Rabu, 31 Ogos 2016

Cara Naik Kapal Terbang/Flight Untuk Ke Luar Negara (Oversea)

Assalamualaikum. Dian nak kongsi macam mana nak pergi oversea atau luar negara naik kapal terbang. Tak kisah lah kapal terbang air asia ke, malindo ke, Mas ke atau lain-lain. Caranya lebih kurang je. Dian dah beberapa kali pergi oversea dan baru ni ke Vietnam. Jadi boleh lah anda belajar dari Dian ya. Dian assume sesiapa yang baca post ni adalah orang yang pertama kali akan ke luar negara. Jadi, jom kita tengok cara-caranya.


  1. Pastikan anda dah beli tiket untuk ke negara yang anda ingin pergi. Boleh beli online atau pergi ke kaunter tiket di airport. Selalunya orang beli online je sebab senang dan kita boleh tengok harga tiket dengan harga cukai. Lagi satu, kita boleh tahu berapa berat beg yang kita boleh check in. Check in maksudnya beg yang berat dan besar yang kita nak simpan dalam ruang dekat kapal terbang. Beg kecik selalunya orang bawa masuk sekali tapi Dian lebih suka tak pegang apa-apa bila masuk nanti sebab senang bila dekat bahagian pemeriksaan nanti.
  2. Lepas dah beli tiket, periksa tarikh dan waktu penerbangan. Biasanya orang akan berada di airport 2/3 jam sebelum flight. Ini adalah untuk persediaan in case ada apa-apa terjadi dan kalau hari tu ramai orang naik flight, anda kena beratur untuk check in dan beratur lagi di bahagian pemeriksaan. Takut anda tak sempat naik flight. Lagi satu, KLIA ni besar. Nak pergi satu tempat ke tempat yang lain kena naik tren kecil. Bayangkan kalau anda sesat dan lambat, habislah kalau flight tertinggal. Dah la tiket mahal kan?  Jadi, kalau flight pukul 7.00 pagi, bertolaklah pada pukul 4 pagi supaya anda sampai sana dalam pukul 5 pagi. 
  3. Setibanya anda di airport, cari kaunter check-in. Kaunter check in ikut syarikat penerbangan. Selalunya kaunter akan ada tulis check in counter untuk ke destinasi yang specific. Kadang-kadang tak ada specific destination, so just beratur dan bagi tahu dekat kerani anda nak ke mana. Bawa passport anda ya. Jangan lupa! Anda juga boleh check in beg time ni. Nanti dia akan bagi tiket. 
  4. Lepas dapat tiket anda boleh masuk ke gate perlepasan. Kalau dekat KLIA, anda kena turun escalator yang ada polis jaga tu. Sediakan tiket dan passport anda untuk pemeriksaan.Tapi kalau waktu penerbangan lambat lagi, anda boleh la makan-makan dekat sana. Ada KFC, burger King dan macam-macam lagi. Sebab nanti bila anda dah turun ke gate perlepasan,susah nak cari makanan. Kalau boleh solat dulu juga. Solat subuh atau jamak terus. Surau ada dekat anjung KLIA. Hujung sikit. 
  5. Sebelum anda cari pintu perlepasan, anda akan melepasi kaunter pemeriksaan passport. Untuk pemegang passport Malaysia, ada pintu pemeriksaan automatik. Jadi anda hanya perlu letak passport anda di atas scanner dan scan cap jari. Pintu akan automatik terbuka bila anda dah cukup syarat. Kalau anda tak dapat lepas, pergi ke kaunter manual. Nanti ada pegawai yang akan memeriksa passport anda. 
  6. Bila dah selesai diperiksa passport, anda akan berjalan ke kaunter pemeriksaan beg sandang anda dan body check. Bagi lelaki, anda kena tanggalkan tali pinggang dan jam anda. Perempuan tak payah. Letak barang-barang dalam dulang dan pegawai akan check guna mesin automatik tu. Kemudian anda akan kena body check. 
  7. Lepas selesai semua di atas, anda boleh lah start cari pintu perlepasan anda. Kalau pintu C3, cari lah gate sampai dapat. Kalau kena naik tren, naik lah tren. 
  8. Di pintu perlepasan, anda kena tunggu sampai kerani syarikat penerbangan buka gate untuk ke bilik atau ruang menunggu. Bila dah ada signal untuk masuk, sila beratur dengan berhemah dan pegawai akan periksa tiket anda sekali lagi. Pastikan anda ke toilet siap-siap sebelum masuk ke ruang menunggu. 
  9. Di ruang menunggu, ada banyak kerusi. Duduk dan tunggu arahan kerani. Nanti dia akan bagi tahu siapa yang akan masuk dulu. Biasanya, orang yang beli tiket business class akan masuk dulu. Kemudian, warga tua dan wanita yang ada bayi. Lepas tu, penumpang yang berada di tempat duduk 1-15 contohnya.Kemudian baru yang lain-lain. 
  10. Masuk ke kapal terbang dan cari tempat duduk anda. Lepas cari, letak beg anda di tempat penyimpanan beg dekat atas. Duduk dan pakai tali pinggang keselamatan. 
  11. Last, enjoy dan berdoalah masa dalam penerbangan. Kalau nak pergi toilet, tanya pramugari di mana lavatory. Lavatory ni adalah toilet dalam flight. Kecik je. Pastikan anda bawa tissue basah ya untuk bersihkan diri .
  12. Lepas dah sampai, ambil barang dan masuk ke dalam airport. Nanti akan ada pemeriksaan di negara sana. Bagi passport.  Lepas dah diperiksa, barulah anda ambil barang anda. 
  13. Dah ambil barang, anda boleh lah ke destinasi anda. 
Fuh.... Banyak betulkan step dia. Tapi InsyaAllah anda boleh. Sedikit nasihat buat anda, jangan pegang barang orang di airport. Sangat bahaya ya! Pastikan beg anda berada dalam keadaan selamat takut orang ambil kesempatan untuk selit apa-apa. Ok itu saja dari Dian. Kalau anda rasa info ni berguna, doakan Dian untuk dapat rezeki pergi ke negara orang lagi masa akan datang. Dian teringin ke Mekah, Madinah, Morocco, New Zealand, dan macam-macam lagi. InsyaAllah, nanti akan ada peluang. Aamiin. 

Kenapa Pilih Pakej Perkahwinan?

Assalamualaikum. Antara pakej katering all-inclusive dengan diy sendiri mana yang lebih baik? Family Dian ambil pakej yang ada macam-macam servis dan kalau nak buat sendiri semuanya agak sukar. Bagi keluarga Dian, ini kenduri kahwin pertama jadi pengalaman handle kenduri kahwin tu zero. Nervous jugak sebab first time kan? Tapi jom kita tengok kenapa Dian pilih pakej perkahwinan.


  1. Alasan pertama, tak nak menyusahkan orang lain. Ye la, kalau buat semuanya sendiri, memang kita akan memerlukan pertolongan saudara mara terdekat kita. Kita kena mintak tolong orang buatkan doorgift, siapkan pelamin, masak makanan, buat air, tambah lauk. Memang susah la. Lagi-lagi saudara mara duduk berjauhan dari kita. Zaman dulu senang sebab masing-masing kerja sendiri dan masa agak flexible. Sekarang, semua orang ada kerja dan agak sibuk menguruskan hidup masing-masing. Jadi Dian nak diorang datang kenduri dan enjoy. Tak payah buat kerja. Kita sembang-sembang, makan dan berseronok. Tak ada yang kena masam muka.
  2. Bila pilih pakej, pihak katering yang akan menguruskan semuanya. Macam pelamin, meja makan, hiasan, pakaian pengantin, makeup,pa system dan dewan. Jadi kita tak perlu nak buat call untuk uruskan satu satu. Kalau tak pakai pakej, kena cari sendiri dewan, cari sendiri hiasan, cari sendiri makeup artist, cari sendiri baju. So agak leceh. Takut-takut tertinggal benda penting. Nauzubillah! Pakej ni agak memberi kesenangan bagi kita.
  3. Anda tak kalut untuk buat persediaan perkahwinan. Seriously. Macam pakej yang Dian pilih ni, dua bulan sebelum kahwin baru pilih baju, confirmkan makanan minuman. Kalau buat sendiri, 8 bulan sebelum perkahwinan dah kena pilih kain, tempah baju dan buat fitting. 
  4. Dari segi perbelanjaan, Dian rasa bila buat sendiri, kos tersembunyi lebih banyak. Bayangkan bila semua harga asing-asing. Meja kerusi asing, dewan asing, makeup asing, baju asing, pelamin asing, makanan dan minuman asing. Kena sewa PA asing. Bila kira-kira, baik ambil pakej.Lebih menjimatkan. 
  5. Pakej kahwin ada coordinator majlis perkahwinan. Pakej yang Dian ambil, dia ada coordinator. Jadi dia akan aturkan majlis kita supaya berjalan lancar. Tak perlu lah mak ayah kita yang kalut buat tu buat ni dalam satu masa. 
Jadi kesimpulannya, ambil pakej ni mendamaikan jiwa yang serabut. InsyaAllah. Dian nak bagi orang yang datang kenduri Dian berasa tenang dan tak terbeban dengan hal-hal yang lain. Just datang enjoy, sembang dan tak perlu buat kerja. InsyaAllah. Harap awak yang baca ni doakan Dian ya.


Selasa, 30 Ogos 2016

Checklist Persiapan Perkahwinan 5 Bulan Sebelum Perkahwinan

Assalamualaikum, InsyaAllah Dian akan berkahwin tak lama lagi. Sebenarnya persiapan Dian dah dibuat setahun awal. Yup. Haha. Memang Dian mengaku setahun awal. Bagi kebanyakan orang, mungkin rasa awal sangat nak buat persiapan tapi Dian takut dewan habis ditempah jadi Dian pon tempah. Merisik masa bulan 2 hari tu dan akan bernikah InsyaAllah pada bulan 2 juga. Masa merisik tak bincang pasal tarikh lagi. Just datang untuk merisik dan menanda saja. Kemudian bakal mertua datang kali kedua untuk datang berbincang mengenai tarikh, hantaran, mas kahwin dan barang hantaran. Masa tu dalam bulan 3. Jadi lepas terus confirm tarikh, kami pergi tempah dewan. Tempahan dewan ni sekali dengan package lengkap. Bawah ni Dian sertakan apa yang ada dalam package tu.


  • Makanan dan minuman
  • Makan beradap
  • Pelamin dan andaman
  • Dewan
  • Pelayan
So semua serba lengkap, Alhamdulillah. Lepas dah tempah dewan, Dian sekarang dalam proses nak beli barang hantaran sikit-sikit. Dian beli bagi pihak sendiri. Pihak lelaki akan beli barang sendiri. Ni senang sebab masing-masing ada citarasa sendiri. 

Barang hantaran Dian
  • Al Quran Digital (Dah beli)
  • Telekung (Dah beli)
  • Handbag (Dah beli)
  • Set makeup/penjagaan diri (Dah beli)
  • Kasut (Dah beli)
  • Buah (Beli sehari sebelum nikah)
  • Cake (Beli sehari sebelum nikah)
Barang hantaran encik bakal suami
  • Al Quran + Sejadah (Dah beli)
  • Kemeja (Dah beli)
  • Kasut (Dah beli)
  • Jam (Dah beli)
  • Perfume
  • Set beg duit +Tali pinggang (Dah beli)
  • Buah (Sehari sebelum nikah)
  • Cake (Sehari sebelum nikah)
  • Samping (Dah beli)
Ok jom tengok checklist Dian. Yang ni 5 bulan sebelum kahwin punya persediaan.


Merisik Done
Cincin Received
Jamuan Done
Baju Merisik Done
Perjalanan pergi balik rombingan N/A
Tempat penginapan rombongan N/A
Pertunangan Tak bertunang
Cincin N/A
Jamuan N/A
Hantaran N/A
Baju Pertunangan N/A
Perjalanan pergi balik rombingan N/A
Tempat penginapan rombongan N/A
Sebelum Bernikah
Kursus Perkahwinan Done
Kad Jemputan Kahwin Done
Kos mendaftar
Pernikahan
Derma Tok Kadi
Cincin
Jamuan                                               
Barang hantaran:
Sirih junjung N/A
Potpouri N/A
Al-Quran
Manisan
Sejadah
Samping
Kain pelikat
Baju Melayu
Kasut
Jam

Set penjagaan diri
Kemeja/Cufflinks Dah beli
Beg tangan Dah beli
Pulut kuning N/A
Mas Kahwin
Belanja hantaran
Mas Kahwin
Majlis Resepsi
Jurufoto/Videografi Include in package
Laman web perkahwinan N/A
Mak Andam Include in package
Pelamin Include in package
Dewan/Khemah Include in package
Jamuan  Include in package
Baju Persandingan Include in package
Bunga pahar
Cenderahati tetamu
Hiasan hantaran
Hiasan bilik tidur Hampir dah siap
Solekan Pengapit Include in package
Baju Pengapit Done
Hotel atau taman: Dewan
Kerusi dan meja Include in package
Menu N/A
Penyambut tetamu Family
Pengiring
Makan Beradab:
Set meja pengantin Include in package
Kerusi dan Meja Include in package
Alas meja Include in package
Skirting Include in package
Scallop Include in package
Kerusi banquet Include in package
Bunga bouquet Include in package
Lauk pengantin Include in package
Penanggah
Keraian & Hiburan: 
Kompang Include in package
Khatam Al-Quran N/A
Silat pengantin N/A
Cak lempong N/A
Kumpulan marhaban/berzanji N/A
Sistem PA: Include in package
Satu set sistem PA Include in package
DJ / MC Include in package
Bulan Madu:
Percutian




Banyak lagi benda yang perlu disiapkan. Tapi kira ok la sebab bila ambil package, banyak hal akan automatik dah siap. Oh, Dian tak bertunang sebab Dian rasa macam tak perlu dan kami sepakat buat cincin merisik sebagai cincin tunang. So tak payah la bakal suami nak beli banyak-banyak cincin. Ok, till next time. Bye!




Jumaat, 26 Ogos 2016

Pergi Melancong Ke Negara Yang Tak Ada Paip Air Dalam Toilet

First time melancong ke negara luar? Negara bukan Islam? Mesti anda risau macam mana nak buang air. Dian pernah melancong ke Beijing, Melbourne, Turki, Singapore dan Vietnam. Turki atau negara Islam yang lain, anda tak perlu risau sangat sebab mereka akan sediakan paip atau cebok ditepi. Tapi bagi negara macam Beijing, Melbourne dan Singapore, memang susah nak cari toilet ada hos air. Macam mana bagi kita yang tak biasa ni?

  1. Beli tisu basah atau wet tissue. Tisu basah boleh dibeli farmasi, kedai runcit dan section bahagian bayi. Sebaiknya kalau travel dengan keluarga, beli lah banyak-banyak. Atau beli yang paket besar. Sebab nanti melancong tak lah habis dan kena beli baru. Wet tissue bagi mengganti paip air yang tak ada. 
  2. Bawa botol air kosong.  Nanti bila dah ada dalam toilet, isikan dekat singki. 
Mula-mula memang rasa tak selesa, tapi bila dah biasa nanti, rasa ok je. InsyaAllah boleh survive di negara orang. 

Tips Bercuti Di Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam

Assalamualaikum, sebelum Dian lupa pasal percutian ke Ho Chi Minh, baik tulis siap-siap. Ok. Dian ada janji untuk tulis mengenai tips percutian di Vietnam dalam post ni.


  1. Kalau anda nak jalan-jalan di sekitar bandar Ho Chi Minh, sewa bilik hotel di Malaysian street. Sebab senang kalau anda nak breakfast,lunch dan dinner. Just turun bawah hotel, banyak restaurant makanan halal. Ada restoran hajjah bashiroh, Al-Amin, dan lain-lain. Dian selalu makan dekat Al-Amin sebab sedap dan murah. 
  2. Kalau anda nak makan, makanlah makanan Vietnam. Bila lagi nak merasa makanan Vietnamkan? Jadi Dian cadangkan makan pho (kuew teow halus bersup) dan Banh Mi. Bahn Mi adalah roti perancis berisi ayam grill. Sedap!! Favourite saya la sebab mengenyangkan. Lagi satu adalah popia vietnam yang berisi udang. Sedap cuma kalau nak makan, try sepinggan dulu untuk makan ramai-ramai. Nampak macam sikit tapi sangat berat sebab dalam tu ada isi mi kot.  
  3. Minuman special kat sini adalah kopi ais. Eh, mesti korang pelik, kopi ais pon ada kat Malaysia. Lain.... Kopi ais vietnam sangatlah kaw... sedap sangat! Kena try.
  4. Hotel yang dian ambil ada sediakan paip air sebelah toilet seat. Kebanyakan public toilet pon ada. Cuma satu je toilet yang tak ada paip air. Toilet ni ada dekat depan Sungai Mekong. So, siap sedia dengan wet tissue ya. Oh lupa. Airport pon tak ada paip air jadi sediakan banyak-banyak wet tissue dan letak dalam handbag. 
  5. Airport Ho Chi Minh tak ada surau. Jadi pastikan sebelum depart, solat jamak siap-siap. 
  6. Kalau nak ambil tour dekat Sungai Mekong atau Chu Chi Tunnel, anda kena jamak takhir. Pengalaman Dian, memang sempat untuk solat jamak takhir untuk solat zohor dan asar sekali. 
  7. Kalau ambil tour ke Sungai Mekong, bungkus nasi untuk makan tengahari siap-siap. Dian ambil tour dengan Restoran Al-Amin, jadi mereka akan bungkuskan nasi, telur dadar dengan ayam masak kicap sebelum bertolak. Nanti, time tourist lunch dekat Sungai Mekong, anda boleh lunch dekat cafe asing. Cafe ni cafe jual air je. So boleh makan situ dengan selesa tanpa tengok orang makan pork. Hehe
  8. Kalau nak beli barang,pastikan tawar harga terbaik anda, sebab diorang ni suka caj pelancong dengan harga tinggi dan mereka ni agak agresif especially dekat Ben Tanh Market. Hati-hati ya.
  9. Ramai tahu berbahasa melayu, jadi jangan risau. Jangan mengata kat belakang juga takut diorang faham. Haha
  10. Melintas jalan di Ho Chih Minh sangatlah menakutkan disebabkan terlalu banyak motosikal yang lalu. Sekali lalu, beratus motor. Jadi tips terakhir ialah, jangan takut lintas jalan. Tapi hati-hati juga.
Itu sahaja yang saya ingat. Nanti kalau ada lagi, saya tambah. 

Khamis, 25 Ogos 2016

Bila Agaknya Trend 'C*****' Only Dalam Iklan Kerja Akan Berakhir

Assalamualaikum, rasa panas je dalam hati ni bila trend 'ch****e' only ni membuak. Dian rasa geram dengan diskriminasi yang makin menunjuk belang dekat Tanah Airku. Apa nak jadi dekat Malaysia ni. Sampai bangsa bumiputera dianak tirikan di bumi sendiri.

Selasa, 23 Ogos 2016

Cuti-cuti Ho Chi Minh, Vietnam 4 Hari 3 Malam

Assalamualaikum, Dian baru saja balik dari Saigon atau nama lainnya ialah Ho Chi Minh di Selatan Vietnam. Percutian Dian adalah selama 4 hari 3 malam pada waktu bukan cuti sekolah. Sebab adik-adik Dian semuannya sudah bergelar pelajar universiti. Sekarang Dian akan kongsikan laporan perjalanan Dian di sini.

Hari Pertama

Dian bertolak pukul 4 pagi ke KLIA. Naik Malindo flight pukul 7.00 pagi. Subuh di anjung KLIA, dan makan breakfast dekat KFC. Buat pengetahuan pembaca semua, waktu di Saigon adalah sejam tepat lebih lewat dari Malaysia. Jadi kalau Malaysia pukul 8 pagi, Saigon adalah pukul 7 pagi. Waktu subuh adalah lebih kurang pada pukul 4.45 pagi, zohor pada 11 pagi, asar pada 3.45 petang, maghrib pukul 6 petang dan ishak pada pukul 7.45 malam. Lebih kurang ya. Bukan tepat-tepat. Kalau nak check waktu solat di Ho Chi Minh, boleh check di sini.

Lepas dah sampai di Ho Chi Minh City Airport, Dian naik teksi ke hotel. Dian ambil hotel berdekatan dengan Ben Tanh Market dan Malaysian Street. Nama hotel tu adalah Hong Hac Hotel. Waktu Dian sampai adalah lebih kurang pukul 10.30 pagi. Jadi, tak boleh nak check in lagi sebab belum pukul 2. Jadi receptionist cadangkan pergi melawat di Ben Tanh market. Masa ni, Dian tak tahu nak pergi ke sini. Jadi Dian guna google map. Perjalanan dari hotel ke Ben Tanh market adalah lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki. Dekat je.

Ben Tanh market adalah pasar tipikal untuk pelancong. Ada banyak jual souvenir, kopi, baju, dan beg. Anda kena tawar-menawar dekat sini sebab diorang ni suka caj harga paling mahal kepada pelancong.  Jalan-jalan terasa lapar la pulak. Sebab kami pon breakfast masa subuh tadi. Jadi kami cari restoran Al-Amin . Restoran ni paling murah! Sedap! Pelayan pon faham bahasa Melayu. Dian makan pho. Pho adalah macam kuew teow sup. Kuew teow dia kecik je. Boleh la. Haha. Dian tak minat sangat sup-sup ni. Adik-beradik Dian pulak order nasi goreng.

Lepas dah makan, kitorang pusing-pusing balik hotel. Tapi disebabkan still awal, tak boleh nak check in. Receptionist macam kesian kot, dia bagi masuk bilik walaupon cleaner still bersihkan bilik. Bilik dia boleh tahan luas dan bersih! Siap ada paip air sebelah tandas.  Lepas rehat-rehat, kitorang pon berjalan kaki ke Reunification Palace. Istana ni adalah istana penyatuan antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Banyak lah sejarah yang korang boleh baca. Siap ada sorang pemimpin masa zaman tu ada yang dibuang ke Malaysia. Lebih kurang sejam lebih jugak ronda-ronda sini.

Kemudian, kami berjalan ke Notre Dame Cathedral. Tak masuk pun, sebab difahamkan ini adalah geraja. Besar jugak lah. Sebelah bangunan ni pula adalah pejabat pos bersejarah. Serius cantik pejabat pos dia. Dalam tu ada peta besar lama yang cantik. Lantai dia pon sangat unik dan cantik.  Kemudian, kami berjalan kaki semula balik ke hotel. Penat jugak la. Disarankan, kalau anda tak larat atau ada orang tua, naik lah teksi. Sebab penat berjalan. Masa kami berjalan tak panas, sebab pokok-pokok besar lindung.

Balik di hotel, kami berehat dan makan malam di restoran Al-Amin sekali lagi.

Hari Kedua

Hari kedua kami ikut tour ke Sungai Mekong. Tour ni kami book dekat owner restoran al-amin. Kami ambil tour tanpa makan tengah hari hidang. Maknanya, tour ni restoran akan bungkuskan makanan dan kami sendiri akan bawa ke sana. Kami ikut tour ni dengan ramai pelancong lain. Ada yang dari Spain, France dan Singapore. Sebelum tu, Dian nak cerita tentang breakfast. Buat pengetahuan pembaca, hotel hong hac sediakan breakfast cuma tak halal lah. Dia ada tulis section no pork kat buffet dia. Cuma Dian was-was nak makan. Jadi Dian hanya ambil pisang, jambu batu, ubi rebus dan telur rebus. Kenyang la jugak sampai tengah hari.  Pukul 7.30 kami tunggu di luar hotel. Tour guide akan datang dan jemput naik bas bersama dengan pelancong lain.



Perjalanan ke Sungai Mekong dari Ho Chi Minh adalah dalam 2 jam. Anda akan lalu sawah padi. Lepas sampai di Sungai Mekong, kami naik boat besar. Lepas naik boat besar, anda akan sampai ke pulau. Di pulau ni, anda akan berjalan ke anak sungai. Anda akan naik sampan kecil lalu ke kawasan paya penuh dengan pokok nipah. Sampan ni muat 4 orang je. Sampan akan lalu selama 15 minit sampai ke sungai besar. Dan akan naik semula boat.

Kemudian, tour guide akan bawa ke ladang lebah di satu pulau. Di sini, mereka sediakan teh yang dicampur madu, pati bunga dan limau. Sedap oi. Disamping teh, ada pisang sira gula. Lepas ladang lebah,tour guide bawa berjalan ke kawasan kampung. Di sini, mereka hidang buah-buahan tempatan macam dragon fruit, nangka madu, longan dan nenas sambil dengar lagu lenggang kangkong dan rasa sayang versi bahasa Vietnam.

Dian naik bot semula dan sampai ke tempat gula-gula kelapa di buat. Di situ mereka tunjuk cari buat gula-gula kelapa. Bau sebiji macam dodol tapi bukan. Lepas dah habis tengok demo, mereka bawa ke tempat makan. Pelancong bukan Islam semua pergi makan hidang. Makanan yang disediakan adalah pork dan ikan. Jadi, nasib baik kami dah sediakan makanan bungkus. Kami tak ikut pergi ke restoran tapi kami makan di Cafe depan sungai yang sediakan air je.

Habis tour, kami bergerak balik ke Saigon. Sampai pada pukul 5. Sempat kami solat jamak takhir. Makan malam pula kami ke restoran di Malaysian street.

Hari Ketiga

Hari ni kami ikut tour juga tapi half day je. Kami ambil tour dekat bawah hotel. Kali ni kami pergi ke Chu Chi Tunnel. Jarak perjalanan pula sama macam semalam iaitu 2 jam. Sampai di sana, tour guide terang satu persatu sejarah Vietnam perang dengan Amerika Syarikat. Di sini terdapat terowong bawah tanah yang digunakan oleh tentera vietnam. Banyak ilmu boleh kita belajar dekat sana. Macam cara buat perangkap. Cara survive di hutan. Taktik yang digunakan tentera Vietnam bila menentang US. Kemudian di sana ada shooting range. Anda boleh try guna senapang bermacam jenis. Dan anda akan masuk ke terowong sepanjang 100 meter. Terowong tak kecik pon cuma kena jalan-jalan itik la. Lepas tu, mereka akan sediakan ubi kayu rebus cicah dengan gula dan kacang tanah sambil minum teh pandan. Habis half day tour dan balik ke Saigon.

Kami makan di restoran dan berehat. Malam tu kami berjalan-jalan di Malaysian Street sambil shopping telekung di kedai hajah bashiroh. Dekat situ dah macam KL sebab ramai orang Malaysia.

Hari Keempat

Flight kami pada pukul 4 petang jadi waktu pagi kami still ada masa untuk berjalan. Kami pergi ke War Remnants Museum dengan menaiki teksi pukul 7.30 pagi. Dalam museum ni, anda akan belajar sejarah orang-orang vietnam diseksa dan diracun oleh tentera US. US guna agent orange untuk bunuh orang-orang Vietnam. Agent orange adalah senjata kimia yang boleh mencacatkan manusia sampai ke generasi hari ni. Banyak jugak lah gambar menakutkan yang diipaparkan. Dan mereka juga tunjuk cara-cara mereka diseksa. Pusing-pusing di museum ni dalam sejam je dan kami terus ke Ben Tanh market untuk beli souvenir. Kami lunch di restoran Al-Amin dan check out hotel pada pukul 12.00 tengah hari.

Itu saja perjalanan cuti-cuti di Ho Chi Minh. Nanti saya akan share tips bercuti di sini.

Artikel Berkaitan Percutian ke Vietnam atau Luar Negara

  1. Tips bercuti di Saigon atau Ho Chi Minh, Vietnam
  2. Tips Melancong Ke Negara Yang Tak Ada Paip Air Dalam Toilet
  3. Cara naik kapal terbang ke luar negara
  4. Cara renew passport 2016

Isnin, 8 Ogos 2016

Trend Sekarang : Required Language Mandarin Untuk Syarat Kerja Engineer

Assalamualaikum, Dian perasan sekarang ni trend syarat tawaran kerja engineer kebanyakannya memerlukan Mandarin. Dian rasa macam sekarang ni kita menumpang di negara orang lain. Kalau kerja engineer memerlukan komunikasi dengan orang negara luar yang berbahasa mandarin, boleh terima alasan tersebut tapi bila pekerjaan tersebut langsung tak memerlukan bahasa tersebut macam mana? Adakah bahasa Malaysia dan english tak mencukupi untuk berkomunikasi di MALAYSIA? Geram oi. Seolah-olah pekerjaan di sektor swasta hanya ditawarkan kepada pihak tertentu sahaja. Dian rasa tiba masanya kita kena buat sesuatu. Tolong lah. Kesian dekat orang kita. Ditindas. Apa guna ada experience. Apa guna ada skill tapi hanya kerana sikap company yang orang putih kata non-equal opportunity employment.

Isnin, 1 Ogos 2016

Cara Renew Passport 2016

Assalamualaikum. Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Allah. Saya nak share pengalaman saya dan cara untuk renew passport Malaysia. Tanpa melengahkan masa, jom kita baca cara-caranya.


  1. Datang ke Jabatan Imigresen. Pastikan datang  sebelum pukul 7. Walaupun anda datang pukul 8, kemungkinan untuk tak dapat nombor untuk buat passport atau renew passport adalah besar. Perhatian ya. Sangat besar. Biasanya pukul 8 ke atas, nombor giliran akan habis. Dan selalunya, yang datang lambat, akan dapat nombor giliran untuk sesi petang. Jadi, kalau boleh pukul 7 sampai di pejabat imigresen dan beratur. Kalau awal boleh dapat sesi pagi.
  2. Dapatkan nombor giliran di kaunter dan tunggu nombor giliran dipanggil.
  3. Sila bawa kad pengenalan, passport lama dan RM200 untuk renew selama 5 tahun. 
  4. Bila nombor giliran dah dipanggil, pergi ke kaunter dan ikut arahan pegawai. 
  5. Pastikan anda memakai tudung berwarna gelap. Kalau anda pakai tudung putih atau pastel, pegawai akan berikan tudung instant bewarna gelap supaya gambar yang keluar clear dan muka jelas nampak. Bagi lelaki, pakai baju bewarna gelap. Kalau warna putih, anda akan diberi kot untuk cover baju putih.
  6. Lepas dah selesai di kaunter pertama, anda akan ke kaunter bayaran. Bayar dan akan diberi resit. Passport akan siap dalam masa sejam. Jadi bawa lah buku, surat khabar atau pergi makan sementara menunggu. Kalau hari Jumaat sesi petang, mereka tak sempat nak siapkan passport, anda boleh ambil minggu depan. Just ambil nombor giliran semula, dan tunggu nombor dipanggil. 
Itu saja cara nak renew passport.Semoga ilmu ni berguna untuk sesiapa yang nak keluar negara tak lama lagi. Bye!

Bawah ni video sampingan tentang cara mohon nikah di Malaysia. Check it out!