- Gula
- Garam
- Baking soda
- Serbuk kopi
- Losyen badan untuk badan sensitif (sebab kulit Dian sensitif, kalau anda ada kulit yang biasa, gunakan losyen yang selalu anda pakai).
- Minyak (optional, Dian tak letak)
Cara-caranya
- Campurkan gula, garam, baking soda dan serbuk kopi. Ikut suka anda banyak mana anda nak letak. Dian letak dalam 4 sudu gula,2 sudu kecil garam,1 sudu kecil baking soda, dan 1 sudu kecil serbuk kopi. Kacau hingga sebati.
- Lepas dah sebati, campurkan losyen badan dan minyak. Losyen badan letak dalam 8 sudu besar. Minyak kelapa/zaitun dalam 3 sudu besar.
- Kacau hingga sebati. Jangan terlalu pekat nanti susah nak gosok dekat badan.
Jumlah bahan-bahan agak-agak je tau. Tak perlu ikut Dian sebab Dian tak ingat pon berapa banyak letak. Hihi.
Bila dah buat skrub ni, gosok lah dekat badan seminggu sekali. Jangan hari-hari. Syok tau guna scrub ni, lepas dah basuh tu, rasa sejuk dan bersih je. Kulit pon licin je macam sutera. Kalau anda rasa post ni berguna, doakan Dian ya menjadi penghuni syurga Allah dan dimurahkan rezeki dunia akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan