- Majlis kenduri makan-makan parents sponsor. So, mereka sembunyikan kos ni. Mereka tak tulis kos kenduri mereka. Kalau catering dekat KL dan Selangor ni tahun 2016 paling murah RM9/pax. Kalau jemput 500 tetamu, dah RM4500. Eh, kalau bajet kahwin 5K. Tinggal lagi 500 untuk perbelanjaan lain.
- Barang hantaran mak cik,pakcik,kakak, adik,abang, parents sponsor. Kalau diorang kira semua kos yang dibelanjakan orang yang sponsor mereka, paling minima, bagi Dian RM100, kalau bagi barang murah macam berus gigi (viral 2 minggu lepas hantaran berus gigi dengan ubat gigi),selipar jepun, etc. Eh, kalau dah RM100, tinggal lagi RM400. Ni kalau korang tak kesian kat maruah husband or wife korang lah. Nabi Muhammad pon bagi barang mewah dekat isteri-isteri baginda. Kita yang manusia biasa ni nak melebih-lebih zuhudnya.Ustaz masa kursus kahwin yang bagi tahu. Boleh check ya hadis ni dekat ustaz masing-masing mengenai mahar isteri-isteri Nabi Muhammad.
- Kalau korang buat gotong-royong kenduri dan tak gunakan catering, kenapa tak senaraikan semua perbelanjaan makanan. Kalau masak ayam masak merah, senaraikan semua kos bahan-bahan yang dah dibelanja. Kamu tak belanja tapi duit orang lain juga yang kamu guna. Ini semua dah entahlah maybe 2/3K?
- Baju pinjam orang lain punya. Em okay lah kalau badan korang ni jenis one size fits all. Kalau yang jenis kecik atau besar, macam mana nak pinjam orang kan? So, kena beli baju atau sewa.
- Tak bagi tahu kos sebenar perabot bilik untuk pengantin baru. Kalau jenis dah ada kakak/abang yang dah kahwin, boleh lah guna yang dah ada. Bayangkan untuk anak sulung atau anak tunggal ni. Kena beli katil baru, jadi kos beli katil queen dah paling minima bagi Dian dah RM500. Tambah nak beli tilam saiz Queen. Tambah bantal. Tambah cadar.
- Selalunya mereka yang hebohkan bajet kahwin murah ni tak senaraikan kos pergi kursus kahwin, upah kahwin,etc. Kursus kahwin dah RM80 tambah yang lain-lain dah berapa.
Eh. Okay. So bila kita baca something, kita kena fikir betul ke apa yang mereka tulis atau sekadar nak viral?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan