Isnin, 20 Februari 2017

Barang-barang Penting yang Perlu Dibawa Pengantin Semasa Hari Akad Nikah atau Bersanding

Assalamualaikum girls and guys (ada ke?). Saya sebagai pengantin baru yang sudah bersanding nak berkongsi benda-benda penting yang perlu disediakan semasa akad nikah atau bersanding. Tak ramai yang tulis pasal ni kecuali wedding mat salleh. Barang-barang yang perlu dibawa ni kalau tak ada, kalut sikit la hari istimewa anda. Lagi-lagi anda bersanding atau bernikah ditempat yang jauh dari rumah anda. Saya namakan barang-barang ni sebagai emergency kit untuk pengantin baru. Jom kita tengok.


  1. Makeup remover. Makeup remover adalah benda paling penting. Bila makeup artist solek, bukan main-main punya solekan. Seriously makeup yang anda akan pakai tebal dan susah nak cuci. Pengalaman Dian masa lepas akad nikah, memang susah nak tanggal guna pencuci muka biasa. Makeup hanya akan tanggal bila guna makeup remover. Dian guna makeup remover berasaskan minyak macam dalam gambar ni. Memang senang nak buang makeup. Bila pegang memang rasa berminyak tapi bila kena air, dia akan menjadi cleanser. Boleh cari dekat guardian benda ni. 
  2. Wet wipes atau tisu basah. Wet wipes penting sebagai pembersih kecemasan. Beli yang dalam pack kecil-kecil supaya senang nak letak dalam beg. 
  3. Ubat-ubat yang diperlukan. Ubat sangat penting bila dekat-dekat dengan hari akad nikah atau sanding. Time ni la rasa nak demam. Time ni la batuk-batuk. Time ni juga sakit tekat, sakit perut dan sebagainya. Jadi bersedia dengan ubat yang diperlukan, Macam Dian, Dian bawa ubat demam,selsema, sakit tekak dan eno. Eno penting supaya hilangkan angin dalam perut. 
  4. Pin tudung dan keronsang. Haa... yang ni lagi penting. Bila kita nikah nanti, kita akan pakai veil, aksessori macam crown dan shawl. Selalunya makeup artist akan bawa pin tapi kita bawa juga extra supaya tak kalut sangat. Selalunya keronsang tak disediakan. Jadi bawa yang kita punya.  
Okay 4 barang ni paling penting dibawa pada hari perkahwinan nanti. Selain dari 4 barang ni. Barang lain yang boleh disediakan adalah seperti berikut 
  1. Berus gigi dan ubat gigi untuk buang bau mulut dan kotoran lepas makan. 
  2. Sunblock sebelum makeup.
  3. Tisu kering untuk lap peluh.
  4. Benang dan jarum supaya dapat jahit apa-apa yang terkoyak.Just in case.
  5. Lip balm.
  6. Extra lipstick. Yang ni penting. Dian hari tu tak terfikir nak bawak extra lipstick. Sangat penting sebab bila makan nanti lipstick akan hilang. Lepas tu bibir jadi pucat lesi bila bergambar. 
  7. Air lens. 
  8. Extra snacks. Gula-gula atau biskut. 
  9. Pad. Ni lagi penting. 
  10. Hand lotion yang bau wangi. Ni sangat sesuai sebab nanti kita akan bersalaman dengan ramai orang.
Itu saja yang dapat Dian kongsikan. Dian masukkan semua barang-barang ni dalam satu beg khas. Senang bila nak dapatkan barang-barang ni. Cuba la guna tips ni. Tak rugi.InsyaAllah

Selasa, 14 Februari 2017

Susunan Aturcara atau Tentatif Majlis Pernikahan Hari Sama dengan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum pembaca semua. Alhamdulillah Dian sudah selamat diijabkabulkan dengan suami. Dian dah seminggu lebih bergelar isteri. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Hampir setahun persiapan. Kenduri belah lelaki pun Alhamdulillah berjalan lancar. Jadi, Dian nak kongsikan pengalaman Dian bernikah pada hari sama dengan majlis perkahwinan atau persandingan. Ok jom kita tengok tentatif dan susunan aturcara Dian.

Tentatif Majlis Pernikahan & Persandingan Belah Perempuan

5.30   pagi - Bangun tidur, mandi,dan sarapan.
7.00   pagi - Makeup, pakai baju, pakai tudung dan veil.
9.00   pagi - Akad nikah dan sarapan ringan bersama tetamu.
10.30 pagi - Cuci makeup, makeup lain, dan pakai baju.
12.30 tghhari - Berarak bersama keluarga belah lelaki ke dewan diiringi selawat dan alunan kompang.
12.45 tghhari - Bersanding dan salam restu.
1.00   tghhari - Makan beradap.
1.30   tghhari - Acara memotong kek.
1.45   tghhari - Bergambar bersama tetamu, solat dan acara bebas.
4.00   petang  - Tamat majlis perkahwinan.

Tentatif Majlis Bertandang atau Majlis Sambut Menantu

10.30  pagi - Makeup & pakai baju
12.30  tghhari - Perarakan ke dewan
12.45  tghhari - Makan beradap
1.15    petang -  Acara memotong kek
1.30    petang -  Bersanding,salam restu dan bergambar
3.30    petang -  Majlis tamat dan photoshoot

Kalau pembaca guna tentatif Dian, anda akan rasa rushing sebab semua acara dibuat awal. Kami sengaja buat perarakan pada pukul 1230 tengahhari sebab tetamu datang awal pada waktu nikah dan kami tak nak tetamu tertunggu tunggu untuk melihat pengantin. Pihak lelaki boleh makan tengahhari awal dan orang yang jauh boleh balik awal. Kelebihan tentatif ni adalah, pengantin boleh bergambar dengan tetamu awal-awal dan pengantin boleh solat dan bersembang selepas bergambar.

Kelebihan hari akad nikah sama dengan majlis persandingan adalah anda tak perlu buat dua majlis pada hari berlainan. Tetamu hanya datang pada satu hari. Memang penat tapi berbaloi kerana tak perlu bersiap untuk majlis hari lain. Kalau dari segi makeup pula boleh pakai sekali untuk akad nikah dan majlis persandingan. Kalau nak pakai baju nikah dan sanding yang sama pon boleh. Yang penting, kita dapat menyenangkan semua orang.