Rabu, 28 Disember 2016

Cara Daftar atau Mohon Nikah Untuk Pengantin Perempuan (Selangor) dan Pengantin Lelaki (Perak) Step by Step

Assalamualaikum pembaca. Ya, hari ini saya sangat rajin untuk menulis pengalaman suntuk daftar atau mohon nikah walaupun banyak juga persiapan yang perlu dibuat. Tapi terdetik nak berkongsi sebab dah tak ramai yang berkongsi cara nak daftar nikah. Yang paling latest selalunya dua tahun lepas. Apa kata kita tulis untuk tahun 2016 dan awal 2017 punya pula. InsyaAllah informasi ini akan berguna untuk bakal pengantin baru kita. Niat perkongsian adalah kerana Allah SWT. Baiklah, mula-mula saya akan ceritakan langkah untuk lelaki dan kemudian perempuan pula. Saya adalah bakal pengantin perempuan dari Selangor dan akan bernikah (InsyaAllah) dengan bakal pengantin lelaki dari Perak. Jadi ini adalah langkah-langkahnya.



Mohon Nikah Lelaki Perak

  1. Hadir ke kursus kahwin. Pastikan kursus kahwin yang dipilih diiktiraf ya. Kursus kahwin biasanya dibuat 2 hari pada hari Sabtu dan Ahad. Ada juga dibuat pada hari bekerja. Anda boleh google saja.
  2. Buat test HIV di klinik kerajaan sahaja. Dapatkan slip keputusan ujian HIV dan simpan elok-elok. Ujian HIV hanya valid selama 6 bulan. Selepas 6 bulan, jika anda tidak berkahwin lagi dalam tempoh ini, ujian ini akan terbatal dan anda kena buat sekali lagi.
  3. Isi borang nikah online http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline dan print borang tersebut.
  4. Kumpul dokumen penting. Gambar dibawah adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk pejabat agama Islam Perak. Kalau saya, saya buat banyak-banyak salinan supaya senang kalau nak guna lagi. 
  5. Selepas kumpul semua dokumen penting, mohon nikah di pejabat agama Islam berhampiran tempat anda bermastautin. 
  6. Dapatkan surat kebenaran berkahwin dan buat salinan supaya senang kalau apa-apa jadi. Dan serahkan kepada pengantin perempuan.


Selepas pengantin lelaki berikan surat kebenaran bernikah, barulah pengantin perempuan boleh membuat permohonan untuk bernikah. Tapi sementara pengantin perempuan tunggu pengantin lelaki selesaikan borang permohonan, pengantin perempuan bolehlah hadir kursus kahwin dan buat ujian HIV.

Mohon Nikah Perempuan Selangor
  1. Hadir kursus kahwin. Tak perlu pergi dengan pasangan lelaki pun sebenarnya. 
  2. Buat ujian HIV.
  3. Dapatkan surat kebenaran bernikah pengantin lelaki.
  4. Daftar nikah online di http://ncr.jais.gov.my/. Pastikan anda cari 2 saksi lelaki ya untuk mengesahkan anda bujang dan minta nama, alamat, dan nombor telefon mereka. Maklumat ini adalah untuk diisi online.
  5. Print borang 2C dan 2D. Borang 2D akan muncul bila borang 2C sudah dilengkapkan. 
  6. Cari penolong pendaftar nikah qariah masjid anda. Kalau anda tak tahu, search masjid terdekat dengan rumah anda dan cari penolong pendaftar nikah (PPN). PPN akan cop dan tanda tangan borang. Bawa bersama 2 saksi lelaki dan wali. Saksi ni bukan saksi akad nikah tapi saksi pengesahan maklumat saja.
  7. Serahkan borang yang sudah disahkan oleh PPN kepada PAID daerah anda. PAID adalah pejabat agama Islam daerah. Sedikit nasihat bila pergi ke sana, pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat. Janganlah pakai yang ketat-ketat. Bukanlah mereka halau cuma nampak macam tak hormat dengan pejabat agama Islam. Sebaiknya pakailah baju kurung.
  8. Dapatkan borang akad nikah di PAID. 
  9. Cari tok kadi dan buat tempahan pada hari akad nikah. Tok kadi atau jurunikah mesti menetap di tempat akad nikah dijalankan. Kalau tak tahu siapa jurunikah dikawasan akad nikah, boleh tanya PAID. 
  10. Akad nikah dijalankan InsyaAllah.

Dokumen yang Diperlukan untuk Pengantin Perempuan Selangor

1 Salinan ic atau passport (Jika pemohon warganegara asing).
2 Salian ic/passport 2 orang saksi (Jika warganegara asing)
3 Salinan sijil kursus kahwin (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
4 Keputusan HIV
5 Salinan borang 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
6 Surat pengesahan mastautin pemohon dari penghulu/ ketua kampung/ nazir masjid/ 
pengerusi JKKK, pengerusi J/K penduduk taman perumahan/
7 Borang kelulusan berkahwin lelaki.
8 Surat nikah ibu bapa (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
9 Surat wakalah (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
10 Surat akuan kematian (bapa)
11 Surat atau kad islam. (Jika pemohon Saudara Baru)
12 SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
13 SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
14 SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing)

Kawan-kawan, minta tolong doakan saya bahagia dunia akhirat bersama suami, anak, ibu dan ayah tercinta ya.

Terima kasih sebab sudi baca.

Ahad, 18 Disember 2016

Senarai persiapan sebulan sebelum pernikahan dan majlis kenduri kahwin

  1. Hias hantaran (done)
  2. Siapkan thesis
  3. Tulis alamat kad kahwin (done)
  4. Pos kad kahwin (done)
  5. Final fitting baju untuk belah perempuan dan lelaki
  6. Food testing (done)
  7. Mohon nikah online (done)
  8. Cari homestay untuk pihak lelaki dan keluarga pihak perempuan (done)
  9. Pertandingan 3mt (done)

Ahad, 20 November 2016

Perkara Yang Perlu Disiapkan 2 Bulan Sebelum Berkahwin

1.Siapkan thesis (ongoing)
2.Isi borang nikah online (done)
3.Cari tok kadi (done)
4.Lipat paperbox untuk doorgift (done)
5.Hias hantaran (done)
6.Cari baju baru untuk sanding belah perempuan (done)
7.Tulis nama atas kad kahwin. (done)


Rabu, 9 November 2016

Bakal Pengantin Baru : Pelembap Muka DIY

Assalamualaikum pembaca sekalian, nak tau tak macam nak buat pelembap muka sendiri. Satu bahan je. Tak letak bahan kimia yang bahaya. Semula jadi. Bahannya ialah aloe vera atau nama Melayunya adalah lidah buaya. Liday buaya ni banyak kegunaan. Boleh makan dan buat minuman. Boleh sapu dekat rambut dan yang Dian buat adalah gunakan lidah buaya untuk jadi pelembap muka. Cara-caranya adalah seperti berikut;

  1. Potong lidah buaya kecil-kecil.
  2. Buang satu lapisan kulit lidah buaya. Mana-mana belah pon tak pe.
  3. Buang getah lidah buaya. Getah ni beracun.
  4. Gel yang melekat di lidah buaya tu, kita sapukan dekat muka.
  5. Boleh dipakai semalaman atau basuh selepas kering.
Senang tak? Murah pon murah. Try la. 

Macam biasa, kalau rasa post ni berguna, doakan Dian menjadi rupawan yang menyejukkan mata
kepada yang memandang. Dan dimurahkan rezeki Dunia dan Akhirat. Assalamualaikum.


Doa Solat Sunat Dhuha


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

[1]"SOLAT SUNAT DHUHA", Masjidwilayah.gov.my, 2016. [Online]. Available: http://masjidwilayah.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=272:solat-sunat-dhuha&catid=55:ilmiah&Itemid=132. [Accessed: 09- Nov- 2016].

Bakal Pengantin Baru : DIY Body Scrub

Assalamualaikum semua. Memandang Dian adalah bakal pengantin baru, Dian nak start engine untuk membuat penjagaan badan. Dian rasanya tak pergi ke spa tapi buat spa sendiri dekat rumah saja. Tadi Dian buat skrub badan. Bahan-bahan dia senang je. InsyaAllah mesti ada dekat rumah. Tak perlu pergi kedai pon. Skrub badan ni Dian panggil, skrub badan kopi susu. Sebabnya, bila Dian campur semua bahan-bahan, bau dia macam kopi susu. Rasa macam nak makan pon ada tapi tak boleh sebab ada campuran losyen badan dalam tu. Ok, bahan-bahan dia adalah

  1. Gula
  2. Garam
  3. Baking soda
  4. Serbuk kopi
  5. Losyen badan untuk badan sensitif (sebab kulit Dian sensitif, kalau anda ada kulit yang biasa, gunakan losyen yang selalu anda pakai).
  6. Minyak (optional, Dian tak letak)
Cara-caranya
  1. Campurkan gula, garam, baking soda dan serbuk kopi. Ikut suka anda banyak mana anda nak letak. Dian letak dalam 4 sudu gula,2 sudu kecil garam,1 sudu kecil baking soda, dan 1 sudu kecil serbuk kopi. Kacau hingga sebati.
  2. Lepas dah sebati, campurkan losyen badan dan minyak. Losyen badan letak dalam 8 sudu besar. Minyak kelapa/zaitun dalam 3 sudu besar.
  3. Kacau hingga sebati. Jangan terlalu pekat nanti susah nak gosok dekat badan.
Jumlah bahan-bahan agak-agak je tau. Tak perlu ikut Dian sebab Dian tak ingat pon berapa banyak letak. Hihi. 

Bila dah buat skrub ni, gosok lah dekat badan seminggu sekali. Jangan hari-hari. Syok tau guna scrub ni, lepas dah basuh tu, rasa sejuk dan bersih je. Kulit pon licin je macam sutera. Kalau anda rasa post ni berguna, doakan Dian ya menjadi penghuni syurga Allah dan dimurahkan rezeki dunia akhirat.


Khamis, 3 November 2016

Cabaran Kurus 3 Bulan Sebelum Hari Pernikahan

Assalamualaikum girls, hari ni tepat 90 hari atau 3 bulan sebelum hari pernikahan. Memandang Dian ni chubby sedikit, kenalah exercise untuk kurus. Baju pengantin dekat Bridal tak muat. Huhuhu. Jadi ini adalah list yang Dian tengah buat untuk mencapai berat badan ideal.


  1. Aerobic hampir tiap hari. Yup Dian cari video dekat youtube untuk cardio aerobic. Dalam pukul 5 Dian akan exercise. InsyaAllah. Banyak video yang best-best untuk workout. Cuba cari. Dian guna yang Bipasha Vanu punya video Unleash. Seriously lepas exercise, muka merah-merah.
  2. Dian makan nasi lebih kurang satu senduk nasi sahaja. Mula-mula memang rasa tak cukup, tapi lama-lama rasa satu senduk tu dah mencukupi. Tapi kalau rasa lapar, Dian akan tambah setengah senduk lagi. 
  3. Makan banyak sayur dengan ulam. Sekarang ni Dian lebih banyak makan ulam dari sayur. 
  4. Minum jamu resepi sendiri. Dian buat jamu sendiri guna kunyit, asam jawa,lemon dengan halia. Hampir tiap hari makan tapi Dian cuba kurangkan sebab panas.Nanti nak try jamu resepi untuk kuruskan badan pula. 
  5. Kurangkan gula. Dian memang dari dulu akan minum koko dengan satu sudu kecil gula. Dian tak tambah susu pekat. Dian cuba elakkan susu pekat sebab susu pekat ni lah menggemukkan. 
Itu saja yang Dian usahakan. Moga-moga exercise cardio Dian akan membuahkan hasil. Tak lama lagi nak fitting baju. Pembaca, doakan Dian ya supaya Dian boleh mencapai berat badan ideal tak lama lagi. :)


Khamis, 27 Oktober 2016

Wedding Checklist







  • Credit to www.theperfectweddingguide.com/bride_list.html
  • 12 or More Months Before
    • Determine potential dates and times for your wedding.
    • Decide on the size, formality and setting of your wedding.
    • Create a wedding and engagement budget.
    • Reserve the locations for your wedding and reception.
    • Meet with and book your wedding officiant or clergy.
    • Choose your wedding party and confirm the participants.
    • Choose your wedding rings.
    • Draw up an initial guest list.
    • Organize your engagement party.
  • 9–12 Months Before
  • 6–9 Months Before
  • 3–6 Months Before
  • 2 Months Before
  • 1 Month Before
  • 2 Weeks Before
  • 1 Week Before.
    • Confirm accommodation reservations.
    • Pick up the attire for the groomsmen.
    • Confirm the final numbers with the caterer.
    • Deliver your marriage licence to the officiant.
    • Choose someone to hand out the bombonieres or wedding favours.
    • Choose someone to return any rented items after the wedding.
    • Write any cheques required for the wedding day.
  • On the Day
    • Give the best man any cheques that need to be given out that day.
    • Present the attendants and parents with their gifts.
    • Relax and enjoy your special day!
  • After the Wedding
    • Send thank-you letters to suppliers and attendants.

  • Isnin, 24 Oktober 2016

    100 HARI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN

    Assalamualaikum. Nampak tak tajuk dekat atas ni. Semua huruf besar. Excited! Takut!Happy! Tak sabar! Sedih pon ada. Nervous pon ada. Macam-macam perasaan. Ye la, excited sebab nak kahwin, takut nak melompat ke dunia baru, happy sebab dapat pasangan halal, tak sabar, nervous sebab 100 hari lagi, semua persiapan kena siap termasuklah master degree. Nampak tak. 100 hari untuk tamatkan zaman bujang dan pada masa sama buat journal,buat perbentangan dekat dua international conference, siapkan thesis, prepare viva, dan at the same time kuruskan badan yang tak berapa kurus ni. Banyak benda nak diselesaikan. Seriously stressful. Tapi alhamdulillah jugak sebab Dian ambil pakej lengkap. Tinggal bawak badan je tapi tu lah tetap banyak juga nak diselesaikan.

    Dian dah buat fitting baju untuk majlis bertandang sebelah lelaki. Unfortunately, baju tak muat. Saiz baju pengantin sebesar kerengga (just joking). Seriously kecik sangat baju dia. Sedih jugak lah. Sebab saiz kita ni susah nak cari. Bukan plus size, medium size ataupon petite. Size 0 lagi la tak. Haha. Kita ni saiz petite campur medium. Susah nak cari baju pengantin macam ni. Disebabkan tu, Dian pon pergilah ke butik Adam Daniyal dekat Putrajaya. Ingatkan ada lah baju yang boleh muat tapi tak ada jugak. In fact lagi kecik. Diorang ni kurus atau pakai ketat yang amat seboleh-bolehnya. Haha. Macam mana korang bernafas time kenduri. Adoi lah. Haha. Jadi Dian terpaksa mengambil keputusan untuk tempah baju custom made. Nak buat macam mana. Kalau boleh nak sewa yang RTW je. Tapi apakan daya. Doakan rezeki Dian bertambah untuk cover balik kos nak buat baju custom made ni. Huhuhu. Nasib baik lah (Alhamdulillah) buat fitting awal-awal. At least ada masa nak buat baju baru. Ni ada B2B yang 2 minggu lagi nak kahwin baru nak fitting.

    Fitting baju belah Dian pulak next month. Harap-harap ada la baju yang cantik muat di badan. Tak nak lah yang ketat sangat. Dian nak masa kenduri, Dian boleh enjoy dan bernafas dengan lega. Kalau baju tak ada, harap ada masa lagi nak buat baju baru. Doakan Dian.

    Kad kahwin pulak tengah buat. Dian ambil 4 buntings. Buntings ni kena buat sebab dekat tempat perkahwinan nanti ada 3 kenduri yang berlainan. Takut nanti orang tersalah masuk dewan. Haha. Jadi, memang kena buat bunting untuk bagi tanda kepada tetamu. Bunting ni pulak boleh recycle balik untuk kenduri belah lelaki.

    Ok lah. Macam mana lah 100 hari ku yang mendatang ni. Harap Dian dapat bertabah dan urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. Please,please doakan ya. Full time student & Full time B2B.


    Rabu, 19 Oktober 2016

    Perkara Yang Perlu Diselesaikan 4 Bulan Sebelum Nikah


    1. Beli hantaran pihak lelaki yang belum dibeli (Jam & Perfume) (done)
    2. Buat kad kahwin (done)
    3. Booking doorgift (done)
    4. Survey baju pengantin pihak perempuan. (November fitting baju terus InsyaAllah).(done)
    5. Survey baju pengantin pihak lelaki (Done, baju yang sedia ada di kedai tak ada saiz untuk chubby + petite, jadi terpaksa buat baju custom made).
    6. Isi borang nikah dan sediakan segala sijil untuk nikah. (done)
    7. Cari tok kadi.(done)
    8. Hias hantaran. (done)
    9. Kemas bilik pengantin (90% done)









    Rabu, 12 Oktober 2016

    Cara Cari Sumber Rujukan atau References Journal dan Conference Proceedings Untuk Final Year Project (FYP)/Master/PhD

    Assalamualaikum semua. Mesti tengah cari cara nak buat fyp kan? Tak tahu macam mana nak buat? Nak kena tulis untuk literature review? Meh saya tunjukkan cara nak cari sumber rujukan untuk thesis. Sumber rujukan ni sangat penting untuk kita validatekan fakta yang kita nak tulis. Kalau anda tulis fakta tanpa reference anda dikira plagiat hasil orang lain. Walaupun fakta yang anda tulis tu sangat simple dan general, anda mesti ada reference!

    Dekat internet ni penuh dengan sumber rujukan yang saintifik. InsyaAllah. Bawah ni adalah senarai rujukan untuk buat fyp/master/phd.

    1. ScienceDirect (Elsevier) Website ini adalah website kegemaran saya sebab journals dan proceedings yang ada senang untuk difahami, sangat berinformasi, sangat luas bidang yang disediakan.
    2. IEEE atau nama penuhnya Institute of Electrical and Electronics Engineers. Untuk pelajar kejuruteraan, bolehlah guna sumber ni. Dia punya journal dan proceedings pun dah berjuta. 
    3. ACM Digital Library
    4. Scopus
    5. Springer
    6. Taylor & Francis
    7. Wiley Online Library
    Tips
    1. Anda boleh cari journal dan proceedings dengan menggunakan google scholar. Google scholar adalah enjin carian untuk buku,journal dan proceedings yang saintifik.
    2. Gunakan kemudahan dari universiti anda untuk download artikel yang berbayar. Hampir semua journal dan proceedings perlu dibeli untuk download. Jadi, jangan beli. Gunakan hak anda sebagai pelajar untuk download secara percuma. Anda boleh tanya pustakawan universiti untuk database yang dah disubscribe oleh universiti anda. 
    3. Lagi banyak rujukan yang anda guna, lebih bagus kualiti thesis anda. Sebab rujukan membuktikan hasil anda adalah tepat dan bukan syok sendiri. Hehe
    4. Cara untuk download rujukan dengan percuma adalah dengan masuk ke website library universiti anda dan login guna id dan password anda. Kalau uitm punya website untuk cari rujukan adalah EzAccess. 
    Tu saja yang saya dapat kongsikan. Selamat berfyp! Doakan saya dimurahkan rezeki dunia dan akhirat. 

    Ahad, 2 Oktober 2016

    Bajet Kahwin 5 Ribu?

    Assalamualaikum. Sekarang ni asyik duk dengar ja orang menghebohkan perkahwinan dia lah yang paling murah, simple, zuhud. Pelik jugak. Sebab Dian pon nak kahwin simple, tapi dah habis simple still tak boleh faham yang majlis kahwin bajet 5k. Dian pon research la macam mana diorang boleh buat majlis sebegitu murah. Mana taknya, semua dapat sponsor dan ehsan orang. Rezeki mereka. Alhamdulillah. Tapi tak perlu lah nak heboh macam mana korang boleh belanja sedikit untuk majlis kahwin. Sebabnya, orang yang tak berpengalaman dan tak ada orang nak sponsor barang ni rasa terkejut bila diorg semak balik perbelanjaan majlis simple yang diidamkan macam yang war-warkan dalam facebook. Mari Dian senaraikan cara buat majlis simple yang dihebohkan dalam facebook.


    1. Majlis kenduri makan-makan parents sponsor. So, mereka sembunyikan kos ni. Mereka tak tulis kos kenduri mereka. Kalau catering dekat KL dan Selangor ni tahun 2016 paling murah RM9/pax. Kalau jemput 500 tetamu, dah RM4500. Eh, kalau bajet kahwin 5K. Tinggal lagi 500 untuk perbelanjaan lain. 
    2. Barang hantaran mak cik,pakcik,kakak, adik,abang, parents sponsor. Kalau diorang kira semua kos yang dibelanjakan orang yang sponsor mereka, paling minima, bagi Dian RM100, kalau bagi barang murah macam berus gigi (viral 2 minggu lepas hantaran berus gigi dengan ubat gigi),selipar jepun, etc.  Eh, kalau dah RM100, tinggal lagi RM400. Ni kalau korang tak kesian kat maruah husband or wife korang lah. Nabi Muhammad pon bagi barang mewah dekat isteri-isteri baginda. Kita yang manusia biasa ni nak melebih-lebih zuhudnya.Ustaz masa kursus kahwin yang bagi tahu. Boleh check ya hadis ni dekat ustaz masing-masing mengenai mahar isteri-isteri Nabi Muhammad. 
    3. Kalau korang buat gotong-royong kenduri dan tak gunakan catering, kenapa tak senaraikan semua perbelanjaan makanan. Kalau masak ayam masak merah, senaraikan semua kos bahan-bahan yang dah dibelanja.  Kamu tak belanja tapi duit orang lain juga yang kamu guna. Ini semua dah entahlah maybe 2/3K? 
    4. Baju pinjam orang lain punya. Em okay lah kalau badan korang ni jenis one size fits all. Kalau yang jenis kecik atau besar, macam mana nak pinjam orang kan? So, kena beli baju atau sewa. 
    5. Tak bagi tahu kos sebenar perabot bilik untuk pengantin baru. Kalau jenis dah ada kakak/abang yang dah kahwin, boleh lah guna yang dah ada. Bayangkan untuk anak sulung atau anak tunggal ni. Kena beli katil baru, jadi kos beli katil queen dah paling minima bagi Dian dah RM500. Tambah nak beli tilam saiz Queen. Tambah bantal. Tambah cadar. 
    6. Selalunya mereka yang hebohkan bajet kahwin murah ni tak senaraikan kos pergi kursus kahwin, upah kahwin,etc. Kursus kahwin dah RM80 tambah yang lain-lain dah berapa.
    Eh. Okay. So bila kita baca something, kita kena fikir betul ke apa yang mereka tulis atau sekadar nak viral? 

    Sabtu, 1 Oktober 2016

    Kos Tersembunyi Majlis Kahwin

    Assalamualaikum semua, malam ni Dian nak cerita mengenai kos tersembunyi majlis kahwin. Dian cerita benda ni sebab Dian dah spend banyak untuk majlis kahwin. Jadi Dian nak bagi tahu pengalaman Dian supaya awak bersedia untuk majlis kahwin. Jadi, bawah ni adalah list hidden cost majlis kahwin.

    1. Kos sewa dan hias dulang hantaran. Ini adalah hidden cost yang orang tak cerita sangat. Orang akan lepas pandang benda ni padahal ini adalah perkara penting juga la sebab kebanyakan orang memang akan bagi dulang hantaran. Kos untuk sewa dulang dan hias yang exclusive adalah RM45 sedulang. Jadi kalau anda nak bagi 5 dulang, jumlah kos adalah RM225. Tapi kalau anda nak hias sendiri lagi jimat tapi perlukan perbelanjaan juga la. Sebab andai anda beli dulang RM11, bila anda nak bagi 5 dulang, total dah RM55. Dan akan ada kos untuk beli bunga-bunga dan reben untuk hias tiap satu dulang.

    2.Kos hias dan kemaskan bilik pengantin. Bilik pengantin pon kena ada. Kalau anda mampu, biasanya anda akan cat balik bilik, tukar perabot single jadi double, beli tilam double, bantal baru, cadar baru, langsir baru, dan hiasan sedikit. Jadi anggaran kos tersembunyi dalam ni adalah macam bawah ni.

    Wallpaper murah = RM19.90 x 6gulung = RM119.40
    Cadar = RM 300
    Langsir = RM300
    Bantal =RM 70
    Set perabot= RM2500
    Total = RM3,289.40

    Ni adalah kos untuk yang sederhana mampu ya. Kalau anda tak ada bajet macam ni, anda tak perlu lah cat atau letak wallpaper baru, atau guna cadar lama saja, dan langsir yang dah ada. Cukup sekadar bilik bersih dan kemas untuk sambut ahli keluarga baru.

    3.Kos kursus kahwin. Yup kos ni lebih kurang RM80. Ada juga yang RM120. Ikut yang mana anda pilih.

    4.Kos berinai. Dian tak sampai proses ni lagi tapi bagi Dian, Dian prefer buat inai biasa je. So guna inai daun yang ditumbuk. Tak upah orang. InsyaAllah.

    5. Kos upah kahwin. Kos upah jurunikah Selangor adalah RM160. RM100 untuk jurunikah, RM20 untuk pendaftaran perkahwinan, dan RM40 untuk dua orang saksi.

    6.Kos daftar perkahwinan di JAIS.

    7.Kos kad nikah JAIS RM40 untuk sepasang suami isteri,

    8.Kos sarapan dan makan malam untuk family di homestay.

    Itu saja yang Dian dapat fikirkan. Apa kos tersembunyi majlis anda?

    Jumaat, 30 September 2016

    Cara Cari Kerja Guna LinkedIn

    Assalamualaikum semua. Pernah dengar tak laman social LinkedIn? LinkedIn ni tak sefamous facebook tapi fungsinya lebih kurang. Facebook kita guna untuk cari kawan lama, pos gambar,video. Facebook ni lebih kurang untuk hiburan la dan business. LinkedIn pulak adalah social media untuk professionals. LinkedIn ni untuk kita cari kerja, showcase pengalaman kita, apa projek kita buat dan sebar kerja kosong. LinkedIn tempat kita jadi professional. So macam mana nak cari kerja guna LinkedIn?


    1. Daftar untuk LinkedIn. Gunakan email professional. Janganlah guna email boyluvgirl@yahoo.com. Jangan sebab nanti recruiter akan tengok dan reject anda sebab anda menunjukkan diri anda tak matang. Gunakan email menggunakan nama penuh. Contoh : jamesahmad@gmail.com Nampak professional..
    2. Lepas dah daftar, lengkapkan profile anda. Penting sangat sebab profile anda umpama resume/CV anda yang kedua. Gunakan gambar yang professional. Saya lebih sarankan anda ambil gambar professional dekat studio. Elakkan guna gambar pergi makan, atau kahwin. Orang selalu guna gambar passport tapi nampak macam budak-budak baru nak cari kerja. 
    3. Lengkapkan bahagian pengalaman kerja dengan selengkapnya. Ni penting. Tulis semua pengalaman kerja anda termasuk masa kerja time cuti semester. Tak kisahlah anda kerja sebagai sales promoter ke, cashier ke. Letak je. Sebab ini menunjukkan anda seorang yang bekerja keras dan mempunyai pengalaman kerja. Tulis apa yang anda buat contohnya tulis responsibilities anda. 
    4. Tulis pengalaman anda membuat kerja sukarelawan, dan semua bahagian yang lain. Makin lengkap profile anda, makin besar peluang anda untuk dapat kerja. InsyaAllah.
    5. Lepas dah lengkapkan profile, add kawan-kawan universiti, matriks, sekolah rendah,sekolah menengah. Sebab makin ramai networking anda, makin banyak informasi kerja kosong yang anda dapat.
    6. Sebaiknya connection anda melebihi 50. Sebab bila lebih 50 connections, anda akan dapat level all-star oleh LinkedIn. Bila anda berada di level All-Star, profile anda akan melonjak ke atas dalam carian google atau dalam LinkedIn sendiri.
    7. Finally, anda boleh cari kerja dengan menggunakan tab job dalam LinkedIn. LinkedIn akan suggest kerja yang sesuai untuk anda tapi anda boleh cari dengan tulis dalam search box dan pilih job search.
    Tips Cari Kerja Guna LinkedIn
    1. Add budak-budak baru graduate atau profile yang tulis seeking new job atau seeking new oppurtunities. Bila anda add mereka, selalunya akan muncul pos-pos dari orang yang cari kerja. Selalunya HR akan pos kerja kosong dalam status mereka, dan budak-budak baru graduate selalu akan like status mereka. Di sini kita boleh ambil peluang untuk cari kerja.
    2. Add HR syarikat-syarikat yang anda nak kerja. Anda boleh search HR dalam kotak carian.
    3. Add recruiters. Recruiters ni selalunya akan ambil resume anda, dan sekiranya mereka berminat dengan anda, mereka akan hubungi anda. 
    Itu saja yang saya boleh share. Jom lah buat LinkedIn. Sangat bermanfaat untuk pencari kerja dan bila dah bekerja anda boleh share pengalaman kerja anda. 

    Khamis, 29 September 2016

    Cara Buat Akuan Bersumpah Untuk Surirumah

    Assalamualaikum. Hi. Dian nak share macam mana nak buat akuan bersumpah untuk membuktikan yang mak atau anda sendiri tidak bekerja, tidak mempunyai pendapatan dan surirumah sepenuh masa. Akuan bersumpah ni adalah untuk anak mohon biasiswa biasanya.


    1. Cari pesuruhjaya sumpah berdekatan. Dalam bahasa inggerisnya commissioner. 
    2. Beritahu pesuruhjaya sumpah berkenaan yang anda nak buat akuan bersumpah untuk surirumah.
    3. Dia akan bagi borang untuk diisikan. Anda tulis nama dan bagi dia cop. 
    4. Selepas dia cop, anda dikenakan bayaran sedikit. Macam dekat pesuruhjaya sumpah dekat Puchong ni dia caj RM5 je. Kalau nak buat, buat kat dia.
    5. Itu saja caranya. Senang. 

    Isnin, 26 September 2016

    Cara Buat HIV Test Untuk Perkahwinan/Pernikahan 2016

    Assalamualaikum semua. Dian baru je habis buat HIV test untuk perkahwinan. Nervous jugak lah sebab nak kena cucuk jari. Kalau semua nak tahu, keputusan HIV test hanya boleh digunakan 6 bulan sahaja. Jadi selepas 6 bulan, anda kena buat balik HIV test kalau nak menikah. So jangan cepat sangat buat HIV test ya.

    1. Cari klinik kesihatan kerajaan terdekat. Anda boleh guna google map untuk cari yang paling dekat. Dian pergi dekat Klinik Kesihatan Taman Medan. Klinik ni dekat taman perumahan. Dian sampai pukul 10.00 ingat kan tak ramai. Rupanya ramai sangat manusia dekat situ. Pagi-pagi weekdays ramai macam dekat hospital. Dian beratur ambil nombor. Bagi tahu dekat staff dekat situ yang anda nak buat HIV test untuk perkahwinan. Nanti dia bagi borang-borang untuk diisikan.
    2. Isikan borang dan letak dalam bakul kaunter. Tunggu nama anda dipanggil.
    3. Lepas dipanggil, bayar RM1 dekat staff dan tunggu sampai nombor anda dipanggil.
    4. Nanti nurse/doktor/pegawai kesihatan tu akan cucuk jari dengan jarum kecil dan picit sampai darah keluar. Lepas darah keluar, darah akan dimasuk dekat test kit. 
    5. Kemudian, anda tunggu diluar untuk dapatkan keputusan. InsyaAllah kalau HIV negatif, borang pink akan dikembalikan. Borang tu simpan dalam fail untuk proses akad nikah.
    6. Kalau anda nak buat test di Klinik Kesihatan Taman Medan, waktu untuk HIV test adalah pada pukul 10 sampai 12 tengah hari dan pada pukul 2 sampai 4. Tak perlu buat appointment (26/9/2016). Just walk in. 
    7. Disarankan untuk pergi awal sebab nak menunggu nama dipanggil memang lama sebab ramai orang. 
    Sekarang Dian dah habis buat HIV test. Next kena hias hantaran, tempah kad kahwin dan doorgift. Doakan Dian. :)


    Khamis, 22 September 2016

    Cara Pasang Wallpaper Jenis Sticker

    Assalamualaikum pembaca sekalian. Ha... mesti tengah cari cara nak pasang wallpaper jenis sticker. Dian baru-baru ni pasang wallpaper dekat bakal bilik pengantin. Dian mulanya tak nak guna cat sebab memenatkan. Maka Dian pergilah mencari wallpaper murah. Dian ambil yang murah sebab banyak lagi perbelanjaan yang perlu dibuat untuk majlis perkahwinan nanti. Dian beli dekat Kaison,Paradigm Mall, Kelana Jaya. Murah sangat dan berkualiti. Harganya RM19.90 untuk segulung wallpaper. Dian beli tiga gulung untuk feature wall, sebelah dinding je. Dinding lain, Dian nak pasang wallpaper plain, rancang je lah. Ok jom kita tengok cara nak pasang wallpaper.


    1. Sebelum nak pasang wallpaper, kosongkan bilik. Ni penting supaya kita bilik kita ada ruang cukup untuk bergerak bila nak pasang wallpaper. 
    2. Bila dah kosongkan, bersihkan habuk. Segala habuk yang tersembunyi.Ni penting juga supaya bila kita pasang wallpaper, habuk tak melekat pada sticker. Bila habuk melekat dekat wallpaper, wallpaper susah nak lekat dekat dinding. Bersihkan habuk bawah katil, belakang almari, dalam almari dan segala celah-celah lah.
    3. Lepas dan bersihkan habuk, disarankan dinding anda dibersihkan menggunakan campuran air dan cuka. Guna roller cat dan rendam dalam campuran air tersebut dan bersihkan dinding. Lepas dan cuci, keringkan. Dian tak buat step ni. Tapi ini adalah cara yang sebaiknya.
    4. Lepas habuk dah tak ada, buang segala skru dan paku pada dinding. Penting supaya wallpaper tak koyak bila kita lekat. 
    5. Lepas buang paku, buang batu-batu didinding. Kikis supaya nanti tak tersembul bila letak wallpaper.
    6. Barulah kita boleh pasang wallpaper. Dan pastikan cat dinding kita bukan cat minyak! Kalau cat minyak,wallpaper susah nak melekat.
    7. Sebelum pasang wallpaper, pastikan ukur kelebaran dan ketinggian bilik. Cara nak ukur kita baca step 8.
    8. Gunakan pita pengukur, ukur lebar dan ketinggian. Darab tinggi dan lebar. Jumlahlah semua keluasan dinding.
    9. Satu gulung wallpaper selalunya 10m kali 0.45m. So, untuk dapatkan jumlah gulung, anda kena buat kiraan ini. Keluasan bilik bahagi dengan keluasan satu gulung wallpaper. Kalau jawapan dia dalam 3.3 gulung, anda kena round up jadi 4 gulung. Lebihkan jumlah gulung sebab kita takut tak cukup. 
    10. Dah beli wallpaper, sediakan pisau,gunting dan pembaris panjang.  Semua peralatan ni penting untuk betulkan kedudukan wallpaper.
    11. Sediakan tangga mudah alih. Dan pasang wallpaper straightly.Sambil tarik kertas, ratakan wallpaper dengan tangan untuk buang gelembung udara. Dah sampai kebawah, gunting straightly supaya bila nak pasang untuk section seterusnya, anda tak payah nak gunting balik untuk betulkan. 
    12. Disarankan jangan beli corak yang susah. Corak yang susah ialah corak berbunga besar. Sebab anda kena betulkan corak pada wallpaper. Tak boleh senget sikitpon sebab nanti corak lari.
    13. Itu saja yang Dian dapat kongsikan. Selamat memasang wallpaper ya. :) 

    Cara Daftar Mengundi September 2016

    Assalamualaikum semua. Dengar ura-ura kata kalau nak mengundi tahun 2017, kena daftar undi sebelum 30 September ni. Bagi yang tak daftar lagi, ni lah masa nya. Dian pon tak daftar lagi mengundi. Muda la. Haha. Jadi bila dah capai umur bertanggungjawab ni maka Dian pon pergi mendaftar. Dian InsyaAllah nak mengundi demi Islam di Negara Tumpah Darah ku Malaysia ni. Tanah Melayu tercinta. Jadi mari kita tengok macam mana nak daftar mengundi.Dian daftar mengundi di pejabat pos. Jadi, Dian cerita untuk pejabat pos je lah.

    1. Cari pejabat pos terdekat. Pastikan pergi pada awal pagi untuk mengelakkan tunggu lama di sana. Dian pergi pukul 8.30, tu pon kena tunggu 15 minit jugak lah sebab ramai nak buat urusan di pejabat pos.
    2. Bawa IC! Jangan lupa. Ambil nombor giliran. Macam dekat pos kinrara, tekan B untuk nombor giliran daftar mengundi.
    3.Tunggu nombor giliran dan lepas dipanggil, anda akan diminta IC dan no telefon.
    4. Dapatkan resit/slip daftar mengundi. Itu saja. Senang dan ringkas.

    Jom lah daftar mengundi saudaraku! Kita bertanggungjawab dengan Tanah Melayu kita. Jangan sampai Tanah Melayu dijajah semula.InsyaAllah tak. Kita doakan. Aamiin.

    Sabtu, 17 September 2016

    Mengemas Bilik Pengantin

          Memandangkan lagi 4 bulan nak kahwin, banyaklah benda yang perlu diselesaikan. Antara perkara yang paling besar ialah bilik pengantin. Objektif bilik pengantin adalah menyambut dan meraikan menantu baru dan ahli keluarga baru. Dian tak gunakan khidmat wedding planner untuk bilik pengantin sebab Dian tak suka sangat bunga-bunga sarat dan kain berenda-renda dalam bilik tidur. Bukan tak suka sangat lah cuma Dian rasa membazir hanya untuk bergambar je. Jadi Dian decide untuk hias sendiri. Bagi nampak cantik mata memandang dan praktikal.

    Tips Dian untuk menghias bilik pengantin buat masa sekarang ialah ;

    1. Kosongkan almari. Simpan baju-baju dalam bakul dan letak luar bilik.Ini adalah untuk menyenangkan kerja pengalihan almari. 
    2. Sambil keluarkan baju-baju, asingkan baju yang nak diderma. 
    3. Lepas dah keluarkan baju, keluarkan buku-buku. Asingkan buku-buku zaman sekolah dan derma kepada yang memerlukan.
    4. Bila almari dan meja dah kosong, bersihkan segala habuk yang ada. Vacuum belakang almari dan dalam laci. Lap almari dari habuk. Lap meja.
    5. Bersihkan habuk dari kipas. Lap tingkap bersih-bersih. 
    6. Dah bersih, baru mula mengecat atau letak wallpaper. 
    7. Dah cat atau letak wallpaper, baru boleh beli cadar untuk match warna-warna semua.Ataupun beli wallpaper dan cadar serentak. 
    Setakat tu lah yang Dian dah buat. Kalau tak perlu cat, tak payah lah. Cuma bilik Dian dah penuh tompok-tompok sebab tu kena buat something dengan dinding. Oh ya. Dian ada dengar jugak orang kata tak payah la bilik pengantin, Membazir je. Kalau rasa membazir, jangan lah sampai tak bersihkan atau kemaskan bilik. At least, kalau dah ada bilik, bersihkan dan lapangkan. Tak perlu hias renda-renda pon tak pa. Asalkan bilik sejuk mata memandang dan wangi. Ok? 



    Ahad, 11 September 2016

    Cara Baiki Air Conditioner Bocor/Air Menitik

    Assalamualaikum semua. Sebenarnya dah lama air cond bilik adik bocor. Bocor dia teruk sangat. Teruk mcm buka air paip. Sampai boleh penuh satu baldi. Memang pelik mulanya. Dian pulak nak start pasang wallpaper dalam bilik. Jadi kalau tak baiki air cond, rosak la wallpaper kena air. Dian malas nak call orang baiki sebab sekarang ni service mahal tak masuk akal. Kecuali dekat orang yang ikhlas nak tolong lah. So Dian ambil keputusan untuk baiki sendiri air cond yang rosak. Dian tengok video ni.
    Oh... rupanya air cond bocor sebab paip dalam air cond ni tersumbat. Air cond sumbat sebab habuk dan fungus yang terkumpul dalam paip tu. Cara nak baiki ialah dengan buang air dalam paip dan gunakan vacuum cleaner untuk sedut habuk dalam paip. Bila vacuum sedut habuk, ada bunyi 'plop!' bila habuk bergerak. Dah clear paip, pasang balik air cond macam biasa. Lepas dah baiki, air cond tak bocor dah. So, try la cara ni. InsyaAllah berkesan.

    Sabtu, 3 September 2016

    Borang dan Dokumen Kebenaran Berkahwin atau Bernikah

    Kebenaran Berkahwin Bagi Lelaki

    a. Kad Pengenalan pemohon dan salinan yang telah disahkan;
    b. Sijil Kursus Praperkahwinan MBKPI dan salinan yang telah disahkan;
    c. Surat pengesahan bujang yang dikeluarkan oleh majikan pemohon atau surat akuan sumpah bujang yang mempunyai tempoh sahlaku tiga (3) bulan sekiranya pemohon tidak mempunyai majikan;
    d. Surat perakuan Cerai (jika duda);
    e. Salinan sijil kematian isteri yang telah disahkan berserta Surat Nikah/Sijil Perakuan Nikah pasangan (jika berkaitan);
    f. Surat akuan pemastautin bagi pemohon yang berlainan alamat dalam kad pengenalan oleh Imam Kariah/Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Taman Perumahan (jika berkaitan);
    g. Surat/Kad Perakuan Memeluk Islam jika status agama dalam Mykad belum ditukar kepada Agama Islam (jika berkaitan);
    h. Surat Kebenaran Berkahwin daripada majikan jika anggota Polis dan Tentera; 
    i. Pasport dan salinan yang disahkan serta surat daripada Kedutaan (jika warganegara asing);
    j. Melampirkan Borang Permohonan Pengesahan Pas bagi tujuan perkahwinan yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (jika warganegara asing); 
    k. Surat pengesahan dokumen daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi penduduk tetap dan pemastautin sementara;
    l. Surat kebanaran berkahwin dari Mahkamah Syariah (jika kes poligami dan bawah umur);
    m. Pengesahan daripada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’;
    n. Laporan ujian saringan HIV pemohon. Laporan ini hanya sah laku dalam tempoh seratus lapan puluh (180) hari dari tarikh ujian dijalankan (bagi negeri-negeri yang berkaitan);
    Panduan Pengurusan Nikah di Malaysia28

    Kebenaran Berkahwin Bagi Perempuan

    a.  Kad pengenalan pemohon dan salinan yang telah disahkan;
    b. Sijil Kursus Praperkahwinan MBKPI dan salinan yang telah disahkan;
    c. Salinan kad pengenalan wali dan dua (2) orang saksi yang telah disahkan;
    d. Surat Kebenaran Berkahwin pihak lelaki yang telah dikeluarkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ bagi daerah/negeri di mana dia bermastautin (jika berlainan daerah/ negeri);
    e. Salinan Surat Nikah/Surat Perakuan Nikah ibu bapa telah disahkan dan Sijil Kelahiran pemohon yang telah disahkan (jika bapa menjadi wali) atau Salinan Sijil Kelahiran abang pertama yang telah disahkan dan Sijil Kelahiran pemohon yang telah disahkan (jika abang pertama menjadi wali);
    f. Salinan Surat Perakuan Mati wali yang telah disahkan (jika berkaitan);
    g. Surat Perakuan Cerai (jika janda);
    h. Salinan Surat Perakuan Mati suami yang telah disahkan berserta Surat Nikah/ Surat Perakuan Nikah pasangan (jika berkaitan);
    i. Perintah Anggapan Mati (jika berkaitan);
    j. Surat akuan pemastautin bagi pemohon yang berlainan alamat dalam kad pengenalan oleh Imam Kariah/Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Taman Perumahan (jika berkaitan);
    k. Surat/Kad Perakuan Memeluk Islam jika status agama dalam 
    Prinsip Asas Munakahat 29
    Mykad belum ditukar kepada Agama Islam (jika berkaitan);
    l. Surat Kebenaran Berkahwin daripada majikan jika anggota Polis atau Tentera;
    m. Pasport dan salinan yang disahkan beserta surat daripada Kedutaan (jika warganegara asing);
    n. Melampirkan Borang Permohonan Pengesahan Pas Bagi Tujuan Perkahwinan yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (jika warganegara asing);
    o. Surat pengesahan dokumen daripada Jabatan Pendaftaran Negara bagi penduduk tetap dan pemastautin sementara;
    p. Pensabitan/ Perintah Mahkamah Syariah (bagi kes berkaitan wali hakim, bawah umur dan janda berhias);
    q. Perintah pembubaran perkahwinan mengikut Hukum Syara’ dari Mahkamah Syariah atau dikri perceraian dari Mahkamah Tinggi Sivil (bagi saudara baru yang telah berkahwin sebelum memeluk Agama Islam);
    r. Pengesahan daripada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’;
    s. Laporan Ujian Saringan HIV Pemohon. Laporan ini hanya sah laku dalam tempoh seratus lapan puluh (180) hari dari tarikh ujian dijalankan (bagi negeri-negeri yang berkaitan);
    t. Borang Permohonan Kad Perakuan Nikah (bagi negeri-negeri yang berkaitan);

    Penyerahan Surat Kebenaran Berkahwin

    a. Pemohon lelaki daripada daerah/negeri yang berlainan, hendaklah menyerahkan Surat Kebenaran    Berkahwin dari daerah/negarinya kepada pihak perempuan.
    b. Selepas itu, pemohon perempuan hendaklah menyerahkan Surat Kebenaran Berkahwin daripada     pihak lelaki beserta permohonannya kepada Pejabat Agama/Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di daerah/negeri di mana pemohon perempuan bermastautin.
    c. Surat Kebenaran Berkahwin kemudiannya diserahkan kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di mana pemohon perempuan bermastautin beserta dengan tarikh dan tempat akad nikah yang telah ditentukan.

    Rujukan 
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, J. (2013). Panduan Pengurusan Nikah Di Malaysia. 2nd ed. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan, pp.26-30.


    Procedure Permohonan Nikah Perempuan dengan Dokumen-dokumen Yang Diperlukan Untuk Pernikahan

    PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH PEREMPUAN 

    1. HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN
    2. DAPATKAN BORANG 2C DAN 2D DENGAN MENGISI PERMOHONAN SECARA ONLINE DI ALAMAT://http.ncr.jais.gov.my
    3. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV  DARI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN YANG BERHAMPIRAN.
    4. LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN. (2 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)
    5. DAPATKAN PENGESAHAN DARI PENOLONG PENDAFTAR NIKAH(PPN) QARIAH.
    6. DAPATKAN KEBENARAN NIKAH DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH.
    7. SERAHKAN KEBENARAN BERKAHWIN KEPADA PPN QARIAH.)
    8. AKAD NIKAH DIJALANKAN.
    9. AMBIL SURAT PERAKUAN NIKAH DI JAIS/ PAID.


    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

    # SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
    # SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
    # SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
    # KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV 
    # SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
    # SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ 
    PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
    # BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
    # SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
    # SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
    # SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
    # SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
    # SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
    # SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
    # SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).


    Rujukan
    http://www.jais.gov.my/?q=artikel/permohonan-perkahwinan-bagi-perempuan




    Jumaat, 2 September 2016

    Senarai Persiapan Perkahwinan 12 Bulan



    Assalamualaikum, dalam video ni Dian kongsikan persiapan perkahwinan start dari merisik,bertunang sampai pernikahan dalam setahun. Dian buat list ikut bulan. So setiap bulan ada perkara perlu diselesaikan. Senarai ni boleh lah dibuat checklist untuk persiapan perkahwinan. Yup, dalam senarai ni memang sengaja dibuat setahun sebelum,supaya InsyaAllah tak kalut dan tak rushing bila majlis nak dekat. Senarai ni simple saja . Anda boleh ubah ikut cita rasa anda. Dian buat video ni berdasarkan pengalaman persiapan pernikahan Dian sekarang ni. B2B boleh lah tengok ya. Rugi tak tengok. Bagi yang bujang pon boleh tunggu supaya boleh merancang apa yang perlu disediakan untuk majlis nanti. Bagi yang perempuan boleh juga bagi video ni kepada lelaki supaya dia boleh bersedia.


    Rabu, 31 Ogos 2016

    Cara Naik Kapal Terbang/Flight Untuk Ke Luar Negara (Oversea)

    Assalamualaikum. Dian nak kongsi macam mana nak pergi oversea atau luar negara naik kapal terbang. Tak kisah lah kapal terbang air asia ke, malindo ke, Mas ke atau lain-lain. Caranya lebih kurang je. Dian dah beberapa kali pergi oversea dan baru ni ke Vietnam. Jadi boleh lah anda belajar dari Dian ya. Dian assume sesiapa yang baca post ni adalah orang yang pertama kali akan ke luar negara. Jadi, jom kita tengok cara-caranya.


    1. Pastikan anda dah beli tiket untuk ke negara yang anda ingin pergi. Boleh beli online atau pergi ke kaunter tiket di airport. Selalunya orang beli online je sebab senang dan kita boleh tengok harga tiket dengan harga cukai. Lagi satu, kita boleh tahu berapa berat beg yang kita boleh check in. Check in maksudnya beg yang berat dan besar yang kita nak simpan dalam ruang dekat kapal terbang. Beg kecik selalunya orang bawa masuk sekali tapi Dian lebih suka tak pegang apa-apa bila masuk nanti sebab senang bila dekat bahagian pemeriksaan nanti.
    2. Lepas dah beli tiket, periksa tarikh dan waktu penerbangan. Biasanya orang akan berada di airport 2/3 jam sebelum flight. Ini adalah untuk persediaan in case ada apa-apa terjadi dan kalau hari tu ramai orang naik flight, anda kena beratur untuk check in dan beratur lagi di bahagian pemeriksaan. Takut anda tak sempat naik flight. Lagi satu, KLIA ni besar. Nak pergi satu tempat ke tempat yang lain kena naik tren kecil. Bayangkan kalau anda sesat dan lambat, habislah kalau flight tertinggal. Dah la tiket mahal kan?  Jadi, kalau flight pukul 7.00 pagi, bertolaklah pada pukul 4 pagi supaya anda sampai sana dalam pukul 5 pagi. 
    3. Setibanya anda di airport, cari kaunter check-in. Kaunter check in ikut syarikat penerbangan. Selalunya kaunter akan ada tulis check in counter untuk ke destinasi yang specific. Kadang-kadang tak ada specific destination, so just beratur dan bagi tahu dekat kerani anda nak ke mana. Bawa passport anda ya. Jangan lupa! Anda juga boleh check in beg time ni. Nanti dia akan bagi tiket. 
    4. Lepas dapat tiket anda boleh masuk ke gate perlepasan. Kalau dekat KLIA, anda kena turun escalator yang ada polis jaga tu. Sediakan tiket dan passport anda untuk pemeriksaan.Tapi kalau waktu penerbangan lambat lagi, anda boleh la makan-makan dekat sana. Ada KFC, burger King dan macam-macam lagi. Sebab nanti bila anda dah turun ke gate perlepasan,susah nak cari makanan. Kalau boleh solat dulu juga. Solat subuh atau jamak terus. Surau ada dekat anjung KLIA. Hujung sikit. 
    5. Sebelum anda cari pintu perlepasan, anda akan melepasi kaunter pemeriksaan passport. Untuk pemegang passport Malaysia, ada pintu pemeriksaan automatik. Jadi anda hanya perlu letak passport anda di atas scanner dan scan cap jari. Pintu akan automatik terbuka bila anda dah cukup syarat. Kalau anda tak dapat lepas, pergi ke kaunter manual. Nanti ada pegawai yang akan memeriksa passport anda. 
    6. Bila dah selesai diperiksa passport, anda akan berjalan ke kaunter pemeriksaan beg sandang anda dan body check. Bagi lelaki, anda kena tanggalkan tali pinggang dan jam anda. Perempuan tak payah. Letak barang-barang dalam dulang dan pegawai akan check guna mesin automatik tu. Kemudian anda akan kena body check. 
    7. Lepas selesai semua di atas, anda boleh lah start cari pintu perlepasan anda. Kalau pintu C3, cari lah gate sampai dapat. Kalau kena naik tren, naik lah tren. 
    8. Di pintu perlepasan, anda kena tunggu sampai kerani syarikat penerbangan buka gate untuk ke bilik atau ruang menunggu. Bila dah ada signal untuk masuk, sila beratur dengan berhemah dan pegawai akan periksa tiket anda sekali lagi. Pastikan anda ke toilet siap-siap sebelum masuk ke ruang menunggu. 
    9. Di ruang menunggu, ada banyak kerusi. Duduk dan tunggu arahan kerani. Nanti dia akan bagi tahu siapa yang akan masuk dulu. Biasanya, orang yang beli tiket business class akan masuk dulu. Kemudian, warga tua dan wanita yang ada bayi. Lepas tu, penumpang yang berada di tempat duduk 1-15 contohnya.Kemudian baru yang lain-lain. 
    10. Masuk ke kapal terbang dan cari tempat duduk anda. Lepas cari, letak beg anda di tempat penyimpanan beg dekat atas. Duduk dan pakai tali pinggang keselamatan. 
    11. Last, enjoy dan berdoalah masa dalam penerbangan. Kalau nak pergi toilet, tanya pramugari di mana lavatory. Lavatory ni adalah toilet dalam flight. Kecik je. Pastikan anda bawa tissue basah ya untuk bersihkan diri .
    12. Lepas dah sampai, ambil barang dan masuk ke dalam airport. Nanti akan ada pemeriksaan di negara sana. Bagi passport.  Lepas dah diperiksa, barulah anda ambil barang anda. 
    13. Dah ambil barang, anda boleh lah ke destinasi anda. 
    Fuh.... Banyak betulkan step dia. Tapi InsyaAllah anda boleh. Sedikit nasihat buat anda, jangan pegang barang orang di airport. Sangat bahaya ya! Pastikan beg anda berada dalam keadaan selamat takut orang ambil kesempatan untuk selit apa-apa. Ok itu saja dari Dian. Kalau anda rasa info ni berguna, doakan Dian untuk dapat rezeki pergi ke negara orang lagi masa akan datang. Dian teringin ke Mekah, Madinah, Morocco, New Zealand, dan macam-macam lagi. InsyaAllah, nanti akan ada peluang. Aamiin.