- Cara Buat Kad Kahwin Whatsapp Guna Software Free
- Pendapat DK Tentang Doorgift Kenduri Kahwin
- Cara Buat Facebook Cover Untuk Jemputan Kenduri Kahwin
- Jimat Kos Kahwin : List Video Tutorial Buat Sendiri Kad Kahwin, Doorgift, Etc
- Cara Buat Kad Kahwin Sendiri
- Cara Buat Hantaran Tunang/Kahwin
- Cara Kira Jumlah Tetamu Untuk Kenduri Kahwin
- Checklist Persiapan Perkahwinan 5 Bulan Sebelum Perkahwinan
- Kenapa Pilih Pakej Perkahwinan?
- Senarai Persiapan Perkahwinan 12 Bulan
- Procedure Permohonan Nikah Perempuan dengan Dokumen-dokumen Yang Diperlukan Untuk Pernikahan
- Borang dan Dokumen Kebenaran Berkahwin atau Bernikah
- Mengemas Bilik Pengantin
- Cara Buat HIV Test Untuk Perkahwinan/Pernikahan 2016
- Kos Tersembunyi Majlis Kahwin
- Perkara Yang Perlu Diselesaikan 4 Bulan Sebelum Nikah
- 100 HARI SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN
- Wedding Checklist
- Cabaran Kurus 3 Bulan Sebelum Hari Pernikahan
- Bakal Pengantin Baru : DIY Body Scrub
- Bakal Pengantin Baru : Pelembap Muka DIY
- Perkara Yang Perlu Disiapkan 2 Bulan Sebelum Berkahwin
- Senarai persiapan sebulan sebelum pernikahan dan majlis kenduri kahwin
- Cara Daftar atau Mohon Nikah Untuk Pengantin Perempuan (Selangor) dan Pengantin Lelaki (Perak) Step by Step
- Senarai Idea Hadiah Kahwin yang Praktikal dan Berguna untuk Pengantin Baru
- Jumlah Perbelanjaan Selepas Berkahwin Untuk Pengantin Baru
- List Idea Hantaran Kahwin
- Checklist 3 Minggu Sebelum Kahwin
- Cari Baju Pengantin Untuk Bersanding atau Bertandang? Jom ikut tips berikut.
- Checklist Seminggu Sebelum Nikah
- Susunan Aturcara Atau Tentatif Hari Pernikahan Sama dengan Hari Bersanding
- Barang-barang Penting Yang Perlu Dibawa Pengantin Baru Ketika Hari Bernikah atau Bersanding
Rabu, 25 Januari 2017
Persiapan Majlis Perkahwinan Setahun
Selasa, 24 Januari 2017
Checklist Seminggu Sebelum Nikah
- Cari pembaca doa.
- Remind jurunikah tarikh dan masa nikah.
- Remind pengapit lelaki pakai baju melayu.
- Kemas bilik pengantin.
- Berinai.
- Spa.
- Pack doorgift.
- Kumpul lagu untuk majlis.
- Decorate hantaran perfume dengan macarons.
- Buat solat hajat banyak-banyak.
Ahad, 22 Januari 2017
Cari Baju Pengantin Untuk Bersanding atau Bertandang? Jom ikut tips berikut.
Assalamualaikum semua. Kenduri Dian lagi 2 minggu jadi semua persiapan alhamdulillah dan InsyaAllah hampir siap. Baju pon InsyaAllah next week boleh ambil. Baju untuk bertandang pon sudah siap. Jadi Dian ada banyak jugalah pengalaman fitting baju pengantin ni. Anda boleh lah cuba tips yang Dian sediakan untuk permudahkan dan menyenangkan proses memilih baju pengantin nanti.
- Pakai jubah atau dress. Jubah atau dress sangat menyenangkan proses menyalin baju. Dian suka pakai jubah yang berzip. Senang bila nak buka, salin baju dan menjimatkan masa. Jika anda memakai seluar atau skirt dan blouse, anda melambatkan proses fitting. Bila baju pertama tak kena, anda kena pakai semula baju, dan pilih baju baru. Jika anda pakai jubah, tak sampai 1 minit, anda boleh keluar dengan selesa.
- Pakai tudung yang senang disarung. Sekiranya anda pakai tudung yang lilit dan memerlukan banyak pin, anda menyukarkan proses nak salin baju. Anda kena buang pin-pin dahulu dan bila anda habis fitting, anda kena pakai semula. Jadi, untuk menjimatkan masa dan menyenangkan diri, pakai tudung instant.
- Jangan bawa ramai pengikut untuk fitting baju. Bila terlalu ramai pengikut, banyak pendapat yang akan disuarakan bila anda ingin memilih baju sanding. Bawa orang yang boleh dipercayai macam mak anda sendiri, ayah dan bakal suami. Kadang-kadang bakal pengantin tak dapat pakai baju yang diidamkan disebabkan pendapat orang lain.
- Pakai corset. Corset penting untuk memadatkan badan anda kalau badan anda jenis berisi. Kalau badan kurus, tak perlulah. Tips ni penting hanya bila anda ingin pakai corset pada majlis anda nanti. Senang nak tengok baju muat atau tak.
- Pakai pakaian dalam yang cantik dan pakai inner. Tips ni pon memang penting sebab selalunya, bila anda fitting baju, orang kedai akan tolong anda pakaikan baju pengantin. Jadi anda akan salin baju dihadapan dia. Kalau anda tak nak malu, pakailah yang cantik mata memandang dan kalau malu,pakai inner. Kalau boleh inner yang ada tangan panjang dan berwarna putih supaya senang untuk fitting baju yang jarang.
- Bawa kasut nikah,sanding atau bertandang anda. Bila anda fitting baju, pakai sekali kasut anda supaya anda boleh lihat dan adjust kelabuhan kain anda.
- Kuruskan badan sebelum fitting. Hihi ni sangat penting supaya anda puas hati dengan pakaian pilihan anda. Susah untuk cari pakaian pengantin plus size. Selalunya, orang yang mempunyai tubuh plus size kena buat baju baru. Jadi kos akan bertambah banyak.
Inilah ketujuh-tujuh tips fitting baju pengantin yang saya dapatkan kongsikan. Tips ini InsyaAllah berguna untuk anda yang nak sewa baju. Ok. Saya doakan kita dipermudahkan,dipercepatkan, rezeki dunia dan akhirat. Aamin, InsyaAllah.
Selasa, 10 Januari 2017
Checklist 3 Minggu Sebelum Kahwin
- Pack doorgifts. (ongoing. Will pack the macarons InsyaAllah after getting them a week before the wedding)
- Cari tudung dengan kasut.(After getting the dress 3 days before the wedding)
- Hias hantaran terakhir. (A week before the wedding. Final touch up)
- Hair treatment (Alhamdulillah done).
- Putihkan gigi.
- Selesaikan kemas bilik pengantin. (2 weeks before the wedding. Need to set up the curtain and one day before need to put the fitted sheet.)
- Beli inai. (Beli seminggu sebelum wedding)
- Fitting baju. (Done)
Ahad, 8 Januari 2017
List Idea Hantaran Kahwin
Assalamualaikum bakal pengantin baru sekalian. Tengah cari idea barang hantaran kahwin ke? Kalau tengah cari, jom kita tengok list idea yang Dian buat ni.
- Al-Quran
- Terjemahan Al-Quran
- Al Quran digital
- Buku hadis, agama, motivasi,etc
- Kain telekung
- Samping
- Perfume
- Barang kemas
- Beg tangan
- Jam
- Kain pelikat
- Gadjet
- Set penjagaan diri
- Sejadah
- Set beg duit dan tali pinggang
- Cake
- Buah
- Macaron
- Set jello buah
- Manisan macam coklat
- Kasut
- Kain pasang
- Kemeja
- Baju
- Cermin mata gelap
- Aksessori kereta
- Barang hobi pasangan (playstation, pancing ikan,etc).
Itu saja yang saya dapat fikirkan sekarang. Semoga berjaya dalam pencarian barang hantaran. Yang penting, beli yang betul-betul akan guna pada masa akan datang.
Khamis, 5 Januari 2017
Jumlah Perbelanjaan Selepas Berkahwin Untuk Pengantin Baru
Assalamualaikum semua. Selama ni Dian asyik fikir mengenai kenduri kahwin. Dian tak fikir panjang mengenai kehidupan selepas berkahwin. Namun, Dian sangat mengharapkan semoga Allah permudahkan urusan rumah tangga lepas ni. Jom kita tengok perbelanjaan yang bakal kita hadapi selepas kenduri kahwin.
Anggaran | RM |
---|---|
Sewa rumah | 700 |
Barang dapur | 250 |
Bil telefon | 50 |
Bil elektrik | 100 |
Bil air | 20 |
Bil internet | 60 |
Maintenance/Repairs | N/A |
Bil kereta | 300 |
Minyak kereta | 300 |
Barang penjagaan diri | 50 |
Bil klinik | N/A |
Loan ptptn | 50 |
Total | 1880 |
Ini sahaja adalah belanja bulan-bulan. Kalau rumah sewa kosong, kena beli peti ais, washing machine, katil dan barang kelengkapan rumah seperti mop,baldi, penyapu sampah,etc. Seriously, bila kira-kira balik boleh jadi pening. Tambah lagi kalau nak sewa rumah kena deposit berbulan-bulan. Semua ni membuatkan Dian tersentak. Dian kena start enjin untuk cari kerja dan buat bisnes sampingan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, bakal pengantin baru.
Senarai Idea Hadiah Kahwin yang Praktikal dan Berguna untuk Pengantin Baru
Assalamualaikum semua. Haha. Ni lawak. Actually, Dian baru saja fikir tentang hidup selepas kahwin ni. Lagi sebulan nak kahwin, baru nak fikiri pasal perbelanjaan dan kos sara hidup. Bila survey dan kira guna excel, hmmm... baru nampak dengan jelas betapa banyak duit yang diperlukan lepas kahwin ni. Lagi-lagi bila nak hidup di sarang yang baru kan? Jadi kepada family dan kawan-kawan yang nak beli hadiah kahwin, apa kata tengok senarai idea hadiah kahwin yang dapat meringankan beban pengantin baru kita. XD
- Blender. Blender adalah hadiah paling common orang bagi. Kadang-kadang dua tiga orang belikan hadiah ni. Fungsi cukup penting. Tanpa blender, tak boleh nak masak rendang, ayam masak merah, kari.
- Set pinggan mangkuk. Lebih penting dari blender sebab tanpa pinggan mangkuk, macam mana nak makan. Hehe
- Set cawan dan gelas. Sama penting dengan set pinggan mangkuk.
- Set sudu garfu.
- Rice cooker. Sangat penting sebab nak masak nasi.
- Electric or gas cooktop. Dian lupa la istilah Melayu dia. Ala yang tempat masak tu lah.
- Set rempah ratus. Haaaa.... yang ni idea original Dian. Sebab Dian tahu yang rempah ratus sekarang ni mahal-mahal. Jadi kalau hadiahkan set rempah ratus pun boleh juga.
- Set periuk.
- Cerek elektrik.
- Bekas makanan plastik.
- Penyangkut baju cantik.
- Cadar
- Seterika
- Washing machine. Ini melampau. Haha.
- Peti ais. Ini juga melampau
- Langsir
- Pembakar roti
- Set pisau
- Toolbox
- Vacuum cleaner
- Oven
- TV. Dian pernah tengok kawan-kawan kumpul duit sama-sama dan belikan satu set TV untuk pengantin baru. Awesomekan?
- Microwave
- Vacuume cleaner robot
- Kipas dinding, kipas berdiri, atau kipas meja.
- Buku kewangan, hartanah, saham,etc.
- Rak kasut
- Bekas garam,gula & kopi.
- Bekas untuk rempah
- Bantal
- Karpet
- Lampu meja
- Set penjagaan diri
Okay dah settle senarai hadiah kahwin paling berguna. Silakan guna idea-idea ni. Mesti pengantin baru happy yang amat.
Langgan:
Catatan (Atom)