- Kalau ayam beku, tunggu sampai ais cair dan ayam lembut.
- Bila ayam dah lembut, rendam ayam dalam besen penuh air. Bukan besen untuk toilet tu ya. Besen plastik yang mak pakai tu.
- Dalam rendaman air tu, buang semua organ yang melekat dekat ayam tu. Dekat bahagian tulang paling banyak organ-organ yang kita tak nak tu. Guna jari dan bersihkan semua darah. Punggung ayam tu gunting/potong. Kalau tak suka kulit, boleh tarik kulit sampai habis. Lemak pon boleh dibuang dengan jari.
- Bila dah habis dibuang, bilas ayam dan letak tepung dalam air rendaman yang baru. Air tepung ni kita guna untuk buang lendir. Untuk buang lendir, guna jari dalam rendaman air tepung.
- Bila semua lendir dah dibuang, buang air tepung dan bilas ayam.
- Letak cuka atas ayam dan perap ayam 5-10 minit. Step ni untuk bersihkan ayam dan buang bau hanyir.
- Bilas ayam dan ayam sedia dimasak.
Sabtu, 16 Januari 2016
Cara Cuci Ayam Mentah
Baiklah, jom kita tengok cara-cara nak basuh ayam.
Khamis, 14 Januari 2016
Cara Naik Air Asia (Domestik)
Baiklah. Saya nak share macam mana nak naik kapal terbang Air Asia untuk domestic flight di KLIA 2. Jom kita tengok langkah-langkah dia.
- Sampai di KLIA 2, turun dekat balai perlepasan. Pintu untuk berlepas.
- Kemudian, jumpa kaunter check in. Anda ada pilihan nak check in sendiri atau check in guna mesin. Kalau check in sendiri di kaunter, anda dikenakan caj untuk check in. Tapi kalau anda guna mesin check in, percuma je.
- Check in sendiri, pergi ke kaunter dan berurusan dengan orang Air Asia.
- Check in mesin, ikut arahan tertera dekat mesin tu. Tekan nombor tiket yang kita dah beli tu. Nanti dia akan printkan tiket kita. Ambil dan simpan tiket elok-elok.
- Bagi siapa yang ada bag berat, anda kena check in bagasi. Jadi pergi ke kaunter drop bagasi. Beratur dan bagi tiket yang kite print tadi. Orang Air Asia akan timbang berat bag. Untuk bag yang berat sampai 15 kg, harganya RM75. Agak mahal la compare dengan harga tiket. Jadi, kalau beg ringan, just bawak je naik atas kapal terbang. Nanti ada tempat simpanan beg dekat atas tempat duduk.
- Lepas dah check in beg, masuk ke gate perlepasan domestik. Kalau tak tahu kat mana, tanya orang tau. Jangan termasuk ke international departure gate pulak.
- Nanti bila dah masuk gate domestik, ada pegawai yang akan memeriksa beg kita. Jangan risau. Kalau sapa yang bawa laptop dan handphone dalam beg, keluarkan dan letak dalam bekas biru yang disediakan. Beg pon masukkan ke dalam tempat x-ray tu. Sama jugak dengan dompet,hp,laptop. Sapa yang pakai tali pinggang, keluarkan dan letak dalam bekas biru yang disediakan.
- Lepas dah check barang-barang, masuk ke gate yang ada lampu merah tu. Nanti lampu akan menyala kalau ada benda besi dekat badan kita, Kalau tak ada, lampu takkan menyala dan anda tak perlu dicheck oleh pegawai. Kalau lampu menyala, pegawai akan memeriksa badan anda. Jangan risau buat perempuan sebab pegawai wanita yang akan check. Jangan risau pasal ni, sebab biasa je kalau lampu tu berbunyi. Mungkin kita punya pakaian yang ada besi. Sekejap je check badan.
- Lepas dah check, pakai balik tali pinggang anda dan ambil semua barang anda balik.
- Sekarang, ada hala ke gate yang anda kena pergi. Misalnya, kalau anda J4, cari gate J4. Tunggu sampai pintu buka.
- Nanti ada pengumuman kata pintu J4 dibuka. Baru anda boleh naik kapal terbang. Sediakan ic dan tiket.
- Lepas pramugari dah check tiket, naik lah kapal terbang.
- Cari tempat duduk anda yang ditulis dalam tiket. Kemudian, letak beg diatas tempat duduk anda.
- Duduk di seat anda dengan tenang dan pakai seatbelt.
- Kalau anda nak ke tandas, tanya pramugari kedudukan tandas, Biasanya saya susah nak guna toilet kapal terbang. Jadi siap-siap pergi toilet dekat airport.
Nampak macam banyak step kan? Tapi senang je. Selamat naik atas kapal terbang ya!
Isnin, 4 Januari 2016
Cara Pergi Ke UITM Shah Alam Dari KTM Shah Alam
Ok, hari ni saya nak cerita macam mana nak pergi ke UITM Shah Alam dari KTM Shah Alam atau komuter.
Cara Pertama :
Cara Pertama :
- Bila naik komuter, turun di stesyen Shah Alam. Shah Alam ada tiga stesyen iaitu Batu Tiga, Shah Alam dan Padang Jawa. Untuk ke UITM boleh turun di Shah Alam atau Padang Jawa.
- Padang Jawa dekat sikit dengan uitm cumanya anda kena naik teksi ke UITM (masuk ke pintu seksyen 7). Tapi kalau anda tak nak naik teksi, baca cara kedua.
Cara Kedua :
- Lepas turun dari KTM Shah Alam, pergi ke pintu hadapan. Di sana ada bas RapidKL dan Selangorku. Anda boleh pilih nak naik antara dua tu. Tambang RapidKL RM1 dan Selangorku FOC.
- Saya naik bas SelangorKu. Jadi turun di stesyen bas seksyen 2. Yang ada food court dan KFC tu. Lepas turun, naik bas D (uitm). Sampai la di UITM.
Cara Ketiga :
- Naik bas selangorku dan turun dekat seksyen 7 . Just turun di wisma Jakel. Lepas tu, pergi stesen bas bertentangan. Tunggu bas RapidKL yang ada label UITM Dalaman. Tambang RM1. Tunggu sampai dia pusing seksyen 7 ke UITM.
Itu saja cara yang setakat ni saya dah explore untuk ke UITM Shah Alam. Terima kasih kerana sudi membaca, Bye!
Langgan:
Catatan (Atom)