Assalamualaikum semua. Hari ni Dian saja nak share ilmu yang Dian dapat sepanjang menjaga anak kucing yang kena buang tepi rumah. Entah macam mana anak kucing tu tersesat dekat tepi longkang. Anak kucing tu meow dari awal subuh. Kesian sangat. Adik Dian yang pergi cari anak kucing yang meow teresak-esak tu. Terus dia bawak masuk rumah. Ya Allah, comel betul. Bulu warna grey campu putih dan keempat-empat kaki tu ada 'stokin' putih. Masa mula-mula Dian tengok, anak kucing tu nampak takut sangat tapi tak takut dekat manusia. Cuma dia macam trauma bersendirian dekat luar. Mak kucing tak nampak.Mungkin ada orang buang. Entahlah.
Anak kucing tu agak-agak dalam usia 3 minggu. Sebab tengok dia boleh berjalan tapi masih tak stabil. Telinga pon dah tegak. Mata dah bukak. Orang kata kalau anak kucing besar ni mak kucing masih menyusukan dia dan peluang untuk survive memang sikit. Jadi Dian ambil keputusan untuk cari mak kucing dekat belakang rumah ni. Belakang rumah memang penuh kucing sebab Dian selalu bagi makan. Jadi Dian umpan mak kucing dengan makanan dan cuba untuk bagi anak kucing dekat mak kucing tu. Walaupon Dian tak pasti tu mak kucing kandung ataupon tak. Tapi apakan daya, anak kucing tu cuba nak menyusu tapi ditolak mak kucing dengan dengusan. Jadi Dian ambil balik anak kucing tu. Nak tak nak kena jaga baby kucing ni.
Okay perenggan dekat atas ni adalah point pertama yang Dian nak fokuskan. Bila nampak anak kucing yang muda, cari ibu kucing atau cari ibu kucing tumpang. Dian ada baca, untuk buatkan ibu kucing terima anak kucing, ambil kain basah dan sapukan dekan ibu kucing tersebut. Kemudian sapukan kain tersebut dekat anak kucing tu supaya bau mak kucing tu melekat dekat anak kucing tumpang. Mak kucing jaga kucing lebih baik dari manusia menjaga anak kucing sebab naluri mereka yang Allah berikan.
Kalau tak dapat nak cari mak kucing atau ibu tumpang, anda kenalah jaga anak kucing tersebut. Nak menjaga anak kucing memerlukan perhatian 24 jam. Kalau anda terpaksa keluar bekerja, memang susah. Sebab apa susah? Dian akan ceritakan.
Anak kucing berusia 3 minggu selalunya masih menyusu. Jadi anda kena buat susu untuk anak kucing tersebut. Anda boleh berikan susu kambing atau beli susu anak kucing khas yang dijual di kedai haiwan. Jangan bagi susu lembu sebab kucing akan cirit birit sebab susu lembu tak sesuai. Kalau tak dapat nak beli susu kambing atau susu khas, anda boleh buat sendiri susu emergency yang dinamakan emergency KMR (Kitten Milk Replacement). Anda boleh google resepi ni. Antara bahan-bahannya adalah telur kuning, susu pekat,air dan yogurt. Dian ada buat susu emergency ni untuk minum satu hari. Alhamdulillah, anak kucing dapat survive tanpa cirit. Malah, anak kucing minum dengan selera. Tapi jangan bagi dalam tempoh yang panjang. Takut-takut sakit nanti.Oh ya, Dian bagi susu dalam syringe. Beli je syringe 50 sen yang 5 ml tu dekat farmasi. Sangat membantu. Jangan bagi susu tu laju-laju tau. Slow-slow je sebab takut susu masuk dalam saluran pernafasan. Dian bagi anak kucing minum susu setiap 2/3 jam. Kalau waktu malam, Dian tak susukan sebab anak kucing tidur nyenyak dalam kotak.
Lepas 2 hari, Dian belikan susu khas kucing jenama Tura dan botol susu anak kucing jenama four paws. Susu Tura ni murah juga la dalam RM13 macam tu dan botol susu harga RM8. Tapi susah juga la nak susukan anak kucing guna botol susu sebab nak adjust lubang puting. Kalau besar sangat, air susu keluar laju. Kalau kecik sangat air susu keluar lambat. Dan anak kucing Dian sangat suka kunyah puting botol. Sampaikan satu hari, puting susu tu putus dan ditelan anak kucing masa menyusu. Memang terkejut Dian time tu. Rasa risau sangat sebab puting tu getah dan takut tersangkut dalam usus. Jadi kalau anda nak susukan anak kucing guna botol, pastikan anda perhati betul-betul. Bagi Dian, better guna syringe dari botol susu.
Lepas topik menyusu, Dian nak cakap pasal membuang air. Anak kucing yang Dian jaga masa tu masih tak dapat nak kencing dan berak dengan sendiri. Jadi Dian sebagai 'ibu' kepada anak kucing tu kena buat tugas mak kucing iaitu dengan menggunakan kain basah yang suam. Kain basah tu Dian sapukan lembut-lembut dekat salur kencing dan salur najis. Buat kejap je, nanti anak kucing tu kencing dan berak.Pastikan anda sediakan tuala untuk lapik. Lepas tu, bersihkan bulu anak kucing dengan kain bersih yang basah suam. Kalau mak kucing, dia akan jilat salur kencing dan najis. Tapi sekarang, anda kena ambil alih tugas mak kucing tersebut.
Kalau bab tidur pula, anda kena sediakan kotak atau bekas. Dian prefer kotak yang tinggi. Sebab susah untuk anak kucing keluar dan yang ada penutup supaya dalam kotak gelap. Lapik kotak dengan surat khabar dan kemudian towel. Anak kucing suka towel sebab texture kain yang seakan-akan bulu. Jadi anak kucing tu dapat menenangkan diri. Lagi satu, Dian juga ada gunakan botol yang berisi air suam yang diletakkan di tepi. Botol suam ni kita balut dengan kain. Anak kucing suka baring atas botol suam ni untuk panaskan badan. Jangan panas sangat dan jangan sejuk pula. Botol panas ni wajib buat tau. Supaya anak kucing sihat. Lagi-lagi kalau kita buka air cond.
Kalau anak kucing tiga minggu ni kejap je besar. Anda kena cekal jaga anak kucing dalam 5 hari. Kemudian anda boleh slow-slow bagi wet food. Sambil bagi wet food, bagi susu juga.
Selepas anak kucing umur 4 minggu, anda boleh start ajar guna pasir kucing untuk buang air. Dian beli pasir kucing khas dan letak dalam talam besar. Dian guna talam sebab senang anak kucing nak masuk dalam talam. Dian train anak kucing berak atas pasir dalam tempoh beberapa hari juga la. Anda kena bersabar sebab sebelum anak kucing faham, anak kucing akan berak dan kencing di tempat tersembunyi dekat rumah. Jadi kalau anda nampak anak kucing mencari-cari tempat gelap, cepat-cepat ambil dan letak dalam pasir. Kemudian, ambil kaki depan dan bimbing anak kucing untuk korek pasir. Memang berkesan cara ni. Cumanya,anda kena buat banyak kali. Bimbing anak kucing lepas makan, lepas bangun tidur, lepas menyusu dan lepas main. Lama-lama, anak kucing akan faham dengan sendirinya.
Okay, tu je yang Dian dapat kongsikan tentang cara jaga anak kucing tanpa mak. InsyaAllah, anak kucing boleh survive tapi anda kena cekal dan rajin. Doakan anak kucing Dian dapat survive sampai besar.
Khamis, 24 Ogos 2017
Isnin, 14 Ogos 2017
Cara Pilih Tarikh Untuk Kenduri Kahwin
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Dian Alhamdulillah sihat. Dian hari ni nak bercakap mengenai cara pilih tarikh untuk kenduri kahwin. Ye la, bulan 8 ni tiba-tiba banyak pula undangan kahwin. Padahal cuti bulan 8 ni hanya pada 31 Ogos je. Ramai yang pilih tarikh seminggu sebelum hari raya haji iaitu pada 1/9 /2017. Pelik pula Dian. Ramai orang ambil cuti seminggu dari 26/8 hingga 3/9. Sampaikan tiket ets online pon habis 2 minggu sebelum tarikh-tarikh ni. Dian dulu kahwin hujung cuti sekolah masa awal tahun sempena cuti raya cina. Ada sebab juga Dian pilih tarikh ni. Ni adalah pandangan Dian mengenai cara untuk pilih tarikh kenduri kahwin.
Cuti Sekolah
Ramai yang pilih cuti sekolah untuk kenduri kahwin mereka. Kalau ikut pengalaman Dian, kebanyakan negeri akan pilih cuti sekolah untuk kenduri kahwin sebab senang orang yang ada anak yang masih bersekolah untuk bercuti. Cuti panjang, jadi boleh plan cuti sebaiknya. Tapi Dian tak berapa berkenan dengan pilih tarikh kenduri ikut cuti sekolah sebab time tu, budak universiti kebanyakannya tak cuti. Kalau saudara mara masih ramai banyak anak kecil, cuti sekolah adalah pilihan tepat. Tapi kalau kebanyakan saudara mara semua dah besar-besar, susah untuk mereka ambil cuti dan pergi ke kenduri. Dian banyak kali juga dapat undangan kenduri kahwin masa cuti sekolah ni yang mana universiti tak cuti. Memang tak dapat nak pergi la sebab selalunya kena time final exam.
Jadi, pembaca boleh timbangkan la. Kesian saudara mara yang tengah final exam uni nak kenduri macam mana. Ada juga kes yang sampai adik-adik kena tangguh final exam sebab kenduri kahwin abang-abang dan kakak-kakak. Kesian tau. Seterusnya...
Cuti Universiti
Bagi yang mempunya family yang dah matang, maksudnya family yang kebanyakkannya dah tak bersekolah, cuti universiti merupakan pilihan yang baik. Cuti universiti ada dua. Cuti lepas semester pertama iaitu hanya sebulan dan cuti lepas semester kedua. Cuti lepas semester kedua adalah yang paling lama iaitu 3 bulan. Cuti semester pertama adalah pada awal januari sampai awal februari. Cuti semester kedua adalah pada awal julai hingga awal september. Dian dulu pilih cuti universiti gabung cuti sekolah. Jadi senangkan?
Awal cuti awam atau hujung cuti awam?
Okay ni persoalan yang kena ambil kira. Kalau ada cuti sekolah seminggu, anda nak pilih tarikh awal cuti atau hujung cuti? Bagi Dian, Dian pilih hujung cuti. Sebab apa? Biasanya kebanyakkan orang dah plan percutian awal-awal. Mereka nak pergi melancong jauh-jauh. Jadi mereka mostly akan pergi pada awal percutian dan berehat di rumah pada hujung cuti. Kiranya kita tak kacau plan percutian orang dan mereka pon dengan senang hati boleh pergi. Lagipon, kalau hujung cuti, trafik sesak bagi yang menghala ke Kuala Lumpur. Jadi trafik lengang untuk ke utara, selatan atau pantai timur. Senang orang nak pergi kenduri tanpa rempuh jam.
Kalau awal cuti, kemungkinan untuk bertembung dengan plan percutian orang tu tinggi. Takut orang tak dapat datang kenduri kita. Dan kalau kita duduk dekat belah utara atau pantai timur, pastinya lebuhraya plus sesak sebab orang ramai akan balik kampung untuk bercuti. Orang dari KL kena rempuh jam untuk ke kenduri kita.
Cuti Sabtu Ahad tanpa Cuti Umum
Dian sekarang nampak trend kenduri kahwin pada hujung minggu yang tak ada cuti umum langsung di sekitar Lembah Klang. Betul.. Ramai sekarang pilih tarikh macam ni sebab senang tak bertembung dengan kenduri orang lain. Maknanya, orang tak ramai nak pilih tarikh ni. Jadi tak ada la kes banyak undangan dalam satu hari. Lagi satu, kenduri kahwin pada tarikh yang tak ramai orang pilih ni murah kosnya. Sebab selalunya tarikh peak kenduri kahwin, kos akan melambung sebab banyak permintaan. Orang pon senang hati datang kenduri sebab tak payah nak masak tengah hari atau malam. Haha.
Hari Bekerja?
Haaa..... ibu bapa Dian ada juga dapat kenduri kahwin time hari bekerja ni. Maksudnya antara hari Isnin sampai Jumaat. Tapi kenduri waktu malam lah. Yang ni rare. Tapi susah untuk family jauh untuk datang.
Okay.. tu je lah yang Dian dapat kongsikan. Sekarang dah makin jelas kan? Atau... bakal pengantin makin blur nak pilih tarikh apa untuk kenduri kahwin. Haha. Apa-apa pon bincang dengan parents yang mana paling senang. Jangan bincang dengan ramai sangat orang sebab nanti kita sendiri akan confuse.
Rabu, 2 Ogos 2017
Cara Booking Bersalin di Hospital PPUM 2017
Assalamualaikum semua. Dian nak share pengalaman Dian booking bersalin di PPUM yang separuh kerajaan ni. Bukan UMSC tau. UMSC adalah perkhidmatan bersalin private. Kalau yang Dian ambil ni adalah yang semi-government punya. Dian ambil keputusan nak bersalin dekat PPUM sebab senang dan dekat. Senang maksudnya Dian ada genetic disorder yang dari kecil memang refer dekat sini. So, segala maklumat yang dulu-dulu InsyaAllah mereka simpan. Jadi nanti bila nak bersalin nanti pakar boleh rawat Dian dengan senang. InsyaAllah. Berbanding dengan hospital lain yang langsung tak maklumat mengenai genetic disorder Dian.
Lagipun PPUM dekat dengan rumah Dian berbanding dengan hospital Serdang yang KK bagi. Tapi kos PPUM ni mahal lagi dari hospital Serdang. Caj bayaran untuk PPUM adalah lebih dari RM500. Kalau anda ada GL, free of charge lah kan. Tapi kalau tak ada, makanya kena bayar. Bilik-bilik di PPUM pula tak ada kelas macam hospital lain. Hanya ada bilik yang mempunya 4 katil. Ok la tu kan. Dari duduk bilik sorang-sorang. Seram oh. Dah lah dekat hospital. Hahaha.
Macam mana nak booking bersalin dekat PPUM?
Kalau nak tahu, kalau nak bersalin dekat PPUM, anda kena booking dulu. Tak boleh walk-in rasanya. Anda kena buat check up dekat sini. Masa Dian nak booking hari tu, nurse PPUM kata kena check up dekat KK jugak. So, sekarang ni Dian ada 4 kali check up. 2 minggu sekali dekat KK, 2 minggu sekali dekat PPUM. Jenuh jugak la. Sekarang ni Dian nak cuba tanya nurse KK, boleh tak tak payah checkup dekat KK dah. Dian kena 2 minggu sekali check up sebab kandungan dah nak masuk trimester ketiga.
So, first anda kena datang ke klinik ibu dan anak di PPUM pada waktu pagi seboleh-bolehnya. Klinik buka pukul 7.30 pagi.
Ambil nombor giliran untuk booking.
Bila nombor naik, pergi ke kaunter dan serahkan buku pink klinik kesihatan. Penting tau. Jangan tak bawa.
Kemudian, nurse akan bagi borang, risalah dan anda kena pergi book waktu untuk scan kandungan. Nurse juga akan bagi tahu tarikh untuk datang daftar dan bayar yuran bersalin.
Tamat (ikut pengalaman Dian).
Macam Dian, Dian dapat tarikh daftar sebulan lepas pertama kali datang PPUM.
1. Selepas sebulan, Dian ambil nombor untuk buat pendaftaran. Dian bagi borang yang siap diisi, kad pengenalan Dian, salinan IC suami (sebab suami kerja). Lepas tu nurse suruh bayar di kaunter bayaran dekat luar KKIA tu. Bayar RM500 tambah dengan ujian darah baby RM84.
2. Dah bayar, Dian pergi semula ke kaunter dan bagi resit.
Kemudian, nurse bagi kad appoinment dan proceed pergi check up pertama dekat klinik antenatal. Oh ya, dekat sini kena bayar RM30 untuk daftar.
3. Dian pergi ke klinik antenatal dan bagi kad appoinment dekat kaunter jururawat 2. Dekat situ, Dian kena buat ujian air kencing, check berat, tinggi, blood pressure.
4. Satu kesalahan yang Dian buat adalah Dian makan sebelum datang daftar. Jadi Dian tak dapat nak buat ujian air gula. So, Dian kena datang balik hari lain untuk buat ujian tersebut.
5. Lepas semua ujian dibuat, nurse tanya samaada nak hadir ceramah penyusuan ibu hari ni atau tak. Dian kata ya. Ceramah ni dibuat tiap hari. Alang-alang tengah tunggu doktor, baik dengar ceramah dulu. Husband boleh temankan dengar ceramah ni tau.
6. Tapi time tu, nurse tak panggil nama untuk dengar ceramah. Pelik juga. Tapi disebabkan nombor giliran Dian dah naik. Baik Dian terus jumpa doktor.
7. Doktor minta tengok buku pink KK. Kemudian sembang-sembang mengenai sejarah penyakit family semua. Then, doktor check jantung baby.
8. Lepas habis jumpa, kad biru untuk appoinment tu kena serahkan kepada nurse dekat kaunter luar untuk buat appoinment baru. So, Dian dapat dua appoinment. Satu untuk ujian air gula dan satu untuk jumpa doktor.
9. Tamat. Boleh balik.
So itu lah pengalaman booking bersalin Dian untuk first baby di PPUM. Semoga apa yang Dian kongsikan ni bermanfaat untuk anda yang membaca. Doakan Dian dimudahkan bersalin dengan selamat.

Langgan:
Catatan (Atom)