh Mi. Bahn Mi adalah roti perancis berisi ayam grill. Sedap!! Favourite saya la sebab mengenyangkan. Lagi satu adalah popia vietnam yang berisi udang. Sedap cuma kalau nak makan, try sepinggan dulu untuk makan ramai-ramai. Nampak macam sikit tapi sangat berat sebab dalam tu ada isi mi kot.
- Minuman special kat sini adalah kopi ais. Eh, mesti korang pelik, kopi ais pon ada kat Malaysia. Lain.... Kopi ais vietnam sangatlah kaw... sedap sangat! Kena try.
- Hotel yang dian ambil ada sediakan paip air sebelah toilet seat. Kebanyakan public toilet pon ada. Cuma satu je toilet yang tak ada paip air. Toilet ni ada dekat depan Sungai Mekong. So, siap sedia dengan wet tissue ya. Oh lupa. Airport pon tak ada paip air jadi sediakan banyak-banyak wet tissue dan letak dalam handbag.
- Airport Ho Chi Minh tak ada surau. Jadi pastikan sebelum depart, solat jamak siap-siap.
- Kalau nak ambil tour dekat Sungai Mekong atau Chu Chi Tunnel, anda kena jamak takhir. Pengalaman Dian, memang sempat untuk solat jamak takhir untuk solat zohor dan asar sekali.
- Kalau ambil tour ke Sungai Mekong, bungkus nasi untuk makan tengahari siap-siap. Dian ambil tour dengan Restoran Al-Amin, jadi mereka akan bungkuskan nasi, telur dadar dengan ayam masak kicap sebelum bertolak. Nanti, time tourist lunch dekat Sungai Mekong, anda boleh lunch dekat cafe asing. Cafe ni cafe jual air je. So boleh makan situ dengan selesa tanpa tengok orang makan pork. Hehe
- Kalau nak beli barang,pastikan tawar harga terbaik anda, sebab diorang ni suka caj pelancong dengan harga tinggi dan mereka ni agak agresif especially dekat Ben Tanh Market. Hati-hati ya.
- Ramai tahu berbahasa melayu, jadi jangan risau. Jangan mengata kat belakang juga takut diorang faham. Haha
- Melintas jalan di Ho Chih Minh sangatlah menakutkan disebabkan terlalu banyak motosikal yang lalu. Sekali lalu, beratus motor. Jadi tips terakhir ialah, jangan takut lintas jalan. Tapi hati-hati juga.
Itu sahaja yang saya ingat. Nanti kalau ada lagi, saya tambah.
SALAM SIS..BERAPA YE HARGA PAKEJ KE SG.MEKONG TU YE..
BalasPadamSEKADAR UNTUK RUJUKAN...