Selasa, 1 Disember 2015

Saya Hampir Sembuh Dari Eczema

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kesembuhan yang Dia kurniakan kepada saya. Baiklah. Saya akan ceritakan pengalaman menghidap ekzema/eczema selama lebih kurang 2/3 tahun.
Sepanjang hidup selama 20 tahun, saya tak menghidap ekzema. Saya makan macam biasa. Udang, sotong, telur sotong, kerang dan macam-macam makanan laut lain. Memang tak pantang langsung. Ahli keluarga lain ada yang menghidap ekzema. Memang susah, kena memilih makanan. Tak boleh masak ini, itu. Saya pulak, makanan seafood memang kegemaran. Satu pinggan sotong goreng tepung boleh dihabiskan saya seorang je. Bayangkan.

Lepas menjangkau umur 20, tiba-tiba start gatal. Badan tak boleh langsung kena panas. Bila panas, memang seksa hidup. Kulit jadi merah. Gatal yang amat! Bila gatal tak kisah orang sebelah dah. Memang tak tahan.

Bila dah gatal pulak, saya garu sampai luka. Memang seksa. Jangan cakap lah time mandi. Mula-mula tahan bila air kena kulit luka sebab garu. Lama-lama, luka makin parah. Bila mandi, memang menangis time tu. Lepas lap badan dengan towel, kesan darah memang nampak. Lepas mandi memang menangis menitik air mata.

Lepas tu, pergi hospital. Doktor bagi ubat steroid (macam biasa) dengan aqueous cream. Memang sembuh tapi lepas tinggalkan ubat, naik balik. Jadi ulang-alik ke hospital. Dalam setahun still tak sembuh lagi. Parents bawa pergi klinik pakar kulit dekat seremban. Sama jugak dia bagi moisturizer, steroid, etc. Tapi kos ubat mahal ya ampun. Maka saya stop.

Selepas stop, kami tercari-cari alternatif lain. Bapa cakap try la Dr II, Dr Rozmey punya minuman (ni bukan iklan). Dalam sebulan minum tiap hari, nampak perubahan. Makin sembuh. Dan tak perlu bergantung sangat dengan ubat. Alhamdulillah. Gatal makin kurang. Cuma bila salah makan tu, memang cepat-cepat minum DrII, alergik tu tak seteruk dulu.

Kulit pun makin pulih. Dah tak ada gatal-gatal,luka-luka. Lepas tu, saya kurangkan minum Dr II. Ekzema susah nak datang balik.

Lepas kurangkan Dr II, saya try minum jus nusantara. Memang terbaiklah. Silap makan pun, alhamdulillah tak ada kesan alergik. Hari tu makan telur sotong pun langsung tak gatal. Happy. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah!

Jadi pembaca sekalian, bukan saya nak iklan tapi nak kongsikan cara/usaha saya sembuhkan diri dari penyakit ni. Moga apa yang saya kongsikan ni dapat menolong anda sihat balik macam dulu. Saya faham betapa seksanya bila alergik  ni melanda.

Saya kongsikan ni dengan niat kerana Allah taala.

P/s; doakan saya cepat kahwin ek dan dapat rezeki melimpah ruah. please and thank you. Hehe


1 ulasan:

  1. Saya juga ada ezcema sejak dilahirkan..selalu kena buka aircond rumah supaya saya lebih selesa

    BalasPadam