- Datang ke Jabatan Imigresen. Pastikan datang sebelum pukul 7. Walaupun anda datang pukul 8, kemungkinan untuk tak dapat nombor untuk buat passport atau renew passport adalah besar. Perhatian ya. Sangat besar. Biasanya pukul 8 ke atas, nombor giliran akan habis. Dan selalunya, yang datang lambat, akan dapat nombor giliran untuk sesi petang. Jadi, kalau boleh pukul 7 sampai di pejabat imigresen dan beratur. Kalau awal boleh dapat sesi pagi.
- Dapatkan nombor giliran di kaunter dan tunggu nombor giliran dipanggil.
- Sila bawa kad pengenalan, passport lama dan RM200 untuk renew selama 5 tahun.
- Bila nombor giliran dah dipanggil, pergi ke kaunter dan ikut arahan pegawai.
- Pastikan anda memakai tudung berwarna gelap. Kalau anda pakai tudung putih atau pastel, pegawai akan berikan tudung instant bewarna gelap supaya gambar yang keluar clear dan muka jelas nampak. Bagi lelaki, pakai baju bewarna gelap. Kalau warna putih, anda akan diberi kot untuk cover baju putih.
- Lepas dah selesai di kaunter pertama, anda akan ke kaunter bayaran. Bayar dan akan diberi resit. Passport akan siap dalam masa sejam. Jadi bawa lah buku, surat khabar atau pergi makan sementara menunggu. Kalau hari Jumaat sesi petang, mereka tak sempat nak siapkan passport, anda boleh ambil minggu depan. Just ambil nombor giliran semula, dan tunggu nombor dipanggil.
Itu saja cara nak renew passport.Semoga ilmu ni berguna untuk sesiapa yang nak keluar negara tak lama lagi. Bye!
Bawah ni video sampingan tentang cara mohon nikah di Malaysia. Check it out!
Bawah ni video sampingan tentang cara mohon nikah di Malaysia. Check it out!
Sekarang nak renew passport memang kena tunggu lama jugak..nasib baik hawa dingin sejuk so tak kisah tunggu
BalasPadam